Sunday 29 December 2019

PART 2: KOTA LONDON



Assalamualaikum wbt....

Ok jom sambung cerita.....

Di London kami juga mengunjungi:


4) Buckingham  Palace

Istana Buckingham ne terletak area Westminster... merupakan kediaman rasmi keluarga diraja British di London.. yang menjadi tarikan para pelancong di sini ialah perarakan pertukaran pengawal istana.. kalo tak silap upacara ne start 11 pagi..kalo nak tgk mmg kena dtg awal pagi sbb mmg ramai giler pelancong yg lain nak dtg tgk jugak... tapi kalau setakat nak tgk istana je, pukul berapa nak dtg pun boleh..





Bergambar di depan istana.. sementara tunggu perarakan pertukaran pengawal istana start, kami posing ler dulu...


haaa nampak x tu pengawal tu tengah berkawad dengan diiringi polis berkuda...


5) Greenpark

Greenpark ne berhadapan istana Buckingham.. dan merupakan salah satu laluan nak ke istana tersebut.. greenpark ne juga terkenal dengan nama  "Royal Parks of London"..

Time ne pokok2 dah togel dah.. tinggal ranting2 kayu je.. kawasan ne pun lembap dan jalannya terdapat banyak lopak2 air sebab baru lepas hujan.. dah ler sejuk, hujan pulak.. frozen btl rasanya huhu

Kalo musim panas, greenpark ne amat sesuai utk lepak2, jogging, berbasikal dan lain2 aktiviti..









Di London, banyak je tmpt nak shopping.. yg paling kami suka ialah di Primark.. dua kali repeat pergi Primark.. Salsabila dan Maryam(anak saudara) yg untung.. bnyk btl beli baju utk dorg...


Bear kat bawah ne ialah maskot Harrod... dalam cite Peter Rabbit, ada scene dorg berlakon kat Harrod ne..




London ne Mr Zauji cakap 'kampung' dia sbb dh banyak kali pergi London..huhu dari zaman study, outstation dan travel..

Kat bawah ne gambar Mr Zauji tahun 2007 masa study kat UK dulu..


kat bawah ne tahun 2019..


Oklah setakat ne dulu cite psl London.. banyak lagi tempat n banyak lg gambar sebenarnya tapi internet slow.. nak upload pun menguji kesabaran..huhu lagipun dah ingat2 lupa pulak trip kami ke London ne dh hujung tahun baru nak cite hehe

Until now... wassalam.


  

No comments:

Post a Comment

EID MUBARAK AT DOHA, QATAR ~ JUN 2023 (PART 3)

 Assalamualaikum wbt... 27  Jun 2023... Hari ni lepak rumah je sebab kami semua puasa hari Arafah.. memandangkan walid berbuka kat office sb...