Sunday 17 January 2016

AL ZUBARAH FORT

Assalamualaikum wbt...
 
Jam sekarang baru menunjukkan 10.15 mlm waktu qatar.... skrg ne dh winter.. sejuk betul... kadang2 cecah sampai belas2 degrees... 

Oleh kerana mata lom ngantuk, ummi sambunglah cerita...

Salah satu destinasi yang kami bawak mak n adik g jalan2 ialah pergi tempat sejarah.. Al Zubarah Fort...

Before this, kitorg tak pernah jejak lagi kat situ... so alang2 family dh dtg ne kitorg pun sekali jalan ler pergi situ... Tempat ne pun kwn ummi kat qatar ne yg suggestkan... ms family dia dtg pun dia bwk g situ...

 Jarak perjalanan kami lebih kurang 105km dari rumah@1 jam...

Actually yg istimewanya kat situ cuma bangunan sejarah mcm yg terdapat kat Malaysia je...

Oklah, ummi cerita sikit pasal Al Zubarah Fort ne...


Al Zubarah Fort ne pada asalnya dibina oleh Sheikh Abdullah bin Jassim Al Thani pada tahun 1938 untuk berkhidmat sebagai stesen Pengawal Pantai, walaupun sesetengah ada yang mengatakan bahawa ia telah dibina sebagai balai polis. Ia kemudiannya diubahsuai menjadi muzium untuk memaparkan pelbagai pameran dan karya seni, terutama sekali untuk penemuan arkeologi topikal kontemporari.....


 Salsabila bagi peluang ummi tangkap gambar dgn walid... selalunya mesti dia dok menyelit kat tgh2 tu... hehe ne sbb wan teh dia ada so dia x berapa nak pedulikan ummi ng walid huhu


 Masa ne kat dlm muzium tu ada tempat yg tgh renovate.... jadi ada tmpt yg kami x dpt nk tgk... selain tu kat bahagian tepi muzium ne ada kedai souvenir.... ummi beli poskad je utk kenang-kenangan...


 Wan Teh lah yg ajar salsabila posing.....


 Kat luar muzium ada unta sedang berehat2... nampak x Salsabila mcm takut kat unta tu.... hehe



Wan Teh naik unta ng Salsabila... sekali naik 25 rial... mula-mula tu Salsabila terjerit2 takut... kelakar je tgk... hahaha lps tu salsabila naik unta sekali lg dgn walid pulak... seronok ler tu... nasib baik ummi pakai jubah.. kalo x mesti ummi kena paksa naik dgn dia pulak hehe



Tak tau nape salsabila posing mcm tuh hehe... teruja tgk meriam kot...;p masa ne nmpk je matahari terik padahal sejuk betulll...:)

Oklah stop sini dulu ye... Wassalam.


Sejarah Warisan Negara,
Al Zubarah Fort,
Qatar

1 comment:

EID MUBARAK AT DOHA, QATAR ~ JUN 2023 (PART 3)

 Assalamualaikum wbt... 27  Jun 2023... Hari ni lepak rumah je sebab kami semua puasa hari Arafah.. memandangkan walid berbuka kat office sb...