Assalamualaikum wbt...
26 Januari 2026...
Lepas solat Subuh ummi dan mak terus masak nasi lemak, mee kari, rebus nasi impit, rendang tok dan sambal tumis ikan bilis... haaa banyak tak menu..
Xde tetamu special nak dtg pun.. kitorg yg nak makan semua haha
Nasi impit, rendang tok dan sambal tumis ikan bilis tu kami nak packing utk bawa travel ke bumi Austria esoknya tu...
![]() |
| siap bungkus dgn daun pisang yg dibawa khas dr Malaya.. |
![]() |
| mee kari kerang |
Menu semua dah nak siap, ummi dan walid keluar sekejap tapau chai..
![]() |
Selesai masak dan makan, kami pun start packing baju persiapan utk travel nnt..
Hari ni ummi dan lain2 plan nak keluar jln2.. walid tak ikut sbb kerja shif malam..
Lebih kurang pukul 11 pagi ummi, mak, adik dan anakanda naik grab untuk ke metro station Al Wakra..
Kami beli tiket metro (ekonomi class) - 6 rial each (return)...
Walaupun hari kerja, penuh juga metro ni..
Dari station Al Wakra kami turun ke station DECC.. kami solat jamak takdim zohor asar kat situ..
![]() |
| surau kat metro station |
Selesai solat, kami ke Doha City Centre iaitu mall bersebelahan dengan metro station DECC...
Kami singgah carrefour.. beli brg sikit nak bawak travel nnt..
Seterusnya kami lunch kat IHOP restaurant.. Hjh Syikin yang soh try makan situ.. pancake dia viral..
Overall rate menu IHOP 10/10.. terbaik..
![]() |
| sedap betul pancake dia.. |
Sebelum ke metro station yang lain, kami jalan2 cuci mata..
Anakanda cakap cantik baju ni.. dia nak beli pakai kat Austria.. masalahnya Austria tgh sejuk beku.. x sesuai pakai baju tu..
![]() |
| belikan walid souvenir.. setiap kali walid guna cawan ni mesti nnt teringat kat kami hehe |
![]() |
| anakanda sempat tapau donut.. |
Seterusnya kami naik semula metro untuk ke Lusail Marina Corniche.. nak tgk tanduk Maleficent haha
Bangunan tanduk ni namanya Katara Towers yang berbentuk bulan sabit.. bangunan ni mrupakan hotel mewah bertaraf 5/6 bintang..
Bangunan tu start popular dan dibuka masa Piala Dunia FIFA 2022..
Sementara tunggu adik melayan anakanda bergambar, ummi ng mak pulak layan chai..
Hirup chai panas2 sambil tgk pengunjung jogging, briskwalk, cycling etc.. cuaca sejuk bestlah kan buat mcm2 aktiviti...
Area Lusail City ni bangunan dia unik2.. ada bentuk zigzag, ada bentuk batu cincin dll.. boleh google kalau nak tgk detail..
Dah puas bergambar, kami naik metro semula dan turun kat station Souq Waqif nak shopping abaya...
Kami cari kedai abaya yg biasa kami pergi tapi pelik pulak tak jumpa2.. x sure lah dh pindah ke apa.. last2 kami beli jelah kat kedai lain..
![]() |
| eskalator dr metro station terus smpi souq waqif |
![]() |
| lagi nak malam lagi meriah.. |
Sebelum balik kami singgah makan sate pedang...
Lepas tu kami naik teksi terus sampai ke rumah... dah malam leceh pulak nak naik metro...
Sampai rumah ternampak pulak nasi lemak... apalagi terus ler bedal haha
Lepas tu sambung packing baju dan makanan.. esok tu lepas Subuh kami nak fly...
Oklah setakat ni dulu.. wassalam.
8.34pm,
Malam ni dah start terawih,
Nuri Residence.























No comments:
Post a Comment