Assalamuaikum wbt...
22/1/2025
Pagi ni walid bawak makan American breakfast .. ni antara tempat yang selalu walid lepak dgn kawan2..
Hari ini kami plan nak jalan-jalan naik metro.. so lepas breakfast kami terus ke metro Al Wakra station...
 |
masa kami sampai parking banyak lagi kosong sbb masih awal pagi.. |
Harga tiket metro 30 rial sorang utk dewasa (return).. kami beli tiket gold club (business class).. harga pun tak jauh beza dgn tiket ekonomi jadinya kami decide beli jelah tiket gold club..

Kami plan nak pergi area Katara Cultural Village.. Dari Al Wakra station nak ke Katara station akan ikut line merah dan ada 14 stop/station..
Katara Cultural Village ni menampilkan kekayaan budaya Qatar melalui berbagai kegiatan kat sini...
First aktiviti kami di sini ialah briskwalk kat Katara Hills...

Dari atas bukit nampaklah view kat bawah.. kotak hadiah besar tu sebenarnya toy shop.. unik design kedai dia..
Kat atas bukit ni ada sungai buatan.. meja dan kerusi batu pun banyak untuk lepak2 kat situ.. tenang dan nyaman sungguh kawasan ni...
Time winter kat Qatar mmg waktu terbaik untuk keluar rumah dan masa nilah nak pergi camping, picnic, briskwalk, jogging dll..
Lepas tu kami turun jalan2 area kat bawah pulak..
Kat sini ada amphitheatre yang sering digunakan untuk berbagai acara dan pertunjukan..
 |
sarang/rumah untuk burung merpati.. boleh memuatkan beribu2 burung merpati dalam satu masa |
 |
restoran |
Teringin juga nak tgk toy shop yang unik ni.. kami masuk cuci mata jelah.. dah xde anak kecik nak dibelikan mainan hehe
Seterusnya kami menyusuri Shakespeare Street ni.. banyak kedai2 jual makanan.. comel2 kedai ni.. waktu malam tersangat meriah dihiasi lampu2 berwarni-warni kat setiap kedai ni..
Lepas Asar baru kedai2 ni bukak...
 |
x sure ni bangunan apa.. design bentuk kepala burung Falcon |
Dah puas berjalan area situ, kami pun naik metro untuk turun Msheireb station.. ada 7 stop/station..
Dari Msheireb station, kami naik metro yang lain untuk turun kat Al Aziziyah station (gold line).. ada 8 stop/station..
Lepas tu kami pergi Villagio Mall... ummi beli purse charles & keith, beli termos & beg laptop kat Virgin.. hadiah birthday untuk diri sendiri..
Sebelum balik, anakanda tapau boba tea kat kedai pak aji...
 |
comel kan pak aji qatari ni... |
Perut pun dah berkeroncong jadi kami naik semula metro untuk amik kereta kat Al Wakra station...
Lepas tu terus 'late lunch' makan nasi arab kat Afghan Brothers...
 |
set macam ni harga 114 rial |
Nikmatnya dapat makan nasi arab.. masing-masing lapar betul.. kejap je dah licin... khalasss.
Oklah setakat sini dulu.. wassalam.
1.40pm
Nuri Residence.
No comments:
Post a Comment