Tuesday 24 January 2023

DOHA TRIP - UNPLANNED


 Assalamualaikum wbt...


Pada 18 Oktober sehingga 24 Oktober 2022, ummi dan Salsabila terbang ke Doha sekali lagi... ne kes kecemasan sbb Mr Zauji tak sihat... demam virus.. 

Selalunya Mr Zauji kalau demam cepat je sembuh.. tapi ne lambat sembuhnya.. risau pengsan sorg2 lak kat sana jadinya kami 2 beranak terbang ler ke Doha untuk menjaga Mr Zauji.. nasib baiklah cuti ummi senang je approved.. alhamdulillah dpt bos yang memahami...


anak cerdik yang selalu menjadi peneman dan penguat ummi

 
                           

Masa Mr Zauji jemput kami di airport pun nampak x sihatnya.. gagahkan jugak dia drive kereta.. kesian jugak.. nasib baiklah kami dtg jaga kan...

Jadinya ummi mmg menikmati betul jadi surirumah.. memasak, mengemas, membasuh baju dll

Mcm2 menu ummi masak... Mr Zauji request je hehe yg penting ada selera makan...

Nasi lemak by ummi hehe ne je menu yang amik gambar...

Kami xde jalan mana pun utk trip ne.. keluar makan2 je bila Mr Zauji sudah beransur sihat.... 


Makan Nandos... tu pun mkn cpt2 sbb Mr Zauji pening lak.. huhu






Yang ne pulak kami makan kat tempat wajib iaitu The Cheesecake Factory hehe masa ne Mr Zauji dah 100% sihat... alhamdulillah..









apa jelah yang dicari oleh anak itu hehe


Memang tak sangka dapat datang Doha lagi utk tempoh waktu terdekat.. asbab Mr Zauji tak sihat..

Oklah setakat ne dulu.. wassalam...


24/1/2023 ~ 6.30pm.


Monday 16 January 2023

STADIUM FIFA WORLDCUP QATAR 2022


 Assalamualaikum wbt...


Entry kali ne ummi tunjukkan stadium2 yg ada di Qatar sempena Worldcup yang baru berlalu ye... ne gambar yg kami google dan gambar yang kami ambil sendiri..


Al Bayt Stadium - stadium ne dorg ckp macam khemah 


stadium ne dekat je dgn rumah Mr Zauji


Al Janoub Stadium - yang ne rupa kerang


Khalifa International Stadium



dipanggil stadium kontena.. lps habis worldcup, stadium 974 ne telah dilenyapkan
sbb dorg nak buat projek lain



Ahmad bin Ali Stadium



Education City Stadium


stadium utama.. perasmian dan penutup worldcup buat di stadium ne..
game final haritu pun buat kat stadium ne..


Lusail Stadium - view waktu malam.. kitorg panggil stadium kapal


Al Thumama Stadium - kitorang panggil stadium songkok

Kenangan betul bila teringat kami buat stadium hunting semasa di Doha haritu... 


Oklah wassalam.


16/1/2023 ~ 6.36pm


DOHA ~ HERE WE COME (DAY 9)


 Assalamualaikum wbt...


Ok ne last entry utk trip kami ke Doha September lepas...

Pagi tu mak buat breakfast nasi lemak dan ummi walid pergi beli vadey yg sodap tu...

Lepas tu kami keluar  untuk stadium hunting area education city, lusail dan khalifa... untuk stadium nanti ummi buat entry khas compile utk kelapan2 stadium sempena worldcup ye...

Lepas tu kami ke Ezdanmall minum kopi dan makan donut di cafe Tim Hortons.. sambil2 minum kopi, mak dan adik ummi pergi beli teko arab kat kedai yang berdekatan....

Petang tu kami ke Al Aker Sweets untuk beli baklava dan makan kunafa... sedap giler kunafa dia.. 




Tengok gambar ne teringat2 lak rasa dia...huhu sebelum ne ummi pernah makan kunafa tapi mcm tak boleh terima lak.. x sedap.. tapi yang ne sedap benor lak rasanya...

Selepas tu kami meneruskan perjalanan ke Sea Line di Messaied... untuk naik unta padang pasir...

Mr Zauji dgn Salsabila je naik unta.. ummi takut huhu







kalo kanak2 boleh naik kuda comel ne



Lepas naik unta tu, kami singgah pantai berhampiran amik angin walaupun anginnya panas hehe


Malam tu kami dinner sekali lagi di Afghan Brothers.. nasi arab terbaik abad ini di Doha hehe

Balik rumah kami dh start packing barang nak balik Malaysia esoknya tu.. part plg tak suka sbb dh nak kena balik...huhu

Maka berakhirlah trip kami di Doha September yg lepas...

Ok jumpa lagi untuk entry yang lain.


Wassalam.


16/01/2023 ~ 6.20pm


Sunday 15 January 2023

DOHA ~ HERE WE COME (DAY 8)


                                                             Assalamualaikum wbt.....


Aktiviti kami pada hari tersebut ialah stadium hunting iaitu amik gambar salah satu stadium Worldcup... Stadium 974 di Al Janoub...


Dikenali juga dengan nama stadium kontena sbb dibina dengan menggunakan kontena... tapi stadium ne dibina hanya sementara sahaja.. lepas Worldcup habis haritu stadium ne telah dilenyapkan sbb tapak stadium tu plannya untuk bina projek lain pulak...

Lepas tu kami ke Katara Cultural Village untuk makan aiskrim di Cioccoitaliani...


Oleh kerana cuaca panas, aiskrim tu cepat betul cair huhu berbanding masa kami makan aiskrim tu di Milan, Italy time winter helok je rupanya hehe...


Walaupun cuaca boleh tahan panas tapi kami tetap enjoy bersantap sambil cuci mata tgk mat kun anta bak kata Wan Teh dan Salsabila hehe...










Kawasan situ ada longkang hitam mcm pic kat bwh ne tau.. longkang tu bukan sebarang longkang.. tu aircond sebenarnya haha jadinya bila jalan kami pijak longkang tu haha sejuk sikitttt...





Berdekatan tempat kami lepak ne, ada event burung Falcon... dah kenyang kami pun pergi ke event tu..

Penuh dengan qatari lelaki haha selain petugas, kami je tourist yang perempuan... masa tu segan giler.. rasa macam nak keluar balik.. haha mana taknya kami je lah perempuan di tengah2 pak arab tu adehhh dah semua pandang kitorg.. maybe ada hari lain yang lebih dikhaskan utk pengunjung wanita haha dah masuk belasah jelah.. so tebalkan muka dan follow jelah belakang Mr Zauji...


cantik lukisan ne dan mahal harganya...


wanteh selfie with falcon..


salsabila selfie with falcon and mat kun anta too hahah



Mata falcon ne ditutup sbb takut falcon ne rasa terancam.. bila terancam nnt dia tak reti dok diam...






Dah puas tengok falcon, kami ke area Lusail.. tgk bangunan cantik2 kat situ...


Lepas tu kami pergi ke Place Vendome Mall di Lusail... Tujuan utama ke situ untuk tengok dancing fountain tapi masa kami smpi tu kami diberitahu kena tunggu lagi 1 jam huhu tak sanggup nak tunggu sbb kami dah mula keletihan sbb 1 hari kat luar... jadinya kami amik gambar je area situ...


Cantikkan mall ne.. tersangat mewah binaannya..






Dah puas bergambar kami pun pulang ke rumah... untuk dinner, otw balik tu kami tapau shawarma, lasagna dan chai..


Ok till now... wassalam.


15/1/2023 ~ 6.55 petang.

EID MUBARAK AT DOHA, QATAR ~ JUN 2023 (PART 3)

 Assalamualaikum wbt... 27  Jun 2023... Hari ni lepak rumah je sebab kami semua puasa hari Arafah.. memandangkan walid berbuka kat office sb...