Wednesday 30 November 2016

BOSPHORUS CRUISE


Assalamualaikum wbt.....


Ok sambung citer semalam ye...

Dah hbs makan di Restoran Safran tu, kami naik tram utk ke Eminonu..

Kad tram berharga 10 lira.. dan kami topup 20 lira je.. cukup utk 3hr 2 mlm.. sbb kami lbh bnyk jalan kaki je nak pergi dr satu tempat ke satu tempat yg lain...

Sampai Eminonu, kami naik Bosphorus Cruise.. harga tiket 15 lira seorang... budak2 umur 6 thn ke bawah free.. 

Perjalanan mengambil masa 2 jam.. 1 jam pergi dan 1 jam balik..




Menyusuri selat Bosphorus dan dpt melihat Turki dari dua posisi berbeza iaitu Eropah dan Asia..


Gambar kat bawah ne ialah Galata Bridge... Kat situ bnyk kedai ikan bakar...




Masa ne cuaca tersangatlah sejuk... kami on off lepak kat atas dan lepak kat cafe di bahagian bawah...

Kat cafe tu ada jual makanan ringan dan minuman panas/sejuk... kami beli 2 set kudapan (keropok dan kopi panas) berharga 10 lira each...




Pemandangan di sepanjang selat Bosphorus...



Bosphorus Bridge


Sepanjang perjalanan, kami ditemani burung-burung camar laut yg terbang rendah di cruise yg kami naik tu... nmpk jinak burung2 tu..



Balik dr Bosphorus Cruise, kami singgah makan di kedai bot di Eminonu..

Dipanggil kedai bot sbb dorg masak atas bot... ummi ckp ng walid.. dorg tak pening ke bot tu bergoyang2 sambil dorg masak atas tu hehe

Kami makan roti ikan atau org turki panggil balik ekmek... kami makan 2 roti ikan, 2 air jus dan wet tissue total berharga 20 lira... wet tissue tu sbb nak lap tangan.. dorg xde sinki nak cuci tangan..

roti ikan 


Ne pulak nasi kupang.. dalam kupang tu ada nasi..best sgt.. nak makan gitu je boleh atau nak perah limau pun boleh.. harga 10 lira..


Perut dh kenyang, kami pun berjalan balik ke hotel..

Otw balik hotel tu, kami sempat singgah kdi turkish delight... beli siap2 nak bwk balik Doha..




Pelbagai jenis turkish delight...





baklava
 Dalam banyak2 percutian, inilah first time kami berjalan smpi mlm... sbb Istanbul tmptnya malam2 lg meriah.. nak lg kedai2 makan nih.. hehe oklah nnt sambung lg... wassalam



Riyal bertukar Lira,
8.39 pm,
Al Sadd, Doha

Tuesday 29 November 2016

REHLAH KE ISTANBUL, TURKI


Assalamualaikum wbt....


2 minggu lepas, kami berkesempatan utk bercuti ke bumi Istanbul, Turki...

Kami pergi sekejap je.. 3 hr 2 mlm...

Flight nak ke Sabiha Gokcen International Airport, Istanbul dr Doha lebih kurang 4 jam...

Masa dlm flight sebelah Salsabila tu penumpang wanita dr Bali, Indonesia.. peramah... dia first time naik flight dan ke Turki utk bekerja.. ummi tak tanya pulak dia keje apa... Bila dia tgk Salsabila terus dia teringatkan anak-anak dia seramai 3 org kat Bali... mesti dia sedih tp sbb nak cari rezeki dia pendamkan saja...

Dr Airport nak ke hotel, kami naik kenderaan airport transfer yg kami dh booking siap2 sebelum dtg ke Istanbul.. harga 50 euro.. 

Perjalanan nak ke hotel adalah 1 jam dan kami menginap di Ottoman Hotel Imperial...

view dr depan hotel




Masa walid tengah settlekan urusan checkin, kami dihidangkan dengan jus ceri yg tersangatlah sedap beserta turkish delight.. rasa segar sgt badan lps dh mnm jus ceri tu... ummi siap nak pau Salsabila punya jus tp Salsabila tak bagi hehe

turkish delight


Inilah bilik hotel kami.. ada 1 katil king dan 1 katil single...



kunci bilik hotel
Setelah puas berehat dan solat, kami keluar berjalan-jalan meneroka bumi Istanbul tu.. disebabkan masa yg ada di Istanbul tak lama jadi kami memanfaatkan masa yg ada dgn sebaiknya...

Hotel kami ne lokasinya amat strategik... Dr jalan utama jika belok ke kanan akan menuju ke Topkapi Palace dan jika belok kiri akan menuju ke Blue Mosque dan Hagia Sophia... 

Sederet laluan pejalan kaki pun terdapat banyak kedai2 jual cenderamata, kedai Turkish Delight, kedai money changer, kedai makanan dan bermcm2 kedai lg ada.. 

Dan yg plg penting depan hotel kami ne ada perkhidmatan tram sekiranya nak berjalan ke tempat2 yg jauh sikit..

So ummi cdgkan kalo ke Istanbul, you all menginaplah di Ottoman Hotel Imperial tu... servis pun tip top..:)

Lepas tu kami pun berjalan-jalan cuci mata sambil hirup udara sejuk beku Istanbul.. Oh ya, masa tu suhu 7 degrees..huhu sejukkan...

Bila time sejuk ne perut mmg cepat je lapar..jadi kami singgah makan di sebuah restoran dkt dgn hotel kami tu... Le Safran Cafe & Restaurant..





masa ne Salsabila tgh tgk pekerja kedai tu buat jus delima tp mcm biasa..kenalah posing dulu hehe

Kunafe yg tersangatlah manis huhu

ne mixed vege dan daging... salsabila order spagetii.. gmbr spageti x clear pulak..

Sedap jugaklah menu2 kat restoran tu.. ke sbb dh lapar semua jadi sedap...:)


Oklah setakat ne dulu.. nnt ummi update lg.. wassalam.



Riyal bertukar Lira,
10.23 pm,
Al Sadd, Doha

SEMUSIM DI BARZAKH


Assalamualaikum wbt....



Kali ne ummi nak share psl buku Semusim di Barzakh ne...sapa dh baca buku ne?

Ummi mlm td baru je hbs baca... tersangatlah best buku ne dan sungguh menginsafkan... ne kisah benar tau...

Buku ne mengisahkan mengenai Fayyadh seorang yg jahil.. x solat, minum arak, berzina dan mcm2 lg perbuatan terlarang yg dia buat.. sehingga ditakdirkan satu hari Fayyadh ne jatuh tangga dan koma 3 bulan...

Dalam tempoh 3 bulan koma tu, Fayyadh telah dibawa ke satu dunia yg lain dan asing dr dunia yg skrg ne... di dunia itu jugalah dia diseksa dan dibalas dgn pelbagai azab ke atas segala perbuatan yg dia lakukan semasa di dunia... terjerit terlolong meminta tolong dan meminta ampun kpd Allah tp tiada siapa yg hiraukan dia sbb ramai lagi manusia yg sedang dihukum dgn pelbagai hukuman dan diazab.. Allahu Allah.. di nerakakah itu? Dikatakan itu hanyalah secebis dr debu keadaan sebenar di akhirat.. Keadaan yg sebenar lg dahsyat dan Allah saja yg tau... Allahu.. takutnya ummi...

Dalam dunia yg asing tu juga, Fayyadh ada juga singgah ke satu tempat yg sgt tenang sekali... org2 di dalamnya bergembira dan makan, minum dan berehat tanpa ada sesiapa yg mengganggu... Allahuakbar.. Syurgakah itu?

Setelah sedar dr koma, Fayyadh menangis dan terus taubat nasuha... walaupun keluarga bgtau yg dia koma 3 bulan tetapi dia merasakan bagai berpuluh2 tahun dia berada di dunia yg asing tu...

Di dalam buku ne ada diceritakan juga mengenai seorang wanita solehah iaitu Humaira di mana pd awalnya Humaira ne seorang yg solehah dan taat kpd agama.. tetapi setelah Allah dtgkan ujian kpd Humaira, dia terus berubah seperti terlibat dgn khurafat, bunuh anak sendiri dan akhirnya terjun bangunan bunuh diri.. Allahuakbar..:(

Kenapa smpi mcm tu sekali jdnya...:(

Banyak sgt pengajaran yg dpt diambil dr buku ne... Kita sebagai manusia biasa tak layak nak ckp org tu sesat dan sebagainya... kita jangan sesekali nilai org sbb yg berhak nilai Allah je kan.. kita pun tak tau pengakhiran kita semua mcm mn.... Allahu...:(

"Hidup ini cuma tipuan yang hanya kenyataan adalah di perkampungan abadi dan pasti aku dan kamu pergi tidak akan kembali..".



Musafir Dunia,
8.08 pm,
Al Sadd, Doha


Saturday 26 November 2016

NIKMAT HUJAN


Assalamualaikum wbt....




Sejak dua tiga hari kebelakangan ne, cuaca di Doha tak menentu.. 

Semalam ribut..hari ne hujan lebat smpi banjir hehe

Fenomena ne biasa terjadi bila tibanya perubahan cuaca dr panas ke sejuk.. sejuk ke panas pun sama mcm tu jugak...:)

Bagi penduduk di bumi padang pasir ne, hujan adalah satu nikmat yg tak dpt nak dibayangkan betapa bestnya.. mana taknya, sebelum ne panas kemain lg kan... 

Bangun pagi udara terasa nyaman sgt... cuaca pun redup je.. alhamdulillah:)



Peminat Hujan,
Al Sadd, Doha

Friday 25 November 2016

PUDING COCKTAIL KASTAD


Assalamualaikum wbt....


Hari ne ummi nak share resepi puding kastad berkuah.... 




BAHAN UTK PUDING:

 1 cawan tepung kastad
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir

Cara-caranya:

1) Larutkan gula pasir bersama air dalam periuk dan kemudian masukkan tepung kastad.
2) Masak di atas api yang sederhana dan kacau sehingga menjadi pekat dan berkilat.
3) Tuang ke dalam bekas acuan berbentuk2 (kalau nak cantik) atau bekas tupperware pun boleh je.
4) Biarkan hingga sejuk sedikit kemudian simpan dalam peti sejuk.


BAHAN UTK KUAH:

1 tin susu cair (kalau nak kuah banyak boleh guna 2 tin susu cair)
1 tin besar mix fruits cocktail
1 cawan air masak
3 sudu besar gula pasir (kalo tak cukup manis boleh tambah gula lg)
1 sudu teh esen vanila

Cara-caranya:

1) Campurkan semua bahan dalam periuk.
2) Kacau sebentar dengan api yg kecil utk melarutkan gula (tak perlu hingga mendidih).
3) Tutup api dan setelah sejuk masukkan dlm peti sejuk.
4) Hidangkan puding dalam keadaan sejuk.

** Cara hidang - masukkan puding dalam mangkuk dan tuangkan kuahnya ikut nak bnyk mana... makan sejuk-sejuk...sedapnya... oklah selamat mencuba...:)

Wassalam.



Air tangan ummi,
Masak dari hati, masak with iman,
Al Sadd, Doha


Thursday 24 November 2016

KEHILANGAN


Assalamualaikum wbt.....



21/10/2016

Pukul 12.24 tghri waktu Doha, kakak msg kat group whatsapp family.. bgtau abah strok... Allahu...:(

********

Masa kejadian, mak kat dapur goreng cekodok pisang... dh hbs goreng tu mak masuk bilik nak panggil abah minum petang... tp mak tgk mulut abah dh herot dan sebelah badan dh sejuk...
Adk ckp 2 hari sebelum tu gula abah rendah...3.4..

********
Kakak call ambulan dan ambulan terus bwk ke hospital melaka terus masuk emergency..

********
Dr buat Ct Scan utk confirmkn btl tak abah strok...
Tak lama lepas tu Dr cakap abah kena mild strok je.. InsyaAllah boleh recover.. masa tu rs lega sgt...
Lepas tu terus tolak abah kat wad... abah sedar.. bila Dr panggil abah respon... kaki tangan pun boleh gerak cuma belah kiri tu slow sikit.. lemah...

********



22/10/2016

Pagi tu tekanan darah abah sgt tinggi..195/134..
Kakak ckp abah tak stabil jd kami terus amik flight blk malaysia... nasib baik permohonan walid nak cuti diluluskan..
Dr cakap kadar kesedaran abah semkin kurang.. result ct scan pun semakin teruk dan strok abah dh start tekan otak.. pernafasan pun pendek..:( 

********

Tak lama lps tu kakak ckp abah demam....

********

Dr contact pakar otak hkl bincang samaada nak buat operation ke x...
Dr ckp risiko nak operate tinggi... kalo operate takut kena heart attack sbb abah mmg ada sakit jantung... kalau tak operate pulak abah akan terus terbaring x sedar disbbkan otak tak boleh funcion...:(

********
Adik ckp Dr panggil abah tak sedar..mata tak boleh bukak...
Tak lama lps tu Dr masukkan tiub kat dalam tekak abah..kalau x pernafasan abah boleh terhenti... satu2 khabar berita ummi terima.. ummi telan dgn payahnya..:(

********

Pastu adik ckp Dr nak hntr ke hkl mlm tu jugak utk operate... jadi mak, kakak n suami dan adik blk rumah utk amik brg keperluan utk ke hkl... Tasha (adik ipar) stay hospital jaga abah sementara tunggu ambulan nak bwk g hkl...

********

Dr bg ubat kat abah..nak tgk respon ke x.. kalo tak respon tak boleh buat operation sbb keadaan abah x stabil...
Kakak bgtau abah x jd operate sbb abah x respon bila Dr bg ubat...:(

********



23/10/2016

Pagi tu abah demam lagi... suhu 39.5.. nurse bg kain basahkan dan letak kat dahi abah...

********

Kami smpi KLIA pukul 8 pagi... k.long dan k.aee amik kitorg kat airport dan terus bwk pergi hospital melaka..

********

Sampai hospital, kitorg terus pergi tgk abah... 
Salsabila suruh atok bangun.. Salsabila ckp kat atok.. atok kena sembuh cepat...kan atok dh janji nk hntr caca pergi sekolah tahun depan...:(
K.aee ckp abah dh xde harapan.. tgh tunggu masa je utk pergi... so saddddddd....:(:(:(

********

Kami checkin hotel berdekatan hospital sbb senang sapa2 nk berehat..boleh tukar2 giliran jaga abah...

******** 

Petang tu ramai sgt melawat abah.. saudara mara dan kenalan kami sekeluarga rmi dtg ziarah abah... Ms tu tekanan darah abah tinggi lagi tp bila rmi2 dtg ziarah tu abah mcm bg respon..kaki ada gerak2 sikit... masa tu doa tak putus moga ada keajaiban abah sembuh...

********

Habis waktu melawat, kami bwk mak ng opah pergi makan dan lps tu blk hotel..
Malam tu kakak ng adik jaga abah kat hospital...
 Plannya esok lps breakfast ummi, walid, mak ng opah akan jaga abah.. salsabila akan stay ng wan hate dan wan teh kat hotel utk berehat...

********

Adik ummi, mamat pun dpt cuti.. tasha amik mamat kat klia dan bwk ke hospital melaka.. alhamdulillah mamat sempat tgk abah walaupun ms tu abah dh x sedar dh...

********



24/10/2016

Pukul 12.30 tghmalam ummi terjaga sbb terdengar bunyi msg masuk...
Adik ckp abah demam lg... suhu 40.6....
Lepas tu mata ummi dah tak boleh lelap pulak...jdnya borak2 ng adik.. tny keadaan abah dr masa ke semasa...
Ummi bg doa angin ahmar kat adik.. suruh bacakan kat sebelah abah...
Tak lama lps tu adik bgtau Dr ada ckp jantung abah ada possibility berhenti tiba2.. ms ummi dgr tu pun ummi rs jantung ummi pun mcm nak terbehenti je...sedih yg amat....:(
Dr tny kat famly boleh tak Dr nak buat CPR kat abah kalau oksigen dah berhenti .... takutnya dgr bab oksigen berhenti tu huhu...
Lepas tu adik ckp jantung abah laju dan Dr dh bg ubat control jantung....
Dr pun ada ckp kalau abah sedar, abah takkan normal mcm dulu... tp x sure x normal dr segi percakapan ke cara jalan ke...:(

********

Lebih kurang pukul 1.46 pagi, adik msg bgtau tekanan darah abah tiba-tiba drop....
Lepas tu kakak call suruh kami semua dtg hospital dgn segera... ms tu ummi rs berdebar2 sgt...
Ummi terus kejutkan walid, salsabila, mak dan opah dan terus pergi hospital...

********

Sampai hospital ummi tgk kakak ng adik dh nangis2...
Dari tepi ummi nmpk Dr tgh berusaha selamatkan abah berikutan BP drop..

********

Tepat pukul 2.15 pagi, abah pergi meninggalkan kami semua buat selama2nya....:(
Allahuakbar.... mcm tak percaya...Rasa mcm mimpi je..
Ummi ckp dlm hati betul ke abah dh xde... 
Ummi tgk semua dh nangis.. ummi nmpk walid pun nangis... sejak kawen ummi tak pernah tgk walid nangis...bila ummi nmpk walid nangis ms tulah ummi ckp rupa2nya betul abah dh pergi... Al Fatihah...:(

********

Pengebumian abah alhamdulillah berjalan lancar.. seperti yg dirancang tepat pukul 11 pg arwah abah dibawa ke kubur utk dikebumikan....

********

Kalau ditanya tentang perasaan bagaimana kehilangan org tersayang, ummi tak tau nk cerita cmne betapa sedihnya... selalu dgr mereka2 yg kehilangan org tersayang.. kini ummi yg rasa...
Walaupun sedih, kami sekeluarga redha...
Dalam sedih ada gembiranya.. gembira sbb kami yakin abah pergi dlm keadaan khusnul khatimah....
Muka abah tersenyum gembira.. bukan senyum sikit2.. tp senyum seolah-olah gembira sgt utk berjumpa dengan Tuhannya... 
Dahi dan hidung abah pun berpeluh... bukankah itu tanda khusnul khatimah.. Allahuakbar.. syukur  Ya Allah Engkau kurniakan sebaik2 pengakhiran kpd arwah abah... 
Cuaca pun dr pagi smpi kebumi redup je....
Syukur sgt.. Terima kasih Ya Allah.... 

********



24/11/2016

Hari ne genap sebulan arwah abah pergi... semoga arwah abah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org yg soleh dan beriman.... Aamiinn Ya Rabbal Alaminnnn...:(


Wassalam.


Life is a Journey....
From Allah & To Allah...
Al Sadd, Doha


KEHILANGAN SEKALI LAGI


Assalamualaikum wbt...


11 hari lepas abah meninggal dunia, opah (mak arwah abah) pula menyusul...

Opah ng arwah abah mmg rapat.. arwah abah merupakan anak kesayangan opah..

Sejak abah meninggal dunia, opah down sgt... opah sedih sgt sbb anak dia pergi dulu dr dia...

Sebelum kami blk Doha hrtu, kami hntr opah pergi Damansara.. rumah anak bongsu opah...

Sebenarnya opah tak nak blk KL..opah nak dok melaka lg..yelah sbb bnyk kenangan dgn abah di melaka...

Tapi anak2 opah yg lain suruh hntr KL sbb dorg risau opah dok melayan perasaan teringatkan abah..

Sehari sebelum pergi KL, opah ckp esok opah tak nak pergi kubur abah.. x sanggup nak ucapkan selamat tinggal..:(

Kesian opah....

Seminggu opah di KL bersamaan 2 hari sblm kami blk Doha, opah masuk hospital...

Kami sempat tgk opah di hospital... masa tu Dr dh ckp mmg opah dah xde harapan...:(

Sehari sebelum kami blk Doha, opah telah pergi buat selamanya...:(

Kami tak pergi pun pengebumian opah... sbb takut effect kat Salsabila... 

Sedih kehilangan atok tak habis lg.. ditambah lagi dgn nyang tersayang... 

Salsabila ne kamcing sgt ng atok ng nyang... atok ng nyang dua2 beria2 nak hntr Salsabila pergi sekolah tahun dpn... kini dua2 dh xde..:(

Ummi tau Salsabila sedih sgt tp bila dpn ummi walid Salsabila buat2 happy..:(

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas opah dan diletakkan di kalangan org2 yg beriman.... Aamiinn...

Wassalam...



Life is a Journey,
From Allah & To Allah,
Al Sadd, Doha.


Tuesday 22 November 2016

BUILD A BEAR WORKSHOP


Assalamualaikum wbt....


Oklah ne last entry mengenai percutian kami di Newcastle.... jenuh nak hbskan cerita... hehe

Kdg2 malas nak menaip tp bila difikirkan ianya akan menjadi kenangan di masa hadapan, ummi gagahkan juga utk menaip hehe baru tulis blog dh penat semacam.. belum jd penulis lg huhu

Kdg2 bila bc entry yg lepas2 rasa seronok pulak hehe

Masa di Newcastle, kami ikut k.ngah bwk Iman dan Salsabila pergi kedai teddy bear..

Ianya bukanlah kedai toys yg biasa tu... kedai ne nmnya Build A Bear Workshop.. maksudnya kita kena buat sendiri teddy bear tu A to Z termasuk masukkan kekabu dlm badan teddy bear tu..




First step pilih teddy bear yg berkenan di hati... harga 2 teddy bear tu 28 pound...


Teddy bear yg cantik tersusun mcm gmbr kat atas tu ialah contoh teddy bear yg dh siap.. yg kat dlm bekas tu semua teddy bear yg belum siap.. jd kena pilih yg kat dlm bekas tu...


so salsabila pilih teddy bear yg warna coklat tu...

ne mesin masukkan kekabu dlm teddy bear tu
Untuk masukkan kekabu ada staf kedai tu tolong.. siap masukkan pewangi dlm bdn teddy bear tu... bila cium wangi jelah teddy bear tu nnt walaupun selalu kena air liur basi bangun dr tidur hehe kebiasaannya mcm tulahkan kalo tido peluk teddy bear hehe 

Lepas tu, pilih baju utk teddy bear tu pulak.. baju kecik je tp harga boleh tahan mahal.. bak kata k.ngah bj budak2 kat primark lg murah dr harga baju utk teddy bear tu huhu

pelbagai pilihan bj teddy bear

Iman tgh pakaikan baju kat teddy bear.. 

ne pulak konon2nya tempat mandi dan sikat rambut hehe mcm2 kan...


Ok last step kena buat surat beranak utk teddy bear tu pulak... adehhhh

khusyuk buat surat beranak..

mcm biasalah walid kena tolong settlekan

Tadaaa.. dh siap pun.. nm teddy bear Salsabila ialah Lily... k.ngah ckp kat Salsabila mcm nama maklang je hehe nama k.aee, Idalilywaty...



inilah teddy bear Salsabila

Ne pulak teddy bear Iman...Jessica nama diberi huhu

Oklah setakat ne sahaja pengembaraan kami di Newcastle... InsyaAllah kalau mengikut perancangan, sekali lagi kami akan ke Newcastle cuti sekolah tahun depan.. sbb nak tolong k.ngah n family packing brg nak blk Malaysia.. hujung thn dpn k.ngah dh hbs PHD.. didoakan semuanya berjalan lancar utk k.ngah... Aamiinnn..


Oklah jumpa lagi entry yg lain pulak...wassalam.


Riyal bertukar Pound
12.35pm
Al Sadd, Doha

MEMBELI BELAH DI ARGOS


Assalamualaikum wbt...

Di United Kingdom dan Ireland amat popular dengan shopping secara online thru Argos... macam kat Malaysialah popular shopping online thru Lazada...

Masa di Newcastle, kami ke Argos utk beli tilam pelampung dan sleeping bag frozen utk Salsabila..

Oleh kerana family ummi plan nak dtg Doha awal bln Disember jadi sajalah beli tilam spare... 

Oleh kerana ummi malas nak amik gmbr yg real jd ummi masukkan gmbr google jelah hehe yg penting gmbrnya sebijik

tilam pelampung

sleeping bag frozen

Sleeping bag frozen tu sama mcm Iman punya.. tu yg Salsabila pujuk walid belikan jugak...

Kat Doha bukan xde tp biasalah brg2 kat Doha ne semuanya mahal dong...


Gambar kat atas tulah sleeping bag frozen yg Salsabila suruh beli tu.. semua benda nak sama ng Iman hehe...
 
Masa ne budak duorg tu tgh berehat kekenyangan sambil tgk tv....

Ummi sgt tertarik dgn sistem di kedai Argos tu.. sungguh sistematik...

view dr depan kedai

First step pergi kat PC yg telah disediakan... 

PC utk order brg..
 Tepi PC tu ada disediakan katalog... boleh pilih samada nak tgk katalog dlm PC atau yg hardcopy.. 

Pilih barang yg kita nak... setiap brg yg kt nak tu dah siap2 ada harga dan sudah dinyatakan samaada ready stok ke x.. kalo xde stok, order je dulu dan byr.. kalo x silaplah dlm tempoh sebulan brg akan sampai ke rumah...

katalog hardcopy

Lepas dh pilih brg, tulis nombor kod kat kertas yg disediakan berhadapan pensil seperti gambar kat bawah ne...  


Lepas tu pergi kat kaunter bayaran tunjuk kertas yg ada no kod tu... sbnrnya bila kt key in maklumat dlm PC td pun dh siap2 ada kod yg kt nak beli tp sbb nak double check kat kaunter, kami bg jugak kertas kod tu... 

Lepas dh byr, pergi ke kaunter sebelah iaitu Collection Point utk ambil brg.. nnt dorg akan panggil ikut nombor giliran yg staf kat kaunter bayaran tu bg...



walid tgh collect brg

Rasa seronok pulak shopping kat Argos nih hehe


Oklah wassalam..


Riyal bertukar Pound,
11.29pm
Al Sadd, Doha

EID MUBARAK AT DOHA, QATAR ~ JUN 2023 (PART 3)

 Assalamualaikum wbt... 27  Jun 2023... Hari ni lepak rumah je sebab kami semua puasa hari Arafah.. memandangkan walid berbuka kat office sb...