Assalamualaikum wbt...
23 Mei 2025...
Labbaikallahumma labbaik.... Aku datang menyahut panggilan-Mu...
Tibalah hari yang ditunggu-tunggu.. berbunga-bunganya hati masa ni tak tau nak cakap... bermulalah pengembaraan spiritual selama 42 hari...
Kami bangun seawal pukul 4.30 pagi... mandi sunat ihram, bermunajat, solat subuh dan bersiap... kami bertolak dari Puchong (rumah k.ipar).. dekat sikit nak ke KLIA.. kebetulan hari kami nak bertolak tu banyak jalan tutup disebabkan ada Sidang Kemuncak Asean ke-46...

 |
| penuh+padat beg kami... |
So sebelum keluar rumah kami baca doa musafir... dan sepatutnya walid nak azan sebelum keluar tu tapi dah terlupa.. huhu masing2 dah kalut nak angkat beg masuk kereta..
Pukul 6.45 pagi kami pun bertolak ke Movenpick dan singgah breakfast kat kedai mamak area Movenpick... masa ni ramai juga bakal jemaah haji singgah breakfast kat sini...
 |
| bergambar bersama family mentua+anakanda... |

Sesampai di Movenpick kami terus cari port untuk duduk sementara nak tunggu kaunter lapor diri dibuka.. waktu melapor diri adalah 11.30 pagi.. masa kami sampai tu ada group KT074 tengah lapor diri.. flight dorg awal sikit dari kami...
Flight kami KT075B dijadualkan terbang pukul 5.30 ptg naik Saudi Airlines (SV5011)..
 |
| berkelah |

Kami bawak bekal sandwich dan air... tikar dan kerusi pun kami bawa..
 |
| k.aee dapat stay sekejap je sbb perlu balik segera ke hospital.. |
Oh ya.. kat movenpick ada disediakan servis balut bagasi bagi yang memerlukan...
Pukul 9.30 pagi kami lapor diri kat CS Holidays dan diberi goodies bag ada roti, air dan tasbih tawaf...
 |
| tgh lapor diri & check nama.. masa ni tetiba risau jgnlah nama takde pulak haha |
Suasana di Movenpick meriah sungguh dengan alunan talbiah yang dipasang oleh Tabung Haji... air mata, doa dan rindu ke Baitullah bersatu jadi satu rasa.... bertambah meriah bila ramai ahli keluarga turut sama-sama hadir ke Movenpick..
Pukul 10 pagi kami diminta untuk ambil barang keperluan haji kat kaunter 1 seperti gelang besi, lanyard Tabung Haji, lanyard CS Holidays, dan food ready to eat..
 |
gelang besi yang diidamkan semua orang.. lebih mahal dari gelang emas... mcm tak percaya akhirnya tiba giliran kami memakainya.. |
 |
| lanyard Tabung Haji dan lanyard CS Holidays.. |
Lepas tu kami ke kaunter 2 pula amik tagging utk luggage....
Sempat amik gambar area sini...
Pukul 11.30 pagi Tabung Haji buat pengumuman, semua bakal jemaah haji KT075B diminta masuk ke dalam dewan berlepas untuk taklimat akhir dari pihak Tabung Haji...
Maka bersalam-salamlah kami dengan dengan semua ahli keluarga yg hadir dan ambil gambar.. masa ummi nak salam anakanda terus ummi sebak tak boleh bawak bincang haha x pernah berpisah lama dengan anakanda.. ingatkan walid yang akan sedih rupanya ummi yg over haha
 |
| sedih betul huhu |
Tq semua family yg hadir hantar kami...
 |
| laluan masuk ke dewan berlepas... |
Sebelum masuk ke dewan berlepas, kami perlu scan luggage kat immigresen... x pernah2 sangkut masa scan luggage tetiba kali ni sangkut huhu maka kenalah bukak luggage tu.. nasib baiklah kami balut bag guna cover plastik tu.. senang nak buka dan sarung balik.. kalo kami balut guna wrapping plastik tu kan dah membazir dan jenuh juga nak membukanya..
So ada 2 brg yang sangkut.. 1 barang walid (shaver elektrik) dan 1 brg ummi (berus muka mary kay).. boleh pulak kami x perasan 2 barang tu.. rasanya dah double check huhu
Kesimpulannya barang2 yang ada bateri atau yg perlu di charge perlu dibawa 'hand carry'...
Seterusnya kami ke kaunter checkin luggage.. dah settle checkin terus je ke kaunter sebelah untuk ambil kad nusuk, pasport beserta boarding pass... kad nusuk ni kena jaga baik2 jangan bagi hilang... ibarat lesen besar nak masuk ke Saudi untuk musim haji.. takde kad nusuk takde haji...
Nota: Untuk makluman, seminggu sebelum flight kami ke Saudi, kami dah hantar pasport siap2 kat kaunter Tabung Haji di Movenpick...
Kad nusuk kami...
Lepas tu kami terus masuk dan duduk kat dalam dewan berlepas sementara tunggu jemaah haji yang lain settle urusan di immigresen dll....
 |
| dewan berlepas |
Kami diberi makan meehun dan air sambil mendengar taklimat..
 |
masa ni tetiba walid sakit gigi yang mencucuk2.. belum sampai Saudi ujian buat walid telah pun bermula huhu |
 |
| tengah cari ubat tahan sakit tapi rupanya ubat tu dah checkin dalam luggage.. haishhh |
 |
| dalam sakit2 tu sempat lagi walid tolong makcik ni aktifkan My Border Pass |
Oh ya, dalam dewan berlepas ni, bank islam ada buka kaunter.. kami berkesempatan tukar lagi duit ringgit ke saudi rial dan check samaada kad debit-i bank islam kami aktif ke tak untuk penggunaan antarabangsa..
 |
| belakang tu kaunter bank islam.. |
Selepas taklimat, kami terus angkat wuduk utk solat jamak zohor dan asar beramai-ramai dalam dewan..
Selesai solat, staf Tabung Haji melaungkan azan sebelum melepaskan kami jemaah haji untuk naik bas ke KLIA... sebak betul masa ni huhu
Seterusnya kami beratur untuk naik bas.. ada 10 buah bas semuanya.. total jemaah untuk KT075B ni ada lebih kurang 300 lebih jemaah dari beberapa PJH..
Masa beratur nak naik bas tu, kami perlu serahkan transit pass kat staf MAS yang telah diserahkan kepada jemaah haji masa kat kaunter ambil kad nusuk dll...
 |
| dalam bas |
Dengan laungan dan alunan talbiah dari para jemaah haji, bas kami terus meluncur laju ke KLIA dengan di 'escort' oleh polis pengiring trafik dan juga ambulan seperti laluan VIP.. terasa betapa istimewanya kami bakal jemaah haji tetamu Allah dirai kan sedemikian rupa..
Semua kereta akan berhenti memberi laluan kepada perjalanan kami.. bahkan mereka melambai2 tangan seolah2 mereka bercakap kat kami semoga dipermudahkan urusan dan dikurniakan haji yang mabrur..
Sesampainya di KLIA kami terus menuju ke Gate C17 untuk checkin beg handcarry dan scan boarding pass..
Seterusnya kami juga melalui pemeriksaan Immigresen Saudi di KLIA yang dinamakan 'Makkah Route'... Pegawai Immigresen Saudi telah siap sedia menanti kedatangan kami dengan senyuman.. ini keistimewaan yang diberi kepada jemaah haji Malaysia di mana semua urusan immigresen di Saudi telah diselesaikan di Malaysia.. so nnt sampai kat Saudi dah takde urusan immigresen lagi..
Selesai urusan immigresen Malaysia-Saudi, kami terus ke ruang balai perlepasan... sementara tunggu nak boarding ummi beli kopi bagi segar sikit badan sebab dah mula rasa 'lemau' huhu
Selain mesin kopi, surau dan toilet juga disediakan di ruangan menunggu ni...
Beratur untuk masuk dalam perut kapal terbang..
Lebih kurang pukul 6 petang, kami pun terbang membelah awan...
Lepas makan kami pun pengsan tido.. mana taknya rata-rata kami semua berjaga seawal 4 pagi..
Oklah setakat ni dulu ye coretan ummi.. sambung lagi nanti.. wassalam.
5.20pm,
Dhuyufurrahman 1446H,
Hajj 2025.
No comments:
Post a Comment