Assalamualaikum wbt...
25 Januari 2026
On the way nak pergi breakfast kami singgah retail supermarket beli barang dapur sikit.... lepas tu pergi stesyen metro Al Wakra pickup Hj Asyari & Hjh Syikin.. dan seterusnya kami ke Souq Wakra untuk breakfast..
Kami bawa dorg breakfast menu Yamani tempat favourite kami...
Kali ni kami dtg owner kedai dah pasang bidai/tirai.. kurang sikit sejuk...
 |
| order menu yang biasa kami order |
Makan ramai2 lagi bertambah selera... meriah..
 |
| sedapnya karak |
 |
| mak cakap geram betul tgk bunga2 ni.. cantikkk.. |
Sementara tunggu adik & anakanda bergambar, kami berwefie lah dulu..
Seterusnya kami bawak dorg ke MIA Museum..
Oleh kerana ummi, walid dan mak dah pernah masuk dalam muzium, makanya kami hanya lepak2 kat cafe sementara tunggu Hj Asyari, Hjh Syikin, adik dan anakanda enjoy the history.. anakanda walaupun dah 2 kali masuk muzium, dia tetap akan masuk walaupun berkali2 sbb suka sejarah.. terpaksalah adik teman layankan anak buah tu..


 |
Rupa-rupanya adik panggil kami dari tingkat atas nak amik gambar kami tapi kami tak dengar haha |
Sebelum keluar dari muzium sempatlah kami gegirl amik gambar kat frame viral ni.. haji2 malas nak join amik gambar haha
 |
| view luar MIA Museum |
Sebelum balik kami naik buggy untuk minum karak kat MIA Park... time winter mmg layan je minum karak panas2..
Cantik betul area cafe ni.. cuaca pun sedap... tenang rasa hidup huhu...
Adik ummi pandai amik gambar.. cantik2 gambar kitorg tapi tang gmbr dia kitorg amikkan senget2 haha sorryyy dik..
Dah puas lepak2 kami pun hantar Hj Asyari & Hjh Syikin balik hotel.. dekat je dengan MIA Museum.. dorg nak fly ke Oman semula sebelum balik ke Malaysia..
On the way balik ke rumah, kami singgah mall (x ngat nama mall) nak beli perfume Ajmal..
 |
| beli utk diri sendiri, hadiah dan utk kawan2 yg kirim.. |
Lepas tu kami lunch kat Afghan.. nikmatnyaaa..
Dah kenyang kami pun balik rumah.. tapi tak terus balik sebenarnya haha sempat pulak singgah Ezdan Mall.. ummi dan anakanda nak beli kasut Sketchers.. sale Krismas dan New Year ada lagi.. kami belikan juga anak2 buah baju dan seluar.. boleh pakai masa raya nanti..
Lepas tu sementara nak ke car park tu sempat juga singgah makan aiskrim.. banyak betul kami makan hari tu.. manis2 semuanya huhu
Sampai rumah, ummi dan mak siap2 bahan nak masak menu special esok tu..
Oklah stop dulu... wassalam.
2.46pm,
Cuaca redup je hari ni,
Nuri Residence.
No comments:
Post a Comment