Wednesday, 28 October 2015

UK TRIP - EDINBURGH, SCOTLAND (PART 2)

Assalamualaikum wbt...

Hari kedua di Edinburgh, kami mengatur langkah ke Edinburgh Castle.. kami jalan kaki je.. xdelah jauh sangat dari hotel kami tu... kalau jalan kaki adalah dalam 20 minit.... itupun sebab kami banyak berhenti amik gambar....

Masa ne kemain semangat sebab baru memulakan perjalanan.. dengan cuaca yang sejuk dan nyaman tu kami rasa sgt fresh...






Berehat jap.. take a breath....

nak ke edin castle tu kena mendaki tangga tu... agak tinggi juga... penat berjalan tak habis lg.. nak kena mendaki ler pulok...huhu


dah separuh jalan kami mendaki anak tangga tu, kami berhenti kejap amik gambar... ada pelancong yg volunteer nak amikkan gambar kami bertiga... pelancong tu pun berhenti rehat jap.. semput naik tangga katanya heehe

Akhirnya sampai juga ke puncak edin castle ne... kami tak masuk pun dlm edin castle tu sbb tiketnya agak mahal.. ramai juga pengunjung lps amik gambar kat luar edin castle tu terus blah.. dorg pun x masuk dlm edin castle tu..

Sejarah menyaksikan Edinburgh Castle ini merupakan sebuah benteng pertahanan yang terakhir digunakan pada tahun 1745 dan hingga tahun 1920 digunakan sebagai markas tentera British di Scotland.







View dr atas edin castle.....






kedai cenderamata

                                   

Setelah puas bergambar kat area edin castle, kami cuci mata di kedai cenderamata di sepanjang Royal Mile dan lepas tu kami beli tiket untuk naik bas hop on-hop off untuk ke destinasi seterusnya...

Tempat yg salsabila berdiri tulah bas hop on-hop off akan berhenti menurunkan penumpang dan mengambil penumpang yg lain pula...


Harga tiket bas tersebut ialah GBP34 (RM222.58) utk 2 org dewasa n seorang kanak-kanak.... tiket ini boleh digunakan 24 jam... bas ne dua tingkat dimana tingkat atas tiada bumbung dan tingkat ats ne biasanya menjadi pilihan penumpang jika tak hujan... bas ne akan berhenti di 7 stesyen yg mana semua stesyen merupakan tempat2 famous dgn tinggalan sejarahnya yang tersendiri... kami dibekalkan earphone utk mendengar penerangan yg berkaitan di setiap stesyen yang akan bas berhenti... penerangan itu juga boleh didengar dlm 9 bahasa...  dan terpulang kpd penumpang utk turun di stesyen pilihan masing-masing...




Masa ne sejuk betulll....


Lebih kurang 15 minit perjalanan, kami pun turun di Old Town Edinburgh. Di sini terdapat bangunan parlimen Scottish. Untuk masuk ke dalam bangunan parlimen scottish itu, pengunjung perlu melalui pemeriksaan keselamatan yang ketat seperti pemeriksaan imigresen di airport. Semua barang2 pengunjung akan di scan termasuklah jaket, tali pinggang perlu dibuka utuk discan... cuak jugalah masa tu sbb x sangka lak strictnya... tapi bila fikir2 balik betullah tu apa yg dorg buat... kalo x buat mcm tu tak psl2 ada org buat dajal kat parlimen dorg tu pulak nanti... 

Dalam bangunan parlimen tu ada ruangan pameran tentang sistem pentadbiran dan bagaimana undang-undang di buat di sini (fungsinya sama mcm parlimen negara2 lain).., selain itu, terdapat dewan tempat ahli2 parlimen bersidang, cafe dan kedai cenderamata... pengunjung tidak dibenarkan amik gambar kat dalam tu jadi kami amik gambar kat luar bangunan tu jelah....


Berhadapan bangunan parlimen scottish tu ialah istana yang dipanggil palace of holyrood...






Setelah puas bejalan2 kat situ, kami terus tunggu bas hop on-hop off tu utk balik ke hotel... bas tu setiap 15 minit akan lalu jadi mudahlah nak ke stesyen lain pulak....  kebetulan masa ne sudah petang dan hujan renyai mulai turun...


Sampai je hotel, kami amik beg dan terus naik bas ke St.John's Road utk check-in hotel yg lain pula... oh ya, slps breakfast pagi tu kami dh siap2 checkout hotel dan tinggalkan beg kat bilik yg dikhaskan pihak hotel....

Bas yg kami naik tu bas biasa je.. bukannya hop on-hop off.. harga tiket bas tu GBP5 utk 3 org... lebih kurang 15 minit perjalanan ke hotel tersebut....

Memandangkan malam tu pun hujan jadi kami hanya lepak kat hotel je.... :)



Tuesday, 27 October 2015

UK TRIP - EDINBURGH, SCOTLAND (PART 1)

Assalamualaikum wbt....

Destinasi pilihan kami sekeluarga seterusnya ialah Edinburgh, Scotland. Edinburgh adalah ibu negara Scotland dan juga merupakan kota kelahiran Alexander Graham Bell iaitu seseorang yang dikenali kerana telah berjaya mencipta telefon. Selain itu, keindahan landskap kotanya dengan pelbagai bangunan tua yang telah dibangunkan lebih dari empat abad lalu menjadikan kota ini terkenal di seluruh dunia.

Kami bertolak ke Edinburgh pada 4 Oktober 2015 dengan menaiki penerbangan Qatar Airways pada pukul 7.45 pagi. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 7 jam.



Sepanjang dalam flight, alhamdulillah cuaca dalam keadaan baik. Cuma masa dah nak dekat landing tu kabus agak tebal menyebabkan kapal beberapa kali bergoyang... cuak juga hehe... walau mcm mn pun alhamdulillah kami akhirnya selamat landing..

Masa kami sampai Edinburgh Airport tu suhu lebih kurang 10 darjah celcius.. boleh tahan sejukkkk... walid cakap bersiap sedialah nak jadi frozen lps ne...

Airport Edinburgh takdelah besar sangat... jadi urusan imigresen dan pengambilan luggage menjadi cepat dan mudah... imigresen dorg pun friendly... 


Lepas amik gambar kat luar airport, kami terus beli tiket trams utk ke hotel. Harga tiket trams utk dewasa ialah GBP5 seorang dan kanak-kanak GBP2.5 seorang. 





Perjalanan nak ke hotel tak sampai setengah jam... kami menginap di Waldorf Astoria Hotels & Resorts. Lokasi hotel ini ialah di tengah2 bandar dan betul-betul di hadapan Princess Street.


View bilik hotel kami mengadap edinburgh castle... waktu malam lagi cantik view hotel ne... 



Lepas berehat dan solat, kami keluar jalan-jalan di sekitar Princess Street. 



Beli poskad kononnya nak pos kat atok nenek salsabila hehe tp akhirnya elok je tersimpan bwk blk qatar...


Hari pertama di Edinburgh kami lebih banyak cuci mata kat kedai2 souvenir dan jalan2 sekitar Princess Street saja... Memandangkan kami tengok salsabila agak keletihan jadi kami mengambil keputusan balik semula ke hotel... lagipun masa tu hari dah nak malam... jadi malam tu kami tidur agak awal... dengan harapan hari kedua dan seterusnya kami lebih bertenaga dan bersemangat untuk meneruskan kembara kami di bumi Scotland ini...... :)




SANAH HELWAH SALSABILA

Assalamualaikum wbt... Selain celebrate birthday salsabila di Doha ms bulan Ramadhan yg lepas, kami juga raikan birthday salsabila...