Tuesday 29 November 2016

SEMUSIM DI BARZAKH


Assalamualaikum wbt....



Kali ne ummi nak share psl buku Semusim di Barzakh ne...sapa dh baca buku ne?

Ummi mlm td baru je hbs baca... tersangatlah best buku ne dan sungguh menginsafkan... ne kisah benar tau...

Buku ne mengisahkan mengenai Fayyadh seorang yg jahil.. x solat, minum arak, berzina dan mcm2 lg perbuatan terlarang yg dia buat.. sehingga ditakdirkan satu hari Fayyadh ne jatuh tangga dan koma 3 bulan...

Dalam tempoh 3 bulan koma tu, Fayyadh telah dibawa ke satu dunia yg lain dan asing dr dunia yg skrg ne... di dunia itu jugalah dia diseksa dan dibalas dgn pelbagai azab ke atas segala perbuatan yg dia lakukan semasa di dunia... terjerit terlolong meminta tolong dan meminta ampun kpd Allah tp tiada siapa yg hiraukan dia sbb ramai lagi manusia yg sedang dihukum dgn pelbagai hukuman dan diazab.. Allahu Allah.. di nerakakah itu? Dikatakan itu hanyalah secebis dr debu keadaan sebenar di akhirat.. Keadaan yg sebenar lg dahsyat dan Allah saja yg tau... Allahu.. takutnya ummi...

Dalam dunia yg asing tu juga, Fayyadh ada juga singgah ke satu tempat yg sgt tenang sekali... org2 di dalamnya bergembira dan makan, minum dan berehat tanpa ada sesiapa yg mengganggu... Allahuakbar.. Syurgakah itu?

Setelah sedar dr koma, Fayyadh menangis dan terus taubat nasuha... walaupun keluarga bgtau yg dia koma 3 bulan tetapi dia merasakan bagai berpuluh2 tahun dia berada di dunia yg asing tu...

Di dalam buku ne ada diceritakan juga mengenai seorang wanita solehah iaitu Humaira di mana pd awalnya Humaira ne seorang yg solehah dan taat kpd agama.. tetapi setelah Allah dtgkan ujian kpd Humaira, dia terus berubah seperti terlibat dgn khurafat, bunuh anak sendiri dan akhirnya terjun bangunan bunuh diri.. Allahuakbar..:(

Kenapa smpi mcm tu sekali jdnya...:(

Banyak sgt pengajaran yg dpt diambil dr buku ne... Kita sebagai manusia biasa tak layak nak ckp org tu sesat dan sebagainya... kita jangan sesekali nilai org sbb yg berhak nilai Allah je kan.. kita pun tak tau pengakhiran kita semua mcm mn.... Allahu...:(

"Hidup ini cuma tipuan yang hanya kenyataan adalah di perkampungan abadi dan pasti aku dan kamu pergi tidak akan kembali..".



Musafir Dunia,
8.08 pm,
Al Sadd, Doha


No comments:

Post a Comment

EID MUBARAK AT DOHA, QATAR ~ JUN 2023 (PART 3)

 Assalamualaikum wbt... 27  Jun 2023... Hari ni lepak rumah je sebab kami semua puasa hari Arafah.. memandangkan walid berbuka kat office sb...