Assalamualaikum wbt...
31 Mei 2025
Selesai solat Subuh berjemaah, kami meneruskan aktiviti dengan mendengar kuliah dari Ustaz yang bertajuk seruan haji/taubat...
Seterusnya memandangkan masih awal pagi, kami jalan2 ke Bin Dawood selepas breakfast...
![]() |
| Tq Hj Zuwardi & Hjh Aiza volunteer amikkan pic kami.. |

![]() |
| beli jajan & biskut nak kudap2 kat bilik.. |
![]() |
| saja nak try pomegranate juice.. sedap juga |
Air zamzam pun kami beli 1 botol besar... gigihlah jalan kaki nak bawak ke hotel..
Kalau beli barang banyak untuk tujuan infaq, Bin Dawood ada servis hantar barang ke hotel..
Lepas Asar ramailah jemaah yang bertebaran explore area Syisyah.. memandangkan ramai dah start batuk2 dan demam, ada jemaah share juice yang elok diminum iaitu campuran buah oren + lemon + halia + nenas... nikmat dapat minum juice fresh2.. area situ ada banyak kedai jus buah-buahan...
Rezeki kami minum petang ada rakan jemaah, Hjh Najwa buatkan cekodok bawang...
Selain cekodok bawang, ada juga jemaah infak Al Baik... moga bertambah murah rezeki buat jemaah yg infak tu.. Aamiinn
So inilah aktiviti kami pada hari kesembilan di bumi Mekah... wassalam.
2.23 pm, Kembara Haji Walid dan Ummi, Duyufurrahman 1446H, Hajj 2025.





No comments:
Post a Comment