Saturday 4 April 2015

KELAS KAFA

Assalamualaikum wbt…

Buat masa ne salsabila belum sekolah lagi… InsyaAllah bulan September nanti ada rezeki salsabila akan bersekolah… doakan ye.. J

Tapi buat masa ne salsabila hanya ke kelas kafa di Ma’ahad Al-Da’wa, Awqaf pada hari sabtu.. sebenarnya kalau ikutkan minimum umur 6 tahun baru boleh join.. itupun join ‘bridging class”… lebih kurang macam pra lah.. salsabila tahun ne baru 5 tahun… tapi disebabkan walid salsabila adalah salah seorang sukarelawan sebagai tenaga pengajar di kelas kafa tersebut jadi dapatlah salsabila tumpang di kelas tersebut…hehe

 Untuk pengetahuan,  kelas kafa ini dikhaskan untuk anak-anak malaysia sahaja…..kelas KAFA ini  ditubuhkan untuk mengajar/mendidik anak2 malaysia khususnya bab2  fikah, tauhid, solat, taharah dan lain2.. ini adalah disebabkan sylibus qatar dengan Malaysia lain dan jauh berbeza.. almaklumlah Qatarkan negara timur tengah takkan sama kt negara ASEAN…

Tenaga pengajar di kelas kafa ne ada lebih kurang 30 orang.. semuanya sukarelawan dan hanya claim pahala di akhirat nanti…InsyaAllahJ Cuma para pelajar perlu bayar yuran QR150 untuk satu tahun… yuran tersebut adalah untuk menampung kos operasi dan pentadbiran KAFA serta untuk aktiviti-aktiviti yang dirancang untuk para pelajar…

Yang menariknya di kelas KAFA ne semuanya yang melibatkan lelaki dan perempuan seperti bilik guru,surau, kelas dan mini library diasingkan di antara perempuan dan lelaki… semua guru dan pelajar perempuan diletakkan di tingkat 1 manakala semua guru dan pelajar lelaki di ground floor…
Di ground floor terdapat kantin untuk guru n pelajar beli makanan semasa waktu rehat.. menunya perghhh sedap2 belaka… pisang goreng cheese, char kueh teow, nasi lemak, teh tarik dan banyak lagi… ibubapa pun semasa hantar anak ke kelas kafa ne sempat lagi singgah borong segala menu di situ.. bukan senang nak dapat.. nak buat sendiri tersangatlah rajinkan hehe

Kelas kafa ne bermula dari pukul 1 petang (selepas zohor) sehingga 4.30 petang… solat asar biasanya  secara berjemaah pada pukul 3.35 petang…

Kalau walid jadi sukarelawan tenaga pengajar, ummi pulak jadi sukarelawan librarian… pentadbiran kafa ada wujudkan mini library jadi ummi tolong2 je ada sorang sukarelawan tu untuk uruskan jika para pelajar nak pinjam buku cerita, buku ilmiah dan sebagainya.. sementara tunggu walid n salsabila habis kelas ada juga lah aktiviti ummi…J




Inilah dia bangunan kelas kafa, Ma'ahad Al-Da'wa, Awqaf








Sebahagian buku yg terdapat di mini perpustakaan di kelas kafa



Ok setakat ne dulu ye… wassalamJ



















EID MUBARAK AT DOHA, QATAR ~ JUN 2023 (PART 3)

 Assalamualaikum wbt... 27  Jun 2023... Hari ni lepak rumah je sebab kami semua puasa hari Arafah.. memandangkan walid berbuka kat office sb...