Saturday, 9 December 2017

HOME SWEET HOME - AL SADD


Assalamualaikum wbt...


Malam tadi belek-belek gambar kat Doha dalam laptop... terjumpa pulak gambar2 rumah kami di Al Saad, Doha..

Rindu betul kat rumah Al Sadd... bila lah nak pergi sana lg.. sejak dah kerja blk, susah sikit nak cuti.. nak lagi hujung tahun kena ngadap closing akaun.. nak mintak cuti pun tak lulus huhu

Oklah rumah kami di Al Sadd tu jenis apartment.. Qatar Airways Accommodation...

Walaupun tak besar tapi sgt selesa.. cukuplah untuk kami bertiga hehe

Mempunyai 2 bilik tidur dan 2 bilik air...

bilik ummi walid

meja mekap ummi walaupun ummi jarang mekap hehe

bilik salsabila

meja mekap salsabila

toilet 1 ada bath tub 

style omputeh sikit.. xde hose utk beristinjak.. jadinya kena tadah air utk beristinjak.. kami guna toilet ne kalo sesekali nak berendam n sidai baju.. oleh kerana kat doha ne berdebu je jdnyaa kami sidai baju kat toilet 1 ne.. nasib baik ada rail besi kat bath tub tu.. boleh gantung baju



ok yg ne toilet 2..ada hose.. shower pun ada.. selesa sikit hehe

lorong dr ruang tamu nak ke dapur, toilet n bilik

dapur comel ummi.. suka sgt dapur ne.. walaupun kecik tp selesa.. yelah cukuplah utk ummi sorg n walid bila kdg2 mood rajin nak tolong masak dia dtg tu hehe

mesin basuh

ruang makan
 


ruang tamu aka tempat lepak..



Apartment yg kami duduk ne fully furnished so perabot semua mmg dh ada.. ms kami dtg dulu bwk kain baju je.. dan apartment ne xde kipas.. semua aircond je.. 

Yang best duduk rumah company ne, kalo ada apa2 rosak, dorg yg akan betulkan.. kalo kerusi patah ke, kejap je dh hntr yg baru.. so kat situ dah jimat duit n tak payah nak pening kepala pgil maintenance.. dan kat pintu masuk utama apartment ne ada security guard.. Dorg akan pantau org keluar masuk.. terasa selamat...:)


Oklah, setakat ne dulu... syukran yg sudi baca blog ummi..:) wassalam



Mood rindu bangat kat Al Sadd,
2.50pm,
Guan Village.



Saturday, 2 December 2017

CAMERON HIGHLAND (PART 2)


Assalamualaikum wbt...


Ok ummi sambung cerita ye mengenai tempat2 yg kami pergi semasa bercuti di CH...


5) Avant Chocolate

Kat sini selain tempatnya cantik untuk bergambar, aiskrim dan kek dorg punyalah best... walaupun agak mahal tp berbaloi..







yummylicious...









6) Abang Strawberry

Kat sini sgt terkenal dgn nasi lemak sambal strawberry.. tp kami tak berpeluang nak rasa sbb ms tu kami agak kekenyangan selepas makan di Starzy Cafe yg berdekatan.. InsyaAllah next time..




Boleh petik ikut suka nak banyak mana.. nnt timbang lps tu br byr... yg dorg dh petikkan siap2 pun ada.. satu bekas tu x ngat brp harga..







7)  Starzy Cafe

Berdekatan dengan Abang Strawberry tu ada banyak kedai makan yg kesemuanya ofkos berasaskan strawberry...huhu

Cafe pilihan kami ialah di Starzy Cafe...






                                      Semua menu tersangatlah manis potong kaki huhu





8) Cameron Lavender

Selain ladang Teh, kat sini antara tempat yg paling cntk utk amik gmbr... terasa mcm kat oversea..










  









9) 3D Museum

Pakej menginap di Nova Apartment tu bersekali dengan tiket masuk 3D Museum..free je.. 















Oklah...sampai sini je ye...akhirnya siap jugak entry CH ne sejak berminggu-minggu tertangguh hehe... Sekarang ne musim cuti sekolah.. kalo sahabat2 semua xde tmpt nak pergi bolehlah pergi cuti2 mata di CH.. tp bersiap sedia lah utk menghadapi jemmm yg dahsyat tuh hehe wassalam.



11.44 mlm
Bangau Street.


Saturday, 4 November 2017

CAMERON HIGHLAND (PART 1)


Assalamualaikum wbt....


Lama betul tak update cerita dlm blog ne... sejak dh start keje balik ne mmg tersangatlah busy... weekdays mmg pukul 9 lebih tu dah tutup lampu nak tido hehe weekend pulak kalau tak pergi rumah mentua, kami lepak2 je kat rumah sambil layan kerenah Salsabila tuh... makin besar makin banyak kerenah huhu

Oh ya, masa awal Muharam yang lepas, Mr Zauj balik bercuti 2 minggu.. so kami mengambil kesempatan utk cuti-cuti Malaysia di Cameron Highland... dah lama sebenarnya plan nak pergi.. masa arwah abah ada lagi kami plan nak pergi ramai2.. tapi disebabkan kekangan masa, kami tangguhkan dulu.. so masa cuti awal Muharam tu kami berpeluang menjejaki kaki ke situ.. last ummi pergi CH masa honeymoon dulu.. iaitu 8 tahun lepas.. so far CH dah cantik+sejuk sangat.. banyak sgt tempat2 baru yang menarik yang boleh dikunjungi... nanti ummi share tempat2 yang kami kunjungi tu ye..

Sepanjang di CH, kami menginap di aparment 2 bilik + breakfast iaitu di Nova Apartment.. sangat selesa.. fully furnished.. cuma tak boleh masak je.. lagipun kami bawak bekal nasi impit, rendang ayam, rendang kerang, maggi dan jajan2... 

Apartment yg kami menginap sebenarnya satu bangunan shopping kompleks maksudnya bahagian atas apartment, bahagian bawah shopping kompleks.. dan lokasi apartment tu dekat dengan Kea Farm iaitu tempat tumpuan org rmi nak beli sayur, buah, souvenir dll..

Oklah antara tempat yg kami kunjungi ialah:


1) Lata Iskandar

On the way naik ke CH tu, kami singgah Lata Iskandar.. selalu kalau balik Perak, mesti nampak air terjun dari highway kan.. ummi selalu terfikir kat manalah punca dtgnya Lata Iskandar tuh.. alhamdulillah dapat jugak tgk live Lata Iskandar yg org2 selalu sebut tu..













Tenang je dapat dengar deruan air terjun ne.. di tepi2 jalan pun banyak jugak kedai makan dan cenderamata dibuka...


2) Cameron Valley Tea Shop 1 

Seterusnya kami minum teh di Cameron Valley Tea Shop 1... masa ne sejuk yg amat sbb masih di awal pagi.. kat Cameron Valley TS 1 ne kalau nak pergi ke ladang teh kena naik buggy.. harga x sure RM10 sorg atau RM10 utk satu buggy.. kami tak naik pun sbb queue panjang.. malas nak tunggu..



nikmatnya dapat minum teh panas..










3) Cameron Valley Tea Shop 2

Lokasi Cameron Valley TS 2 ne terletak berhampiran dgn Cameron Valley TS 1.. di TS 2 ne ada laluan turun nak ke ladang teh n boleh tangkap gambar puas2 kat situ..






















4) Teh Boh Sg Palas

Orang kata kalau ke CH tak sah kalo tak pergi ladang teh sg palas... ladang teh nelah yg paling popular walaupun jalan turun n naik sgt menyeramkan hehe




Sekarang ne dah ada kemudahan track tangga naik ke atas.. ms ummi honeymoon dulu kena lalu di celah2 daun teh.. pengsan..huhu 


 




Oklah nnt ummi sambung cerita lg ye...wassalam



Guan Village,

9.55 mlm

HOME SWEET HOME - AL SADD

Assalamualaikum wbt... Malam tadi belek-belek gambar kat Doha dalam laptop... terjumpa pulak gambar2 rumah kami di Al Saad, Doha.. ...