Assalamualaikum wbt....
24 Januari 2026
Pagi tu walid tanya nak breakfast kat rumah je ke atau Holiday Villa.. laju jelah kami ckp Holiday Villa.. bukan senang nak makan situ.. walaupun menu Malaysia tapi tetap nak breakfast menu Malaysia kat tempat orang haha
 |
| teh tarik padu... |
Lepas breakfast kami ke Al Watan Centre utk tukar bateri handphone anakanda... kat Malaysia tak sempat tukar jadinya tukarlah kat Doha..
Al Watan Centre ni mcm mini Plaza Low Yat.. jual gajet2, handphone dan aksesori...
Seterusnya kami ke Old Doha Port untuk tengok Kite Festival.. tahun lps kami dah pergi.. kali ni bawak mak dan adik pulak.. hari kami pergi tu merupakan last day.. nasib baik sempat tengok huhu
Oleh kerana parking kereta agak jauh nak ke Kite Festival tu makanya kami naiklah buggy..

Otw ke Kite Festival, kami singgah sebentar amik gambar area Mina District...

Area Mina District ni dah banyak cafe utk lepak minum kopi..

Layang-layang harimau kat gambar bawah ni dari team Malaysia..
Seterusnya kami ke Mall of Qatar.. nak dating dengan tetamu istimewa...
Hj Asyari & Hjh Syikin merupakan antara geng haji kami.. dorg berdua bercuti ke Sri Lanka dan Oman.. memandangkan ummi nak datang Doha so kami plan utk berjumpa di Doha.. so dorang fly dr Oman ke Doha untuk beberapa hari..
Dan paling tak sangka ummi dan Hjh Syikin dapat celebrate birthday sama2 tahun ni.. January babies..
Dorang ni peramah so cepat jelah mesra dgn family ummi..
Lepas makan kami pun jalan shopping sama2..
Tak puas shopping perfume Reef dan Osma masa haji.. sambung shopping kat Doha pulak..
Beli hadiah birthday k.aee (k.ipar).. anakanda cakap maklang suka bath bombs...
Menarik betul kedai Lush ni... world of bath bombs...
Walid belanja ummi dan anakanda cincin silver.. buy 2 free 1... brand Adams ni popular kat Doha.. kebanyakan mall mesti ada...
Sebelum balik kami naik 4d coaster (Fly Over Wonders)... kami pilih theme Jurassicc World.. harga tiket QAR60/head utk 30 minit.. mahal ke x ae huhu
Gambar kat bawah ni je ummi sempat amik.. tapi adik ummi sempatlah record.. terjerit2 mcm ke apa haha
Lepas tu kami pun pulang ke rumah manakala Hj Asyari dan Hjh Syikin balik ke hotel.. esok tu kami janji nak breakfast sama dan pergi muzium...
Oklah setakat ni dulu.. wassalam.
9.04pm,
Lusa dah start puasa,
Ahlan wasahlan ya Ramadhan,
Nuri Residence.
No comments:
Post a Comment