Saturday, 27 May 2017

RAMADAN KAREEM 2017


Assalamualaikum wbt...


Diam tak diam kita dah pun memasuki bulan ramadan yg mulia...

Tahun ne kami berpuasa kat Qatar menemani walid... tp utk 2 minggu  je sbb Salsabila cuti sekolah...

Kami smpi Qatar 2 hari lepas... iaitu hari Khamis pukul 5 pagi... 

Cuaca di sini MashaAllah, panas berdengkang... huhuh boleh cecah 40 degrees..

Dugaan bulan puasa...

Sampai je Doha kami mkn nasi arab Yamani House.. Salsabila ckp lapar nasi arab huhu

Semalam pulak smpi ke petang mengemas rumah... biasalah bila walid tinggal sorg faham2 jelah keadaan rumah tu hehe

Masa umi mengemas, walid masak kat dapur... buat pulut kuning, rebus nasi impit dan rendang daging... perghhh dahsyat btl menu hehe sedap kemain lg...

Petang tu pulak, kawan walid yg duduk kat level 1 jemput rmi2 dtg minum petang kat rumah dia...

Dah lama umi tak jumpa kwn2... ada jugak family yg baru smpi... dptlah umi berkenalan dgn dorg..

Hari ini menu berbuka kami ialah tomyam, telur bistik, ayam goreng kunyit, sate ayam dan air bandung... hari pertama puasa kemain lg menunya huhu

Salsabila pulak puasa sekerat hari je.. kwn2 dia dtg rumah main terus rmi2 berbuka puasa makan spageti carbonara hehe

Oklah sampai sini dulu ye... wassalam



1.52 ptg...
Al Sadd, Doha


No comments:

Post a Comment

SANAH HELWAH SALSABILA

Assalamualaikum wbt... Selain celebrate birthday salsabila di Doha ms bulan Ramadhan yg lepas, kami juga raikan birthday salsabila...