Assalamualaikum wbt...
26 Mei 2025
Pukul 2 pagi ummi dah bersiap2 untuk qiamulail di Masjidil Haram..
Keluar daripada lif di lobby, ummi bertembung dgn sekumpulan polis yang nak masuk dalam lif... nak check kad nusuk dari bilik ke bilik.. ummi pun apalagi cepat2 wasap kat group jemaah CS bagitau polis otw naik huhu tu sebabnya kad nusuk mmg kena letak kat tempat yg senang nampak.. apa2 hal terus capai je kad nusuk tu...
Macam kami, walid bersemangat dah siap2 gantung kad nusuk dan id yang lain... jadual lengkap sepanjang musim haji pun walid ada tampal hehe
Ummi pergi Masjidil Haram sorang2 je.. nak ber'me' time.. walid pergi lambat sikit.. walaupun baru pukul 2 pagi, suasana di luar hotel dan Masjidil Haram sungguh meriah.. ada yang baru sampai di Kota Mekah.. ada yang tengah bersiap untuk melaksanakan umrah etc.. itulah Kota Mekah.. pagi ke malam ke sama je ramai jemaah.. tak pernah sunyi... alhamdulillah...
 |
| tenangnya masa ni.. me time.. |
Selepas solat subuh, kami terus pergi breakfast.. menu hari ni nasi lemak...
Pukul 7 pagi, kami berkumpul kat lobby untuk naik bas ke Masjid Aisyah (Tanaim) untuk bermiqat.. hari ini kami buat umrah yang kedua..
Umrah kedua ni ummi buat badal umrah untuk arwah abah ummi dan walid buat badal umrah untuk sepupu walid, arwah Ammar..
 |
| otw pergi miqat |
View Masjid Aisyah dari dalam bas.. kami tak turun pun.. bas berhenti sekejap di luar masjid dan kami terus niat ihram dalam bas sahaja dan terus balik ke Mekah semula..
 |
| walid dan Bang Chik |
Serami 47 jemaah yang join untuk umrah kedua ni... 42 orang melaksanakan umrah dan saie naik buggy (geng tayar) yang diketuai oleh Bang Chik.. 5 orang lagi melaksanakan umrah dengan berjalan (geng kaki) diketuai oleh Imam Muda Azhar..
Kebanyakan kami masih berasa letih dan ada yang tak berasa sihat jadi kami decide naik buggy.. Harga tawaf sai naik buggy utk seorang ialah 100 riyal.. tawaf 50 riyal dan sai 50 riyal..
Harga tiket buggy perlu dibayar secara online.. so kami bagi Bang Chik cash dan Bang Chik bayarkan secara online..
Antara syarat sah tawaf ialah bersih dr hadas dan najis.. jadi masa tawaf guna buggy tu kena bukak kasut/selipar dan pijak kasut tu.. dikhuatiri terbawak najis.. jika kasut tu ada najis maka kita tak dikira bwk najis sbb dh bukak kasut masa tawaf buggy tu.. seeloknya pastikan kasut/selipar mmg xde najis..
 |
| ada buggy yg dah upgrade.. dah ada kiraan utk pusingan sai.. xdelah terlupa |
 |
| selesai sai kami solat sunat 2 rakaat di ruangan yang disediakan, tahalul dan minum air zamzam.. |
Alhamdulillah lebih kurang pukul 10 pagi selesai umrah kedua kami.. masa ni suhu panas betul.. tapi gigih jugalah amik gambar untuk kenangan..
Sebelum balik ke hotel kami singgah beli aiskrim dan chicken broast lagi.. reward time...
Lepas Zohor kami turun lunch dan hantar lagi baju ke dobi di Mira Ajyad Mall... lepas tu sambung lepak kat bilik..
Jom layan gambar view dari bilik kami..
 |
| view bilik kami mengadap istana Raja Saudi yang bersebelahan Masjidil Haram.. |
 |
| boleh juga nampak jemaah berpusu-pusu ke Masjidil Haram.. |
Warna hijau kat gambar bawah ni merupakan pagar yg polis akan susun untuk tutup jalan untuk check kad nusuk jemaah yang nak masuk ke Masjidil Haram.. yang pakai payung tu polis.. panas2 terik tetap komited jalankan tugas untuk menjamin keselesaan jemaah.. moga dikurniakan pahala yang banyak buat mereka... Aamiinn
Lepas solat Asar kami bersiap untuk ke Masjidil Haram untuk solat Maghrib dan Isyak.. selama 5 hari kami di Mekah, kami solat Zohor dan Asar di bilik sahaja.. tak tahan panas.. huhu Subuh, Maghrib dan Isyak barulah kami ke masjid..
Nampak tak terpacak matahari kat gambar bawah ni huhu nasib baiklah kerajaan saudi pasang banyak air cooling fan area Masjidil Haram.. macam hujan gerimis.. sejuklah sikit..
 |
| air cooling fan.. |
Selesai solat Isyak, kami singgah Restoran D'Saji tapau dinner dan teh tarik..
Teh tarik ni beli 2 cup.. sampai bilik 1 cup tu dh tinggal separuh.. tak perasan dah tertumpah huhu
Ok done update story hari keempat.. ada 38 lagi story nak kena update hehe wassalam.
3.00pm,
Dhuyufurrahman 2025, Hajj 2025.
No comments:
Post a Comment