Assalamualaikum wbt...
25 Mei 2025
Selepas subuh, lebih kurang 6.30 pagi kami turun breakfast....
Pengurusan CS maklumkan kat group wasap program hari ni bebas... So kami pergi Mira Ajyad Mall yang berdekatan dengan hotel untuk hantar baju kotor kat dobi..
On the way nak ke dobi, ada jemaah sedekah goodies box kat tepi jalan.. alhamdulillah..
![]() |
| masuk mall ni lepas tu naik escalator ke tingkat 1.. |
Ramai juga jemaah CS yang hantar kat situ.. sbb dalam group wasap jemaah CS, dorang dah update dobi yang berdekatan.. anggaran 25 meter dari hotel.. 1 kg baju=20 rial...
Ternampak pulak kedai sejadah eksklusif.. ngatkan mahal.. rupanya harga boleh di bawa berbincang so ter'grab' lah 3 helai sejadah haha awal2 dah melontar..
Selepas tu kami terus balik ke hotel... Selepas asar kami keluar semula untuk ambil baju kat dobi..
![]() |
| Total harga dobi 124 rial with iron utk berat 5kg.. |
Rupa-rupanya kwn2 jemaah CS ada yg dh survey dan jumpa kedai dobi yang lagi murah.. alhamdulillah..
Lepas tu kami singgah Chicken Broast.. rindu betul nak makan menu kat kedai tu.. ayam, nugget semua sedap.. lagi sedap dari Al Baik.. last kami makan Chicken Broast tahun 2012 masa buat umrah..
Dan masa buat umrah tahun 2023 & tahun 2024 dah tak jumpa Chicken Broast ni..
Alhamdulillah rezeki kami dtg lagi tahun 2025 ni tetiba Chicken Broast depan mata.. apatah lagi dekat sgt dengan hotel kami menginap.. betapa girangnya hati kami hehe
![]() |
| post mortem oleh mutawif Imam Muda Azhar.. |
![]() |
| makan sambil dgr post mortem |
Selesai post mortem kami terus bersiap utk solat Maghrib dan Isyak di Masjidil Haram..
Oh ya, 25 mei tahun ni merupakan anniversary walid keje kat Qatar dah 11 tahun.. alhamdulillah.
Oklah.. wassalam.
3.44pm, Dhuyufurrahman 1446H, Hajj 2025.














No comments:
Post a Comment