Assalamualaikum wbt..
31 Ogos 2025
Hari ni kami dah checkout hotel di Da Lat..
Seawal 5 pagi kami dah gerak meninggalkan bumi Da Lat dan menuju ke bandar Ho Chi Minh...
Kami singgah breakfast kat Bukit Panorama..
![]() |
| nasi lemak ayam goreng |
Oh ya.. kat bawah ni view jalan raya yg kami lalu masa nak pergi Da Lat.. so nak pergi ke bandar Ho Chi Minh, sekali lagi kami kena lalu jalan yang sama...
Dahsyat betul jalan rayanya.. ada rezeki kalau datang lagi ke Da Lat, moga2 jalan rayanya dah cantik...
Destinasi seterusnya kami naik jip kat sand dune.. 2 jam perjalanan..
Mini sand dune.. Sand dunenya xdelah macam kat negara arab tu.. jadilah kan dari xde haha
Sebelum balik pekena air kelapa sorang satu.. boleh tahan panas cuaca kat situ..
Kami meneruskan perjalanan.. singgah lunch kat Restoran Aly dan solat jamak kat Surau..
Lebih kurang pukul 5 petang kami pun sampai di bandar Ho Chi Minh.. sebelum checkin hotel, kami singgah shopping kat Kilang Danny Fashion House..
Kat situ kain pasang, telekung, sejadah muka etc murah2 juga.. Sutera Vietnam 3 pasang RM100 & Sutera China 4 pasang RM100..
Terlupa pulak nak amik gambar kat kedai tu.. semua fokus shopping...
Pukul 6 petang kami checkin Hotel Aluna Ben Thanh...
![]() |
| rupanya office Bismillah Tours Travel depan hotel ni je |
Sama macam kat Da Lat, ummi bilik berdua dengan kak siti..
Depan hotel ni dikatakan syurga shopping buat rakyat Malaysia....
Keluar hotel terus terpampang deretan kedai jual macam2... area situ tu dinamakan Malaysian Street Vietnam..
![]() |
| mur mur tudung bawal.. ummi belikan utk ofismate |
Pukul 8 malam kami dinner kat restoran depan hotel...
![]() |
| lembut betul kuih bingka ni.. |
Malam tu juga kami buat surprise utk kak liza.. birthday dia malam tu.. terkejut dia kami celebrate birthday dia hehe
Oklah sampai sini dulu... wasssalam.
5.35pm,
Lepak bandar Ho Chi Minh pulak.





































No comments:
Post a Comment