Sunday, 10 May 2026

LADIES TRIP TO VIETNAM - PART 2


 Assalamualaikum wbt...


30 Ogos 2025

Seawal 4.30 pagi kami dah bangun..selesai solat Subuh dan bersiap, kami terus tunggu kat lobby.. pukul 6.15 pagi kami dah naik bas untuk pergi breakfast..

view dari lobby



Hujan baru berhenti.. bertambah2 sejuklah cuaca..

menapak nak pergi kat bas.. ada yg siap2 bwk luggage.. nak shopping sakan ler tu..

Kami breakfast kat kedai semalam yang kami dinner tu...



roti Vietnam+kari ayam

Dua menu yang famous kat kedai ni...

Beef Talu - signature food yang hanya ada kat Da Lat 




Destinasi pertama kami adalah Mongo Land.. 45 minit perjalanan.. 

Selain cuaca sejuk macam Cameron, view kat tepi2 jalan banyak kedai yg jual sayur dan buah-buahan..


Tak sure berapa harga masuk Mongo Land sbb tourist guide dah belikan tiket siap2..






Tujuan utama nak datang Mongo Land sbb nak main benda ala ni.. hilang stress mak-mak haha


Rezeki kami sampai awal jadi tak perlu beratur.. dan boleh repeat main 2 ke 3 kali... ada juga servis amik video guna drone tapi sbb baru lepas hujan jadi lambat sikit servis drone start.. xde rezeki.. kalau tak mesti lagi cantik gambar/video...








Dalam mongo land ni juga ada mini zoo..


















Pukul 9 pagi kami gerak ke destinasi seterusnya...on the way tu singgah pekena kopi dulu kat Milenh Coffee Garden..


Ummi try moka butter.. 90000 dong..





beli 1 cawan ni buat kenangan

Pukul 10 pagi kami gerak ke taman bunga Van Hoa.. setengah jam perjalanan...








Senyum lebar mak dikelilingi bunga...






Besar-besar buah labu.. teringat labu dalam cerita cinderella yg ditukar jadi carriage...



tomato









Pukul 12.00 tengahari kami singgah lunch di Restoran Fatimah dan solat jamak kat situ..






Seterusnya kami dibawa naik tobbogan..



beratur tunggu turn nak naik


x dapat naik toboggan kat Taif, naik kat Vietnam pun jadilah.. ni pun berdebor2..


ni geng2 bawak laju.. xde tekan handbrake punya huhu






view background Datanla Waterfall

Sebelum balik, belilah sekeping gambar buat kenangan..


Destinasi seterusnya ialah Crazy House.. 




Crazy House (juga dikenali sebagai Hang Nga Guesthouse).. tarikan paling unik di bandar Da Lat.. Bangunan ini direka oleh arkitek Vietnam Dang Viet Nga dan terkenal sebab reka bentuknya yang pelik macam dunia fantasi... gabungan rumah pokok dan gua..






Kalau nak naik atas kena berhati-hati sbb laluan sempit & tangga berpusing yang nampak macam akar pokok atau gua.






Guesthouse pun ada untuk yang nak menginap di situ..




Menginjak ke pukul 5 petang kami gerak ke kedai Amiee Da Lat.. masa untuk shopping.. 
terapi bagi org perempuan..


Punyalah rambang mata dan fokus shopping hanya 2 gambar ni je ada tanda hadir haha macam2 jual kat sini... baju kurung siap, kain pasang, tudung dan yg paling laku dorg borong ialah telekung.. tau2 dh ada yg beli 10 pasang telekung.. murah dan kain berkualiti.. worth it...


Dah settle shopping kami singgah kedai kopi lagi.. kat Vietnam ni kalau x minum kopi tak sah..

Mai Quynh Coffee


tuan kedai sambut kami dengan hidangan teh.. sedapp 


ramai grab sorg satu


asam pun sedap




first time rasa coconut coffee.. rasa bolehlah.. boleh telan....




kerepek ni kalau dh start makan tak boleh berhenti.. leka mengunyah..

Sebelum balik hotel kami singgah dinner steambot kat Restoran Hajah Hawa...








Dahsyat betul dari pagi keluar sampai ke malam baru balik hotel.... penat tapi seronokkk.. alhamdulillah.

Wassalam.


4.07pm,
Menghirup aingin sejuk Da Lat.

No comments:

Post a Comment

LADIES TRIP TO VIETNAM - LAST DAY

 Assalamualaikum wbt... 1 September 2025 Hari ini merupakan last day kami kat Vietnam... kejap je dah nak balik... Pagi tu kami breakfast ka...