Assalamualaikum wbt...
27 Mei 2025
Selepas breakfast, kami pergi farmasi beli ubat untuk walid sakit gigi... elok pulak farmasi sebelah kedai aiskrim.. nak tak nak kenalah beli aiskrim tu haha ubat sampingan...
Lepas tu walid ajak pergi klinik Tabung Haji juga nak check gigi.. takut gusi bengkak ke kan...
Pihak Tabung Haji ada menyediakan klinik di dalam Hotel Orinsis di tingkat 2 ke 3 ummi tak ingat..
![]() |
| waktu operasi klinik TH |
![]() |
| assistant doktor tgh check bp walid.. berhadapan walid ada bilik utk jumpa doktor dan ambil ubat.. |
![]() |
| ubat2 yang walid dapat.. |
Dah settle kami terus balik bilik sbb ada kuliah online yang disampaikan oleh mutawif kami, Imam Muda Azhar..
Selesai kuliah kami pergi dobi ambil baju... untuk cucian kali ni kami hantar baju kotor utk cucian sahaja tanpa iron jadi harga murah sikit dari sebelum ni -15 riyal/kgx5kg = 75 riyal (tanpa iron)...
Lepas tu kami terus lunch.. meriah menu.. alhamdulillah..
Sebelum kami ke masjid utk solat Maghrib dan Isyak, kami dah siap2 letak luggage kat luar bilik...
![]() |
| Pihak CS telah mengumpulkan kesemua luggage kami di lobby hotel sebelum dihantar ke Hotel Syisyah dengan lori.. |
Sementara menanti Isyak, ummi belek2 lah group wasap Haji kami.. tetiba nampak Bang Chik update kat group.. Laser clock tower dah menyala menandakan masuknya bulan baru, 1 Zulhijjah dan wukuf jatuh pada hari Khamis - 5 Jun 2026.... sebaknya masa ni... macam mimpi hari wukuf dah nak dekat...
Selepas laser clock tower dah menyala, terasa malam tu meriah macam malam raya je....
Lepas Isyak kami singgah lagi Restoran D'Saji tapau dinner dan oleh kerana semalam tu dpt minum sikit je teh tarik sbb tumpah makanya malam tu kami tapau teh tarik penuh 1 termos haaaa puas hati den...
Oklah sampai sini dulu.. wassalam.
6.25pm, Kembara Haji Walid dan Ummi, Dyufurrahman 1446H, Hajj 2025.
















No comments:
Post a Comment