Monday 31 December 2018

PART 1: MISI MENCARI SALJI DI BURSA


Assalamualaikum wbt.....


 Trip Turki kali ne kami melebarkan sayap dengan mengunjungi Bursa... 

Ada 2 tujuan utama kami mengunjungi Bursa iaitu:

1) Menunaikan hasrat mak untuk shopping silk

2) Main saljiiiiii

Sungguh besar impian kami untuk main salji hehe sudah lama menyimpan hasrat.. kalau nak tau tercapai ke tidak impian kami tu, kenalah baca smpi habis entry ne hehe

Selepas breakfast, kami bertolak dari hotel dengan menaiki MPV yang telah kami siap2 sewa bersekali dengan driver.. kami menggunakan khidmat company yg sama yg menjemput kami di Airport Attaturk untuk ke hotel masa kami baru smpi Turki beberapa hari sebelum tu...

Perjalanan dari hotel ke port utk naik ferry selama 1 jam... kalo ikutkan xdelah jauh sangat.. tapi disebabkan macet (jalan jem) makanya tempoh perjalanan menjadi panjang.. dari port nak ke Bursa pun 1 jam.. 


view dari atas ferry


Tingkat bawah ferry ne tempat parking kenderaan.. tingkat atas ada cafe boleh lepak2 minum/makan..

anak bongsu mak


Sepanjang perjalanan, kami ditemani burung2 camar... jinak.. 

Salsabila bagi burung makan roti...


Cuaca masa ne sejuk.. tu yg view gambar mcm mendung je.. nak2 lg kat tengah laut lagi bertambah2 sejuk adehhh

Sesampainya kami di port Bursa, kami meneruskan perjalanan ke Mountain Uludaq untuk main salji...

Masa otw tu, dari kejauhan dah nampak salji memutih di atas Mountain Uludaq... berbunga2 hati kami masa tu hehe x sabar nak buat ais kepal kat atas tu..

Masa kami sampai di stesyen utk naik cable car tu, kami tengok macam lengang je.. cuma ada beberapa kenderaan pelancong macam kami.. x sure pulak apa yg dorg buat semua tunggu dalam kenderaan je.. 

Driver yg bawa kami tu terus keluar dan bertanyakan sesuatu kepada driver2 yg lain... rupa2nya.... guess what??? Disebabkan cuaca buruk, kaunter cable car utk naik ke Mountain Uludaq ditutup pada hari tu.. sedihnyaaa kami... frust yg amat..

Driver tu cakap selain cable car kalau nak naik ke Mountain Uludaq tu, boleh guna jalan raya.. tapi jalannya berpusing2.. masa tu dah terbayang kami akan termuntah sebab pening huhu dan driver tu ckp kenderaan pun kena yg jenis 4WD baru selamat.. lagi bertambah sedih... Salsabila dah nangis2 kecewa huhu

Lepas tu driver tu cakap dia bawak pergi koza han dulu untuk tgk silk.. dia cakap moga2 lps dah beli silk, cuaca elok dan kaunter cable car tu dah buka hehe masa tu kami berdoa dalam hati supaya elok cuaca hendaknya..

Dari stesyen cable car nak ke Koza Han tu dekat je..





khusyuk pilih silk...

Orang kata Koza Han ne lubuk silk.. ada yg ckp murah.. tapi kami x jumpa pun yg murah hehe  

Lepas tu kami dibawa oleh Mr Driver untuk lunch di kedai kebab/shawarma yg popular di area Bursa ne..



sedap giler

Setelah perut kenyang, kami pun patah balik ke stesyen cable car dengan harapan cuaca dah elok dan kami boleh naik cable car dengan senang hati untuk sampai Mountain Uludaq..

Tapi.. tapi... alangkah kecewanya kami sbb cuaca masih tidak elok dan kaunter masih ditutup huhu kecewa sungguh.. punah harapan dan impian untuk kami berguling2 atas salji huhu

Oklah sampai sini dulu.. wassalam.


Setengah jam lagi tahun baru,
11.28pm

No comments:

Post a Comment

EID MUBARAK AT DOHA, QATAR ~ JUN 2023 (PART 3)

 Assalamualaikum wbt... 27  Jun 2023... Hari ni lepak rumah je sebab kami semua puasa hari Arafah.. memandangkan walid berbuka kat office sb...