Tuesday, 18 July 2017

IFTAR & BIRTHDAY PARTY


Assalamualaikum wbt...


Bulan Ramadan yg lepas, kami berpeluang utk mengadakan majlis berbuka puasa di teratak kecil kami di Al Sadd, Doha...

Antara tetamu yg hadir ialah kawan2 yg duduk satu bangunan apartment kami tu dan juga kawan2 shift Mr Zauji...

Kat bawah ne juadah2 yg disediakan... ada yg kami masak dan ada yg kwn2 bwk dari rumah... alhamdulillah banyak sangat makanan..


Selain majlis berbuka, kami juga celebrate birthday Salsabila... walaupun ms tu lagi sebulan birthday salsabila tapi disebabkan salsabila nak celebrate dgn kawan2 dia di alsadd so kami layankan aje...






Antara goodies yg disediakan Salsabila utk kawan2nya... 


Birthday cake for birthday girl...


Tapi kesian kat salsabila sbb ms mjls tu boleh pulak demam.. jadinya muka tak happy sgt.. padahal sblm tu seronok plan mcm2 utk kwn2 dia.. kesian dia..




Kat bawah ne ummi bergambar dengan kak Rozi.. akak ne dh 10 tahun dok Qatar.. dh super duper senior.. kak Rozi dan husbandnya En Hisham selalu menjadi tempat rujukan bg org2 baru yg dtg ke bumi Qatar ne.. masa ummi dan Salsabila baru smpi Qatar, merekalah yg banyak bantu kami.. semoga Allah kurniakan sebaik2 ganjaran buat mereka sekeluarga...Aamiinn


 Nelah kwn2 dari Malaysia yg menjadi peneman di kala berjauhan dengan keluarga.. 




Yang ne pulak majoriti shift sama dgn Mr Zauji... ada jugak family dorg masa ne berada di Malaysia..  

Apapun sgt seronok dapat menjamu kwn2 berbuka puasa... hilang penat memasak bila dorg makan dgn seleranya...

Sepanjang ummi berpuasa di Doha, selang 2 hari mesti ada kwn2 buat mjls berbuka.. jadi kami lebih banyak berbuka bersama2 kwn2 drpd berbuka kat rumah sendiri... 

Oklah sampai sini dulu...wassalam.


Guan Village,
11.06mlm


No comments:

Post a Comment

SANAH HELWAH SALSABILA

Assalamualaikum wbt... Selain celebrate birthday salsabila di Doha ms bulan Ramadhan yg lepas, kami juga raikan birthday salsabila...