Saturday 7 May 2016

HOLIDAY IN MILAN (PART 2)

Assalamualaikum wbt....


Entry kali ne ummi nak cerita pasal tempat-tempat yg kami pergi sepanjang di Milan...

Untuk memudahkan kami bergerak dari satu tempat ke satu tempat, kami membuat keputusan utk naik bas 2 tingkat hop on hop off (hoho) je... bayaran euro 22 utk dewasa  dan kanak2 5 thn dan kebawah free.. so Salsabila free lah... Salsabila bulan Julai ne br nak masuk 6 thn...

Tiket bas hoho ne valid 24 jam...


1) A VITTORIO EMANUEL II

Tempat ini merupakan pusat membeli belah tertua di dunia. Ia telah direka pada tahun 1861 dan dibina oleh Giuseppe Mengoni antara 1865 dan 1877. Lokasinya terletak bersebelahan Duomo... Kat dlm Emanuel II ne bnyk butik-butik barangan jenama mcm LV, Prada, Versace, Brics dan bnyk lagi... merujuk kpd blog2 yg ummi baca, brgn jenama kat sini jauh lagi murah dr Malaysia.. ummi tak tau btl ke tdk sbb ummi x shopping pun.. masuk kat dlm butik tu pun tidak hehe kami masuk dlm Emanuel II tu utk mkn gelato (aiskrim) dan amik gmbr je..:)

view dr dpn...


view dr dlm...





sdpnya makan gelato... gelato is the italian word for ice cream..:)


aneka gelato...



x tau ler Salsabila nak teropong apa..




2) ARCHO DELLA PACE

Merupakan gerbang kemenangan, pada mulanya dibina pada awal abad ke sembilan belas sebagai sebahagian daripada  `Foro Bonaparte` versi moden Forum Moden untuk meraikan kemenangan Napoleon.




3) SAN SIRO STADIUM

Merupakan stadium bola sepak di daerah San Siro Milan, Italy yang mana adalah rumah AC Milan dan Inter Milan. Ia mempunyai kapasiti tempat duduk 80,018 dan menjadikannya salah satu daripada stadium terbesar di Eropah dan yang terbesar di Italy. Stadium ini juga digunakan untuk konsert dan acara sukan yang lain. Tiket masuk ke San Siro Stadium ne ialah euro 17 utk dewasa dan kanak2 bwh 6 thn free....


Orang yang paling seronok mestilah Mr Zauji... kemain lg semangat.. hehe ooppss actually we are not fan tp dh ada depan mata ne singgah jer lah tgk...





Kami berpeluang utk masuk ke dalam San Siro muzium ne dimana dalam tu terdapat piala2 yg dorg pernah menang, gambar2 ahli2 bola sepak dr zaman sejak penubuhan sehingga sekarang dan bnyk lg yg ada dlm tu...














Dan yg paling best kami juga diberi peluang utk melihat sendiri tempat pemain2 bola sepak ne berkumpul dan bilik persalinan sblm dan selepas perlawanan...








Lepas tu kami sempat bergambar di tempat duduk para penyokong....





walid tgh melayan Salsabila buat video...






Dah puas bergambar, kami pergi ke San Siro Store utk beli sedikit souvenir..:)




4) ACQUARIA

Tiket masuk berharga euro 5 utk dewasa dan 6 thn ke bwh free.. untunglah Salsabila dpt tiket masuk semua free:) mula2 plan ngat nak g zoo tp assistant bas hoho tu ckp xde zoo kat milan.. yg ada hanya acquaria.. pun bolehler... acquaria pun acquaria ler...:)






















5) MERCATO VIA FAUCHE 

Kami juga sempat cuci mata di pasar minggu di Milan... Terdapat bnyk brgn yg di jual.. dari pakaian hinggalah ke makanan ada dijual.. beg2 kulit yg xde jenama tapi original pun ada.. harga pun murah dan boleh tawar menawar lagi...

Walid sempat ler beli baju winter utk Salsabila.... euro 10 kalo x silap baju tu...







Kalau nak tgk lg suasana Mercato via Fauche ne sila google ye.. ummi tak bnyk amik gmbr kat situ sbb org rmi... ummi dok pegang je tgn Salsabila takut terpisah hehe



 6) CASTELLO  SFORZESCO

Merupakan istana tinggalan sejarah di Milan. Ia dibina pada abad ke 15. Masuk dlm ne free je..


view dr dpn istana...






















7) VIA DANTE

Via Dante ne merupakan pedestrian street antara Piazza Duomo dan Castello Sforzesco.. kat situ banyak deretan kedai makanan dan butik pakaian/handbag/kasut dan lain2.. menjelang petang akan terdapat ramai 'artis2 jalanan' ne membuat persembahan dan pelbagai aksi utk mencari rezeki dan secara tak langsung memeriahkan suasana di Via Dante. Kalau nak tgk gmbr penuh, sila google ye 'Via Dante Milan'..:)


Untuk hari kedua kami di Milan, inilah tempat2 yg kami pergi... actually bnyk lg tempat menarik yg boleh pergi tpi ini jelah yg sempat kami pergi... bagus juga ada hoho... jimat masa n kos... untuk hari ketiga kami telah pergi ke tempat yg sangat best dan akan diceritakan next entry ye:)



11.25 mlm,
Al Sadd, Doha



No comments:

Post a Comment

EID MUBARAK AT DOHA, QATAR ~ JUN 2023 (PART 3)

 Assalamualaikum wbt... 27  Jun 2023... Hari ni lepak rumah je sebab kami semua puasa hari Arafah.. memandangkan walid berbuka kat office sb...