Friday 15 January 2016

PUDING ROTI


Assalamualaikum wbt...


Bahan A

2 cawan susu segar
8 keping roti putih

Bahan B

4 sudu makan gula halus
2 sudu makan mentega
2 biji telur ayam 
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan tepung jagung

Bahan C

2 sudu makan kismis hitam

Bahan D (Sos Kastad)

1 tin susu cair
2 sudu makan tepung kastad
2 sudu makan gula



Gambar sebelum masuk oven...



Yang ne gambar puding dh ready utk di makan...





Cara-caranya:-

1) Koyakkan roti dan rendam dalam susu selama 30 minit dalam loyang. 

2) Kacau dan gaul rata bahan B.

3) Masukkan kismis dan tuangkan ke dalam loyang yang mengandungi roti tadi.

4) Bakar lebih kurang 30 minit ataupun sehingga masak. Kalau nak tau dh masak ke tak, cucuk puding roti tu dengan lidi atau garfu... kalau bersih je lidi/garfu tu maksudnya dh masak ler tuh...

5) Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan di atas api yang sederhana kecil.

6) Tuangkan sos di atas puding semasa menghidang.

Selamat mencuba:)


Dapur Salsabila,
Al Kinana Street,
Al Sadd, Doha




No comments:

Post a Comment

EID MUBARAK AT DOHA, QATAR ~ JUN 2023 (PART 3)

 Assalamualaikum wbt... 27  Jun 2023... Hari ni lepak rumah je sebab kami semua puasa hari Arafah.. memandangkan walid berbuka kat office sb...