Assalamualaikum wbt...
1 jam sebelum sampai ke Jeddah, pilot akan membuat pengumuman akan melalui miqat Qarn Al Manazil... para jemaah sudah siap sedia dengan pakaian ihram..
![]() |
| panduan untuk mengetahui jarak utk smpi ke tempat miqat.. |
Setibanya tempat miqat kami pun terus niat umrah...
"Sahaja aku mengerjakan umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala"
Selesai niat maka bermulalah 13 larangan ihram Umrah Wajib.. pastikan kita berniat umrah tau bukan niat haji sekiranya kita buat Haji Tamattuk.. Kami suami isteri sepakat untuk membuat Haji Tamattuk..
Setelah berniat, kami beramai2 bertalbiah dalam flight.. meriah...
![]() |
| setengah jam sebelum landing sempat lagi Bang Chik interview walid.. nak masukkan dalam youtube.. |
Kami sampai airport Jeddah lebih kurang pukul 9 malam..
Di terminal haji kami disambut meriah oleh pegawai haji dan nusuk Arab Saudi.. tak henti2 dorg ucapkan ahlan wasahlan dan doakan kami haji mabrur.. dan semestinya petugas Tabung Haji pun sudah siap sedia menyambut kedatangan kami...
Di terminal haji kami perlu scan beg handcarry dan seterusnya dibawa naik bas untuk ke hotel di Mekah..
Sebelum bas bergerak, pegawai nusuk Arab Saudi akan scan kad nusuk para jemaah di dalam bas..
Perjalanan ke hotel di Mekah adalah selama 4 jam.. berikutan terdapat banyak checkpoint pemeriksaan polis.. menurut mutawif biasanya 1 jam lebih je perjalanan.. memang musim haji kali ni pemeriksaan untuk masuk ke Mekah sangat ketat.. yang ada kad nusuk sahaja dibenarkan masuk..
Checkpoint yang terakhir sebelum sampai ke hotel ada petugas beri kami air zamzam botol kecik utk setiap seorang.. itulah air zamzam pertama yg kami minum setelah sampai di Mekah... alhamdulillah..
![]() |
| air zamzam botol kecik |
Akhirnya kami sampai juga di Hotel Le Meridien, Mekah..
Sebelum kami keluar daripada bas, petugas kementerian haji Arab Saudi akan scan kad nusuk dan amik gambar muka kami untuk pastikan muka dan gambar kad nusuk adalah sama.. selepas tu dorg akan pakaikan kami gelang putih material plastik tahan lasak dan juga lanyard kad maktab.. jemaah haji yg amik pakej khemah PMN (Khemah Masyair Naik Taraf) masa di Mina dipakaikan lanyard kad maktab 112.. kami maktab 82...
So sepanjang musim haji ada 4 lanyard dan 2 gelang yang perlu sentiasa dipakai oleh semua para jemaah haji..
Pihak CS Holidays juga kumpulkan semua pasport kami untuk dorang simpan bagi mengelakkan sebarang kehilangan dan keciciran pasport..
Turun daripada bas kami terus ke lobi hotel.. Selain pihak hotel, ramai yang telah menunggu untuk menyambut kedatangan kami iaitu petugas kementerian haji Arab Saudi dan pihak CS Holidays sendiri.. kami diberi goodies bag berupa beg uncang yang boleh disandang.. dari kat Movenpick lagi sampailah kat hotel ni dah macam2 goodies bag/gift dapat... alhamdulillah..
![]() |
| pic ni ummi jumpa kat google.. |
Seterusnya kami jumpa Hjh Maznah iaitu petugas CS Holiday untuk ambil kad bilik hotel.. dah tak sabar nak landing dah.. masa ni dah pukul 2 pagi..
Oh ya.. luggage kami pihak CS Holidays dah bawakkan siap2 dari airport Jeddah ke hotel dengan lori yang disewa khas...
So lepas amik kad bilik kami terus amik luggage kat level2 yang telah dimaklumkan..
4.45 pm, Dhuyufurrahman 1446H, Hajj 2025.
















No comments:
Post a Comment