Assalamualaikum wbt...
8 April 2025
Sesampainya ummi dan anakanda di KLIA dari Qatar, k.ipar dah menanti kat arrival untuk bawa kami terus pergi Tabung Haji HQ di Kuala Lumpur untuk hantar pasport walid dan ummi..
Penyerahan pasport untuk urusan visa haji adalah di Tingkat 30... Selain pasport ada beberapa salinan dokumen yang perlu dilampirkan:
- Salinan surat tawaran menunaikan Haji 1446H
- 2 keping gambar ukuran visa (4cm x 6cm) background putih
- Salinan email Pengesahan Pendaftaran Bio
- Salinan maklumat vaksinasi (print out dari My Sejahtera)
- Surat kebenaran Wakil (SKW) menyerahkan Pasport
- Surat Terimaan Semula Pasport melalui wakil sbb selepas urusan visa haji ummi perlu hantar semula pasport kat walid sbb walid bekerja di luar negara
- Salinan Kad Pengenalan Bakal Haji & Wakil
- Pasport Bakal Haji
Selesai membuat serahan pasport dan semua dokumen yang berkaitan, pihak Tabung haji akan mengeluarkan Surat Akuan Penerimaan Pasport Antarabangsa.
Oh ya, sebelum hantar pasport untuk proses visa haji, jemaah haji perlu settlekan Saudi Visa Bio terlebih dahulu di mana Saudi Visa Bio ni merupakan aplikasi rasmi dari kerajaan Arab Saudi untuk mengumpul data biometrik pemohon visa Haji..
Bila dah buat Saudi Visa Bio ni, proses kemasukan jemaah haji di pintu Arab Saudi menjadi lebih mudah sebab data biometrik jemaah sudah pun dimuat naik dan boleh dipadankan secara elektronik..
So jemaah haji kena install apps Saudi Via Bio kat handphone dan perlu scan muka dan cap jari...
Masa buat Saudi Visa Bio ni ujian haji telah pun bermula haha sbbnya kena buat berkali2 baru lepas... kena sabar banyak2...
*****
9 April 2025
Settle buat full payment dengan PJH pilihan kami, CS Holidays... alhamdulillah.
*****
10 April 2025
Tabung Haji HQ maklumkan visa haji dah siap dan boleh ambil semula pasport.
*****
11 April 2025
Selepas solat Jumaat, ummi dengan ditemani mak dan adik pergi ke Tabung Haji HQ untuk collect pasport.
Semasa collect pasport, pihak Tabung Haji ada keluarkan Surat Akuan Penerimaan/Peminjaman Pasport Antarabangsa untuk ummi sign.
Selepas urusan visa haji selesai, pihak Tabung Haji akan maklumkan tarikh penerbangan kami di Thijari..
*****
16 April 2025
Plan asal ummi nak hantar pasport kat walid di Qatar... tapi kawan walid ada balik bercuti kejap di Malaysia.. so ummi pass pasport walid kat kawan walid tu je.. alhamdulillah settle bab pasport...
*****
23 April 2025
Kerajaan Arab Saudi officially dah tutup sepenuhnya kemasukan jemaah umrah bagi memberi laluan persiapan akhir musim Haji.
*****
29 April 2025
Semua jemaah umrah dah kena keluar dari Arab Saudi sebab dah ada jemaah haji yang akan tiba di Tanah Suci.. penerbangan pertama jemaah haji dari Malaysia adalah pada 29 April 2025.
*****
2 Mei 2025
Permohonan cuti ummi untuk menunaikan Haji dah diluluskan.. alhamdulillah.
*****
9 Mei 2025
Ummi dan walid ambil vaksin Pneumoccol dan bekalan ubat-ubatan (standby).
*****
Selain tu, antara persiapan haji ummi dan walid adalah briskwalk sebanyak mana yang dapat... Haji ni kan memang akan bnyk berjalan jadinya briskwalk sangatlah penting... bos dan kawan2 ummi pun adakalanya teman ummi briskwalk tanda sokongan hehe
![]() |
briskwalk kat ofis je.. |
Oklah setakat ni dulu... wassalam.
2.43pm, Dhuyufurrahman 1446H, Hajj 2025.
No comments:
Post a Comment