Thursday, 30 April 2026

FROM SALZBURG TO HALLSTATT


 Assalamualaikum wbt....


28 Januari 2026

Selesai solat subuh dan breakfast kami gerak ke Hallstatt... dari Salzburg to Hallstatt lebih kurang 75km, 1 jam perjalanan...

Kami x sempat nak pergi tourist spot di Salzburg iaitu lokasi filem The Sound of Music.. InsyaAllah next time..

Cuaca kat luar masa ni gelap lagi dan tersangatlah sejuk... 

All the way xde lampu jalan raya sama macam kat highway dari Munich ke Austria.. awatlah depa ni tak pasang lampu jalan ye.. jimat letrik agaknya.. makanya kami bergantung sepenuhnya lampu kereta jelah..

View jalan rayanya mcm kat Simpang Pulai bengkak bengkok.. 

gelapkan...

Pukul 6.45 pagi, kami berhenti cari supermarket... lagipun ummi nampak walid drive dalam keadaan stress huhu macam mana ler tak stress, cuaca dahler gelap... jalan raya boleh tahan licin sbb salji ada yang dah start mencair.. kereta pun boleh tahan banyak dan laju2 jugak dorg bawak... berkejaran nak masuk ofis agaknya...

Kami berhenti kat supermarket Billa... Oleh kerana pukul 7 pagi baru kedai buka jadi kami lepak dalam kereta dulu... masa ni suhu 1 celcius..

Tepat pukul 7 pagi pekerja kedai tu lambai tangan siap pakej senyuman ke arah kami.. nak bgtau kedai dah buka lah tu...

Beli jajan dan barang dapur sikit untuk kami masak kat next airbnb nanti...

Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Hallstatt...


Langit dah semakin cerah dan wow view kiri kanan tersangatlah superb... Subhanallah...




Dah nak sampai tempat yang dituju jalan jem sikit sbb ada tebang pokok... 

Sampai di Hallstatt rezeki kami dapat parking kat P1.. kat situ banyak lagi parking yg lain.. cuma P1 dekat sikit dengan tourist spot.. 


Settle parking kita bergambarlah dulu... sejuk sangat masa ni..



mak layan je bila anak2 suruh posing...

Hallstatt ni sebuah kampung kecil yang sangat famouslah kat Austria... ada juga yang cakap antara kampung paling cantik di dunia.. bertambah cantik sebab terletak di tepi tasik Hallstatter See dan dikelilingi gunung Alps.. so viewnya memang macam postcard.. pernah viral sebagai "kampung paling instagrammable"...









                                      



Jalan santai enjoy view.. gigihlah jalan kaki.... 9000 steps (return)... ada jalan raya yang mendatar ada yang kena mendaki sikit.. risau je kat mak semput huhu tapi mak steadyyy..



                                      




Penduduk kat situ cuma 700-800 orang je.. tapi boleh dapat ribuan pelancong dalam sehari... 

Hallstatt dikatakan seakan-akan suasana negara Arendelle dalam cerita kartun Frozen tu.. kampung tepi tasik, rumah warna warni dan background gunung.. selepas Frozen meletup, ramai pelancong datang ke Hallstatt kerana mereka rasa ianya "real-life Arendelle"...

Tapi kalau nak view lagi sebijik mcm dalam cerita Frozen boleh lah pergi Norway... 

                             So depan bangunan kuning ni lah tourist spot amik gambar... 

Oleh kerana mmg ada je pelancong, penduduk kat situ dh siap2 pasang banner 'jangan buat bising'...



cantik tersusun kayu api




rezeki kami masa sampai situ belum ramai lagi pelancong so puaslah bergambar... kalau lambat kena beratur tau nak amik gmbr kat situ....

mak steady je berjalan kaki dari kitorg sbb mak dh biasa briskwalk huhu





Dah puas bergambar, perlahan2lah kami jalan kaki turun nak ke parking..


Oleh kerana cuaca sejuk kami singgah cafe minum air panas... pipi pun dah rasa kebas..










sepanjang jalan banyak kedai yang jual souvenir..










Cara menghilangkan penat berjalan kaki adalah berhenti amik gambar... hehe






Settle bayar parking, kami pun keluar dan terus menuju ke airbnb di Obbertraun.. 

Wassalam.


1.52pm,
Wintertrip in Austria.

No comments:

Post a Comment

FROM INNSBRUCK TO MUNICH AIRPORT

 Assalamualaikum wbt... 30 Januari 2026 Hari ni merupakan last day trip kami di bumi Austria.. Pagi tu kami breakfast maggi goreng.. selepas...