Tuesday, 2 June 2026

HAJJ 2025 (DAY 8) - HOTEL DURRAT/AWTAD DI SYISYAH


 Assalamualaikum wbt


30 Mei 2025

Hari ni kami breakfast beehun Singapore.. meriah juga dengan kuih muih dan roti bakar..

Selepas breakfast, kami basuh baju kat rooftop..

mesin basuh semi auto.. 

Mesin basuh yang ada tagging merah tu kepunyaan PJH CS... lagi 2 tu kepunyaan PJH Yaskin.. tapi kami guna sama-sama..

suami soleh.. rajin basuh baju hehe


kami guna sabun ni untuk basuh pakaian harian.. wangi..


senang dh siap dlm paket kecik2.. grab n go..
                                            

tempat sidai baju.. 

Oleh kerana cuaca panas, kejap je baju dah kering.. sebelum tengahari kami dah angkat baju.. bagi peluang orang lain pulak nak sidai...

Pukul 11 pagi, jemaah muslimat ada kuliah anjuran PJH Yaskin di surau Hotel Durrat.. 

Jemaah lelaki pulak masa tu dah bersiap untuk solat Jumaat kat Masjid berdekatan.. Jemaah muslimat tidak digalakkan untuk join solat Jumaat untuk memberi laluan kepada jemaah lelaki untuk solat memandangkan Masjidnya tidak berapa besar.. Jemaah lelaki muasasah Indonesia juga solat Jumaat di situ..




Selepas asar kami ada kuliah di surau Hotel Awtad..



favourite port walid (jubah kelabu) kat dinding

Tajuk kuliah kali ni berkaitan seruan haji... masa ni baru kami sedar betapa pentingnya segerakan haji.. 
Kita kena usaha sungguh2 cukupkan duit untuk pergi haji.. bukan tunggu dah sampai turn baru nak g haji.. kalau nak tunggu turn memang lambat melainkan memang yang dah daftar haji awal.. 
Kita ada pilihan untuk buat rayuan haji...

Mesti ramai cakap belum mampu dan duit belum cukupkan.. ustaz cakap kalau kita ada lebih dari 1 rumah maksudnya kita mampu.. kalau ada lebih dari 1 kereta maksudnya kita mampu... belum lagi  dikira tanah yang ada, simpanan dll.. macam mana kita cakap kita masih belum mampu?

Terus ummi sentap.. Maafkan kami Ya Allah...betapa sebelum ni kami lengah2 je nak pergi haji.. tunggu je turn smpi yang tak tau bila akan tiba.. 


So sesiapa yang baca blog ummi ni dan masih belum pergi haji... doa banyak2 dan usaha sungguh2 untuk cukupkan duit.. korbankan apa yang boleh untuk pergi haji... jangan difikir berapa banyak yang kita dah labur untuk pergi haji... percayalah, Allah akan ganti dengan rezeki yang lebih baik nanti.. Aaminnn.


Wassalam.

4.15pm,
Kembara Haji Walid dan Ummi,
Duyufurrahman 1446H,
Hajj 2025.

No comments:

Post a Comment

HAJJ 2025 (DAY 8) - HOTEL DURRAT/AWTAD DI SYISYAH

 Assalamualaikum wbt 30 Mei 2025 Hari ni kami breakfast beehun Singapore.. meriah juga dengan kuih muih dan roti bakar.. Selepas breakfast, ...