Tuesday 9 May 2017

SHORT TRIP TO PENANG (PART 1)


Assalamualaikum wbt...


Entry kali ne ummi nak cerita psl cuti-cuti malaysia pulak.. asyik oversea je kan..huhu

Bulan lepas, ummi dan keluarga mentua berpeluang utk pergi Penang... semua dh pernah pergi Penang tp trip yg ini merupakan first time pergi bersama keluarga mentua..

K.ngah yg beria2 ajak pergi Penang ne... sbb ms kami pergi Penang ne, Iman cuti sekolah selama 2 minggu..spring holiday.. jadinya k.ngah ckp jom pergi Penang mkn nasi kandar hehe

Mr Zauji aka walid salsabila pun blk msia cuti 4 hari.. cumanya walid dpt join sehari je kat Penang iaitu last day kitorg di Penang.. hehe kesian walid...

Kami pergi berasingan... iaitu k.ngah, abg izmir, iman dan mentua pergi Penang naik ETS dan bertolak hari Jumaat... manakala ummi, salsabila, k.long dan k.aee pergi naik flight Malindo Air pd hr sabtu...


First time naik Malindo Air... not bad.. cuma terasa melayang2 kena tiup angin je kapal terbang tu hehe ringan semacam..





maklong dan salsabila



Penerbangan dari Subang nak ke Penang mengambil masa tak sampai 1 jam.. Dalam penerbangan kami dihidangkan mineral cup.. free je.. kalau nak sedap sikit bolehlah beli curry puff dan air panas Starbuck total rm10...

Kami tak beli pun sbb sblm naik flight kami dah melantak siap2....:)


Sampai je airport Penang, kami dijemput oleh k.ngah dan lain2.. sepanjang di Penang k.ngah sewa Hyundai Starex.. mmg muat je utk kami 10 org.. 






Budak duorg ne kalo berjumpa mmg dh x hirau org kiri kanan.. bercerita tak hbs2... maklumlah dh lama x jumpa...


Lepas tu kami terus pergi makan...


Makan sate, pasemboq, laksa, mee rebus, cendol semua kami bedal... huhu mmg aim pergi Penang ne utk makan, makan dan makan jeee..hehe

Dah kenyang mcm ular sawa gamaknya, kami terus ke hotel nak checkin.. tp disebabkan ms tu belum pukul 3 ptg, jadinya kami tak boleh checkin.. disebabkan ada ms lg sblm checkin, kami terus ke kedai urut kaki/badan depan hotel tu...

Selepas dh checkin hotel, kami berehat dan solat... petang tu layan iman dan salsabila berenang kat swimming pool..

 


Maklong pun join swimming.. siap ajar salsabila cmne nak berenang.. iman dh terer.. dah tahap olimpik dh hehe..

Malam tu kami dinner nasi kandar di kedai Din Maju kalau tak silaplah.. lupa dah nm kdi tu... punyalah rmi org... huhu mmg betullah kata org Penang ne syurga makanan.

Oklah nnt sambung lagi ye... wassalam.


11.33 mlm,
Guan Village.


No comments:

Post a Comment

EID MUBARAK AT DOHA, QATAR ~ JUN 2023 (PART 3)

 Assalamualaikum wbt... 27  Jun 2023... Hari ni lepak rumah je sebab kami semua puasa hari Arafah.. memandangkan walid berbuka kat office sb...