Sunday, 10 May 2026

LADIES TRIP TO VIETNAM - LAST DAY


 Assalamualaikum wbt...


1 September 2025

Hari ini merupakan last day kami kat Vietnam... kejap je dah nak balik...

Pagi tu kami breakfast kat hotel je..




Pagi ni aktiviti bebas sebelum checkout hotel...

Kami ramai2 jalan kaki ke Saigon Mall dan Ben Thanh...

tengah beratur nak masuk mall



Kat Ben Thanh ni terkenal penjualnya yang mcm2 ragam.. ada yg ok.. ada yg pantang betul kalau kita dah minta tawar harga tapi tak beli.. memang kena marah kaw2 punya huhu x suka pergi situ...bagi dorg kalau boleh bila kita tanya harga tu terus je kena beli.. ada juga penjual yang kita lalu tengok2 barang kat kedai dia pun tak bagi.. siap dapat pakej kena jeling lagi...pelik betul... 

Dorang ni tak tau ke Malaysian ni kalau layan betul2 confirm berplastik2 kita shopping kat dia tau..


                                 Sudahnya kitorg sambung shopping kat Malaysian street je..

Kat bawah ni antara barang yang kami beli sebagai hadiah utk family dan kawan2...












Settle shopping kami terus balik ke hotel dan packing barang.. Sebelum Zohor kami dah kena siap2 letak luggage kat lobby..

Untuk lunch kami makan kat restoran depan hotel je..








Selepas solat jamak, kami terus berkumpul kat lobby dan pulang kad bilik hotel...

Pasport kami yang tourist guide pegang since hari pertama kat Vietnam pun dipulangkan semula kepada kami..

On the way nak ke airport sempat lagi kami singgah Kedai Linda.. last shopping..


Ramai beli baju melayu dan baju kurung dah siap jahit utk Hari Raya..



mak & k.mariana.. mak ajak amik gmbr sbb rupa k.mariana mcm kwn mak..


semua sign kat banner utk bagi kat tourist guide.. kenangan

Sebelum masuk boarding, kami kena pulangkan semula semua simkad.. malangnya simkad ummi hilang ntah ke mana.. adehhh elok sampai Malaysia eh jumpa pulak terselit dalam beg.. simkad tu nak ikut balik Malaysia ler tu..


Babai Vietnam... till we meet again.. wassalam.


6.20pm,
Rindu Vietnam.

LADIES TRIP TO VIETNAM - PART 3


 Assalamualaikum wbt..


31 Ogos 2025

Hari ni kami dah checkout hotel di Da Lat..

Seawal 5 pagi kami dah gerak meninggalkan bumi Da Lat dan menuju ke bandar Ho Chi Minh...

Kami singgah breakfast kat Bukit Panorama..



nasi lemak ayam goreng









Oh ya.. kat bawah ni view jalan raya yg kami lalu masa nak pergi Da Lat.. so nak pergi ke bandar Ho Chi Minh, sekali lagi kami kena lalu jalan yang sama...




Dahsyat betul jalan rayanya.. ada rezeki kalau datang lagi ke Da Lat, moga2 jalan rayanya dah cantik...



Destinasi seterusnya kami naik jip kat sand dune.. 2 jam perjalanan..






Mini sand dune.. Sand dunenya xdelah macam kat negara arab tu.. jadilah kan dari xde haha 










Sebelum balik pekena air kelapa sorang satu.. boleh tahan panas cuaca kat situ..


Kami meneruskan perjalanan.. singgah lunch kat Restoran Aly dan solat jamak kat Surau..








Lebih kurang pukul 5 petang kami pun sampai di bandar Ho Chi Minh.. sebelum checkin hotel, kami singgah shopping kat Kilang Danny Fashion House..

Kat situ kain pasang, telekung, sejadah muka etc murah2 juga.. Sutera Vietnam 3 pasang RM100 & Sutera China 4 pasang RM100..

Terlupa pulak nak amik gambar kat kedai tu.. semua fokus shopping...

Pukul 6 petang kami checkin Hotel Aluna Ben Thanh...

rupanya office Bismillah Tours Travel depan hotel ni je



Sama macam kat Da Lat, ummi bilik berdua dengan kak siti..




Depan hotel ni dikatakan syurga shopping buat rakyat Malaysia....

Keluar hotel terus terpampang deretan kedai jual macam2... area situ tu dinamakan Malaysian Street Vietnam..







mur mur tudung bawal.. ummi belikan utk ofismate

Pukul 8 malam kami dinner kat restoran depan hotel...







lembut betul kuih bingka ni..

Malam tu juga kami buat surprise utk kak liza.. birthday dia malam tu.. terkejut dia kami celebrate birthday dia hehe  



Oklah sampai sini dulu... wasssalam.


5.35pm,
Lepak bandar Ho Chi Minh pulak.

HAJJ 2025 (DAY 8) - HOTEL DURRAT/AWTAD DI SYISYAH

 Assalamualaikum wbt 30 Mei 2025 Hari ni kami breakfast beehun Singapore.. meriah juga dengan kuih muih dan roti bakar.. Selepas breakfast, ...