Assalamualaikum wbt...
Dari entry pasal haji eh tetiba cerita pasal Hari Raya pulak ae haha
*****
5 April 2025
Hari Raya yang keenam ummi, walid dan anakanda fly ke Doha, Qatar.. cuti walid dah habis.. so ummi dan anakanda ikut walid sambung beraya di bumi Qatar..
Kami fly dr klia pukul 10.10 mlm dan sampai Qatar pukul 1 pagi...
Gigih bawak 2 beg kuih raya.. nasib baik kuih2 selamat mendarat...
*****
6 April 2025
Pagi tu ummi susun kuih raya dan kemas rumah walid... kawan2 walid nak datang beraya nnt senang walid dah tak payah kemas...
Lepas tu kami brunch kat Afghan Brothers...
Lepas tu walid bawak jalan2 area 'The Leaning Mosque and Minaret'... kat situ ada struktur masjid dan menara yang senget 20 darjah.. senget mcm Menara Pisa kat Italy tu.. Masjid ni terletak dalam kawasan Muzium Sheikh Faisal bin Qassim Al Thani..
![]() |
pintu gerbang nak masuk ke dalam |
7 April 2025
Pagi tu kami breakfast menu Yamani kat Souq Al Wakra.. tempat favourite kami dan wajib pergi setiap kali datang Qatar..
![]() |
parking kosong sbb masih awal pagi lagi... |
Lepas tu kami singgah retail supermarket beli barang dapur dan bahan masak untuk masak soto...
Lepas tu teruslah ummi dan anakanda packing nak balik Malaysia... ehhh dah nak balik.. haha ni lah trip paling sekejap ummi pernah dtg ke Qatar..
On the way ke airport, kami singgah tapau egg sandwich dan chai... sedappp
Dah settle checkin kat airport Hamad, ummi dan anakanda jalan2 area duty free sementara tunggu boarding.. dan kali ni kami sempat pergi area 'The Orchad' yang merupakan sebuah taman besar yang menempatkan pelbagai jenis pokok, tumbuhan dan tumbuhan renek dari seluruh dunia.. pokok dari Malaysia pun ada tau...
No comments:
Post a Comment