Assalamualaikum wbt...
22 Februari 2024..
Kami selamat sampai rumah di Qatar dari Arab Saudi pukul 2.30 petang... sementara kami unboxing beg, Mr Zauji order nasi Arab Afghan, pizza dan chai..
Malam tu pukul 11 malam, kami hantar mak ng adik ke airport.. flight dorg balik Malaysia pukul 3 pagi.. ummi ng anakanda balik Malaysia sehari lewat dari dorg...
23 Februari 2024...
Pagi tu kami breakfast kat Holiday Villa.. lepas tu pergi supermarket Lulu beli stok jajan anakanda nak bawak blk ke Malaysia.. anakanda ckp jajan kat Qatar ni rare hehe
Petang tu pulak mula-mula kami plan nak pergi pasar malam anjuran embassy Malaysia tapi tak jadi.. sbbnya ummi segan nak jumpa Malaysian kat situ hahaha
Sudahnya kami singgah makan kat Yee Hwa (Korean Restaurant) kat Al Sadd.. dulu masa kami duduk area Al Sadd, time Mr Zauji dapat gaji kami bertiga jalan kaki je nak makan kat Yee Hwa ni.. dekat giler dgn rumah.. alahai, rindunya moment masa dok kat Al Sadd...
Lepas tu kami terus balik ke rumah sambung packing barang nak balik ke Malaysia pagi esok tu...
24 Februari 2024...
Lepas solat Subuh kami gerak ke airport... masa on the way nak pergi airport, Mr Zauji terus decide nak ikut balik Malaysia untuk 2 ke 3 hari.. sehelai sepinggang hahaha
Bagus lah Mr Zauji ikut sama balik Malaysia sebab luggage ummi dan anakanda dah terlebih kilo kalau ikutkan.. risau juga ada luggage tak lepas.. dahlah bnyk souvenir dalam luggage2 tu..
Sebelum keluar rumah, Mr Zauji dah keluarkan ikan.. plannya lepas hantar kitorg kat airport nnt Mr Zauji nak masak.. tak sangka pulak hantar sampai ke Malaysia haha... teruslah Mr Zauji call jiran sebelah rumah mintak tolong masukkan balik ikan tu dalam fridge.. hehe
Settle checkin luggage kami singgah makan kat Harrods sebelum boarding...
Oklah setakat ini dulu.. wassalam.
7.13pm,
Nuri Residence.
No comments:
Post a Comment