Saturday 24 December 2022

DOHA ~ HERE WE COME (DAY 1)

 

Assalamualaikum wbt...


Setelah 2 tahun tak fly ke bumi Qatar, akhirnya dengan izin Allah awal September yang lepas kami berlepas ke Qatar.. mcm mimpi weiii dapat jejak Qatar lagi... terubat rindu..

Masa tu suhu jejak jugaklah 40 celcius huhu berdengkang panas weiii.. ni pengalaman pertama mak dan adik ummi bercuti musim panas di Qatar haha terjelir lidah bila keluar airport terasa bahangnya tu..

Sampai airport Hamad, kami disambut oleh agen Al Maha Services di pintu kapal terbang dan di bawa ke lounge dorg untuk uruskan proses immigresen dan luggage.. oh ya uolls kalau tak nak beratur panjang dan tunggu lama kat immigresen tu bolehlah guna Al Maha Services ne..

Guna Al Maha Servis ne still kena lalu proses immigresen mcm biasa cuma tak perlu beratur panjang.. kita je kat kaunter tu haha luggage kita pun dorg yg ambilkan siap2 dan tolakkan troli luggage tu smpi kat kereta haa gitu

Sementara tunggu dorg settlekan apa yang patut, bolehlah isi perut makan shawarma ke sandwich ke.. kopi dan jus pun ada.. 

Harga semua dah termasuk ye makanan tu semua.. rugilah kalao x makan kan.. harga silalah google ye.. boleh pilih pakej mana yang berkenan...

So macam biasaler Mr Zauji dah siap2 tunggu kat arrival utk pickup kami...

Sepanjang perjalanan nak ke rumah tu leka lah tengok view qatar yang meriah sbb nak jadi tuan rumah World Cup pertengahan bulan November hingga Disember nanti.. tapi masa blog ne diupdate, World Cup baru je habis hehe.. plannya nak update blog sblm World Cup tapi tak sempat lak..

Lepas dah turunkan beg semua kami kat rumah, kami register Ehteraz siap2 dan terus keluar untuk buat RTK kat Naseem Medical.. dekat je dgn rumah.. sblm travel ke Qatar kena buat PCR siap2 dan dah sampai kat Qatar still kena buat RTK kalau tak Ehteraz tak hijau.. Ehteraz ne mcm My Sejahteralah.. 

masa ne tengah tunggu turn nak buat RTK.. haha berdebau2 takut positif huhu

Dah settle RTK kami terus pergi dinner kat Al Bait Alkuwaiti.. makan nasi maqlubah.. nasi periuk terbalik..  first time makan.. Mr Zauji dah banyak kali makan ng kwn2 dia.. kali ne nak bg kami rasa pulak... sedap..



chicken soup


ikan bakar


mak dan adik.. muka jetlag hehe

Sedang enak menjamu selera, Naseem Medical bgtau result RTK kami semua negatif... alhamdulillah.. haha hilang debaran..



Lepas makan tu kami tapau chai dan terus balik rumah... berehat... simpan tenaga untuk hari2 seterusnya huhu


Wassalam.

25/12/2022/1.21 pm.


No comments:

Post a Comment

EID MUBARAK AT DOHA, QATAR ~ JUN 2023 (PART 3)

 Assalamualaikum wbt... 27  Jun 2023... Hari ni lepak rumah je sebab kami semua puasa hari Arafah.. memandangkan walid berbuka kat office sb...