Assalamualaikum wbt...
28 Mei 2025
Selepas sarapan kami terus balik bilik nak kemas saki baki barang yang tinggal sebab pukul 12.00 tengahari kami perlu checkout...
Selepas checkout kami letak beg sandang di luar bilik dan terus ke surau di tingkat 21 untuk solat Zohor..
Selesai solat kami turun ke tingkat 8 utk lunch dan seterusnya kami tunggu di lobby menunggu bas yang telah disediakan oleh pihak CS untuk ke next hotel...
![]() |
| walid rancak berborak dgn Imam Muda Azhar & Bang Chik... |
![]() |
| beratur nak naik bas |
3 bas disediakan oleh pihak CS untuk menghantar kami jemaah yg seramai 144 orang..
Jarak dari Hotel Le Meridien ke hotel di kawasan Syisyah lebih kurang 15 minit perjalanan (7km) je..
![]() |
| masa ni baru sampai hotel area Syisyah.. petugas CS dah bersedia menyambut kedatangan kami.. |
Di Syisyah kami dibahagi kepada 2 hotel iaitu Hotel Durrat Mina dan Hotel Awtad.. Ada yang bilik berlima, berempat dan berdua.. ikut pakej yang masing-masing ambil masa deal dgn pihak CS... kami memilih bilik berdua dan ditempatkan di Hotel Awtad...
![]() |
| Hotel Durrat Mina... walaupun namanya Durrat Mina, ini tak bermaksud hotel ni dalam kawasan Mina.. takut pulak ada yg salah faham huhu |
Lokasi Hotel Awtad adalah di belakang Hotel Durrat Mina..
![]() |
| Hotel Awtad |
![]() |
| pihak CS dah siap tampal gambar dan nama kat pintu bilik |
![]() |
| bilik kami ada 3 katil.. 1 katil tu kami letak luggage |
Yang paling best dapat sorg 1 kotak air mineral.. nikmat betul...
So di sinilah kami akan berkampung selama 14 hari sehingga selesai ibadah wajib haji..
Oklah sampai sini dulu.. nanti ummi story aktiviti2 kami sepanjang di sini sementara menunggu ketibaan hari Arafah..
Wassalam.
10.17pm, Kembara Haji Walid dan Ummi, Dhuyufurrahaman 1446H, Hajj 2025.













No comments:
Post a Comment