Assalamualaikum wbt...
23 Februari 2023
Sama macam kat Mekah.. seawal 3 pagi kami dah pergi ke masjid sampai selesai solat Subuh..
Lepas breakfast, kami jalan2 area Masjid Nabawi.. Kami singgah di kawasan Bani Saedah..
Ummi copy paste sejarah Bani Saedah di sini ye..
Di sinilah tempat pertemuan Abu Bakar, Umar dan Uthman selepas Rasulullah wafat. Mereka bertiga di sini berbincang tentang di mana nak kebumikan Rasulullah, dan bincang siapa yang akan menggantikan Rasulullah sebagai Khalifah. Campur tangan daripada Ansar, Muhajirin, Aus dan Khazraj memburukkan lagi keadaan.
Dan di sinilah Abu Bakar bagitau sahabat-sahabat dan pengikut yang lain hanya dia saja yang tau perkara ini, orang lain tak tau.
Yang mana Rasulullah saw bagitau dia, seorang Nabi akan dikebumikan di tempat dia wafat. Jadi sebab itulah Rasulullah saw dikebumikan di bilik Aisyah sebab Baginda meninggal di dalam ruangan bilik Aisyah.
Kerana itu setelah Rasulullah dimakamkan pun Aisyah tetap tinggal di situ, sebab itu memang rumah dia. Dan ayah dia (Abu Bakar) pesan kalau dia meninggal nanti, dia pun nak dikebumikan sebelah Rasulullah.
Setelah Abu Bakar meninggal, Aisyah tinggal dengan 2 makam dalam rumahnya. Lepas Umar meninggal dan Umar minta (sebelum dia meninggal) untuk dimakamkan sekali dengan Rasulullah, barulah Aisyah keluar tinggal rumah lain sebab dia taknak buka aurat dia. Padahal Umar tu dah meninggal dunia, dia tetap taknak bukak aurat dia 'depan' Umar.
Seterusnya, kami terus naik bas Hop On Hop Off (Hoho) untuk aktiviti ziarah... Harga tiket dewasa 80 sar each dan kanak2 40 sar each (Total 200 sar).. kaunter tiket ada dibuka dekat dgn tmpt tunggu bas..
time winter bolehler lepak belah atas... best kena angin sejukkk.. |
Hoho ne cover 12 tempat check point untuk ziarah.. so nanti kita turun je mana2 check point.. setiap setengah jam ke 45 minit, bas akan datang ambil penumpang dan boleh turun ke tempat check point yang lain pulak..
Antara tempat yang kami pergi ialah area Sultana Road..
Kat situ ada masjid Al Ghamamah, masjid Abu Bakar, masjid Umar dan masjid Ali..
harga tiket masuk 37 sar each... |
tengah beratur tunjuk tiket |
Seterusnya kami naik Hoho dan turun di check point Uhud Battlefield..
air mineral ni free je.. smg bertambah murah rezeki kpd pemberi.. |
makam syuhada uhud |
bukit pemanah |
Seterusnya kami turun kat check point Al Nour Mall.. refreshing.. makan dan pergi toilet...
Dari Al Nour Mall kami solat Zohor di Masjid Qiblatain.. driver bas hoho pesan dah selesai solat nanti tunggu je kat bas.. sbb dia pun nak solat zohor sama2 dengan jemaah lain..
Masjid Qiblatain ni sejarahnya ialah pertukaran arah kiblat dari Masjidil Aqsa ke Kaabah bermula pada peristiwa hijrah Baginda SAW dan beberapa orang sahabat ke Madinah.
masjid Qiblatain |
Kami juga solat di Masjid Khandaq... sejarah Masjid Khandaq ni ialah terjadinya penggalian parit untuk membuat benteng pertahanan untuk menghalang serangan dari kaum kafir Quraisy yang akan menyerang Madinah..
masjid Khandaq |
Seterusnya kami pergi ke destinasi yang terakhir iaitu solat di Masjid Quba.. Masjid Quba merupakan masjid pertama yang dibina oleh orang islam...
Kami tak terus balik hotel.. kami singgah di street food Madinah yang viral tu dan beli beberapa jenis makanan..
beli bakso.. |
Lepas tu kami balik hotel makan dan rehat sekejap.. lepas tu kami pergi masjid untuk solat Maghrib dan Isyak..
Turn ummi dan salsabila masuk Raudah pukul 9.30 mlm.. syukur dapat masuk Raudah.. nak masuk Raudah kena install apps Nusuk dan pilih tarikh kita nak masuk Raudah.. kami pilih tarikh masa kat Malaysia lagi.. kena pilih awal supaya tarikh yg kita nak tu still available bila kat sana nnt..
Dan pastikan ada internet sbb kita kena buka apps Nusuk dan tunjuk kat polis wanita yg jaga masa kita beratur nak masuk Raudah tu..
Ummi guna tethering walid.. masa tengah beratur tu lupa pulak nak tanya walid apa password tethering huhu adehhh jadi ummi tak dapat nak bukak Nusuk sbb line internet xde.. ummi pun berdoa je lah bnyk2 supaya lepas ler masuk Raudah.. alhamdulillah nasib baik lepas.. masa turn ummi smpi tu polis yg jaga tu tgh bising2 bercakap dengan jemaah lain.. agaknya dia suruh beratur betul2.. masa turn ummi tu dia soh jalan je terus masuk.. syukur sgt.. yg penting ummi mmg dh apply Nusuk cuma x dpt nak bukak.. jadi xdelah isu tipukan atau potong queue huhu
Assalamualaika Ya Rasullullah.. Ya Habiballah.. berada di Raudah hati terus sebak.. |
Selepas solat Subuh kami balik hotel packing barang.. umrah DIY kami dah nak sampai penghujung.. dah nak balik ke Doha semula..
Lepas tu kami ke Masjid semula untuk solat sunat Dhuha.. masa ni dh sedih sbb dah nak balik huhu
Kami tapau Mcd dan makan kat bilik dan lepas tu terus checkout..
Kami naik teksi ke airport Madinah.. harga teksi 100 sar.. driver teksi ni baik.. dia bawak kami round area uhud sebelum pergi airport tanpa caj tambahan.. dari air muka dia ummi tgk dia sangat suka madinah dan sejarah2 yg ada di madinah.. ummi tak berapa ingat samaada driver tu dari India atau Bangladesh..
Sampai di airport madinah, kami beli air zamzam 3 botol yg berharga 8.50 sar sebotol..
walid tengah beratur beli air zamzam |
view yg sgt indah.. |
Maka berakhirlah trip umrah diy kami.. Ya Allah Kau jemputlah lagi kami menunaikan umrah dan ziarah RasulMu setiap tahun Aaaminnn...
Wassalam.
26 Disember 2023,
Nuri Rsidence.
No comments:
Post a Comment