Assalamualaikum wbt...
3 Jun 2025
Hari ini lebih kurang pukul 4 pagi, para jemaah mengadakan qiamulail secara berjemaah..
Selepas breakfast, kami berkumpul di surau untuk taklimat pergerakan Arafah... Keesokkan harinya kami akan bergerak ke Arafah...
Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan mengikut Maktab masing-masing.. Walid dan Ummi Maktab 82 manakala jemaah yang amik pakej PMN (Khemah Masyair Naik Taraf) ialah Maktab 112.. next2 entry nanti ummi story perbezaan 2 Maktab ni ye..
Gambar di bawah ni petugas CS Holidays, Hj Emir menerangkan bahawa semasa Hari Masyair, jemaah disarankan membawa barang dan pakaian untuk keperluan 1 hingga 2 hari je.. bawa yang benar-benar diperlukan...
Dengan kata lain, Hj Emir sarankan bawa sling beg dan beg sandang CS Holidays ni je... Selain itu, jika jemaah guna beg2 yang dibekalkan akan memudahkan para petugas nak mengecam para jemaah dari PJH mana...
Di khuatiri jika membawa terlalu banyak barang yang tidak
diperlukan, ia akan menjadi beban dan menyukarkan pergerakan kerana beg akan
menjadi lebih berat...
Untuk makluman, selepas selesai melontar di Jamrah Aqabah
pada 10 Zulhijjah, kami akan kembali berehat di hotel... Keesokan harinya
barulah kami akan bergerak semula ke Mina... nnt Ummi cerita details next next entry ye...
Jadi, cukuplah bawa keperluan yang penting dan secukupnya
sahaja supaya pergerakan sepanjang Hari Masyair lebih mudah, ringan dan
selesa...
Mutawif kami iaitu Pakngah Azhar pula menerangkan niat haji, zikir dll yang perlu diamalkan sebagai persediaan menghadapi Hari Arafah...
- Melakukan perkara-perkara sunat ihram seperti mengerat kuku, merapikan rambut/kuku dan lain-lain
- Mandi sunat ihram
- Memakai pakaian ihram serta bebas diri dari perkara-perkara larangan ihram.
- Solat sunat ihram dan lain-lain.
Menjelang ketibaan hari wukuf, hati semakin bertambah risau...
Bukan kerana takut penat, bukan juga kerana takut susah, tetapi takut andai tiba-tiba diri tidak sihat dan tidak mampu menghadapi hari wukuf...
Kerana kita tahu, tiada haji tanpa wukuf...
Semoga segala kerisauan ini bertukar menjadi syukur apabila tiba waktunya nanti..
Selesai taklimat, Walid terus jumpa Ummi dan bgtau ada cerita best... Walid bgtau dia terpilih menjadi Muazzin di Arafah untuk maktab kami.. Allahuakbar masa tu terus Ummi sebak.. Muazzin kat Arafah kot.. peluang sekali seumur hidup.. mesti ada kebaikan Walid yg Allah pandang dan pilih untuk azan di Arafah huhu moga gugurlah semua dosa-dosa Walid... Aamiinn
Lepas tu kami turun ke cafe buat air panas.. nak minum kat bilik... amik juga telur sebiji nak makan dgn maggi..
Sementara menanti Zohor, kami pun packing beg dan gosok baju untuk persediaan hari esok...
![]() |
| terbaik betul iron travel ni... dah ler size kecik..jimat ruang.. gosok pun licin.. |
LAFAZ AQAD KORBAN
Bsmillahhirahmanirohim
Saya (Nama) mewakilkan kepada Syarikat Cs Holidays utk menyempurnakan sembelihan korban seekor kambing utk diri sy pada tahun ini kerana Allah Taala...
Sedang santai kat bilik, tiba-tiba ada pemberitahuan dalam group wasap.... ada jemaah infak beberapa barang keperluan bg siapa yg memerlukan.. smg bertambah2 murah rezeki jemaah tersebut... Aamiinn
Ya Allah, izinkan kami sampai ke hari wukuf dalam keadaan
sihat, kuat dan sempurna ibadah..
Labbaik Allahumma Labbaik…












































