Saturday, 9 May 2026

DOHA TRIP IN JANUARY 2026 - LAST PART

 

                                                               Assalamualaikum wbt...


1 Februari 2026

Pukul 2 pagi ummi dan mak bangun buat nasi lemak.. walid nak bawak bekal pergi office.. hari ni walid keje shif pagi..




Sedap lain macam betul makan nasi lemak kat bumi Arab... minum pulak chai.. heavennn

chai

Pukul 9.45 pagi kami berempat naik uber ke Metro Station, Al Wakra.. hari ni nak jalan-jalan sebelum balik Malaysia esoknya tu...

Kami beli tiket gold pass.. 40 rial sorang (return)...




Destinasi pertama kami ialah The Pearl.. dah lama nak pergi sini tak kesampaian.. 
kali ni kami bagi jadi..

Kami turun kat stesyen Legtaifiya then naik bas M110 utk ke The Pearl.. free je..



apesal ntah org sudan sebelah ummi ni dok pandang ummi je huhu



The Pearl ni pulau buatan manusia yang mewah di Doha, Qatar... selalu digelar “Arabian Riviera”. Kawasan ini terkenal dengan marina kapal layar, restoran tepi laut, butik mewah, kafe cantik dan suasana ala Mediterranean...





mak dan bunga berpisah tiada..




Singgah makan aiskrim Dairy Queen.. tq anakanda belanja..
















Jalan2 amik gambar ternampak cafe spot view cantik.. so singgah sebentar minum hot coklat demi beberapa keping gambar..




View ala-ala kat Venice..




Anakanda beli kad birthday ummi masa dia bercuti ke Jepun.. gigih ummi bawa ke Austria tp lupa post status masa kat sana.. nasib baik teringat masa kat The Pearl ni.. teruslah up status hehe


Seterusnya kami naik Metro ke Mshereib Downtown..

boleh naik tram ni pusing2 Mshereib.. free je..


station tram



Anakanda request nak makan Ramen..








Sebelum balik rumah kami singgah Souq Waqif.. Beli kurma dan topup souvenir.. selagi tak balik Malaysia dok lah membeli tak habis2 kan... dari Mshereib boleh jalan kaki je nak ke Souq Waqif...

So sampai rumah kami grab nasi arab Afghan utk dinner dan sambung packing nak balik Malaysia dah esok tu...

Ok dah habis story trip January kami.. wassalam.


3.00pm,
Last day in Doha.

No comments:

Post a Comment

HAJJ 2025 (DAY 8) - HOTEL DURRAT/AWTAD DI SYISYAH

 Assalamualaikum wbt 30 Mei 2025 Hari ni kami breakfast beehun Singapore.. meriah juga dengan kuih muih dan roti bakar.. Selepas breakfast, ...