Monday 1 June 2020

SOS BLACKPEPPER


Assalamualaikum wbt....

Dah lama ummi tak share resepi... 

Sejak2 PKP ne rajin lah jugak try menu itu ini.. hehe

Oklah kali ne ummi nak share sos/kuah blackpepper.. sedap di makan dengan chicken chop ke ayam bakar ke..sosej bakar ke..


Ok jom kita tgk bahan-bahannya:

Bawang merah
Bawang putih
2 sudu tepung gandum 
1 tin mushroom sup
Kiub ayam
Kicap manis


Cara-caranya:

Potong bawang merah dan bawang putih secara dadu.
Tumis bawang-bawang tersebut sehingga keperangan.
Masukkan tepung gandum 2 sudu dan kacau. Boleh tambah air sikit jika pekat.
Masukkan 1 tin mushroom sup dan air.
Masukkan kiub ayam dan kacau.
Selepas tu blend kesemua bahan-bahan tersebut.
Lepas tu panaskan atas dapur semula dan masukkan kicap (nak bagi warna sos tu gelap sikit).
Kalau suka mushroom banyak, boleh je masukkan cendawan butang ke atau apa2 cendawan ye..
Sukatan air tu ikut keperluan.. kalo pekat, tambah je air..

Ok dah siap..:)


~UmmiCookWithLove~



No comments:

Post a Comment

EID MUBARAK AT DOHA, QATAR ~ JUN 2023 (PART 3)

 Assalamualaikum wbt... 27  Jun 2023... Hari ni lepak rumah je sebab kami semua puasa hari Arafah.. memandangkan walid berbuka kat office sb...