Wednesday 12 October 2016

TINDAKBALAS KERTAS DENGAN AIR


Assalamualaikum wbt......


Entry kali ne ummi nak share mengenai aktiviti sains ummi dan salsabila di rumah... 


Bahan-bahannya:

Kertas A4
Gunting
Pensil/Pen
Bekas berisi air


Cara-caranya:

1) Kertas A4 dilipat dua. Lepas tu dipotong dan dijadikan segiempat.


 2) Lukis kelopak bunga di hujung bucu kertas.


3) Gunting kelopak bunga yg dilukis tadi.


4) Lipat setiap kelopak seperti gambar di bawah.


5) Masukkan kelopak bunga tu dalam bekas berisi air.


Kelopak bunga dah start terbukak perlahan-lahan...


Kelopak bunga semua dah terbukak......



6) Video kat bawah ne menunjukkan apa yg berlaku ....



Kesimpulannya, kertas diperbuat daripada gentian kecil. Apabila kertas mula serap air maka kelopak bunga akan terbuka perlahan-lahan.

Satu lg eksperimen menggunakan tisu dapur yg selalu kt guna untuk serap minyak bila goreng ikan tu kan... cara sama je mcm di atas.. bila kelopak bunga yg menggunakan tisu dapur tu dimasukkan dalam bekas berisi air, maka kelopak bunga akan cepat diserap oleh air tanpa sempat kelopak bunga tu terbuka.. ini di sebabkan tisu dapur tu diperbuat dari lapisan kertas yg sgt nipis...

Oklah selamat mencuba....:)


Al Sadd, Doha...


No comments:

Post a Comment

EID MUBARAK AT DOHA, QATAR ~ JUN 2023 (PART 3)

 Assalamualaikum wbt... 27  Jun 2023... Hari ni lepak rumah je sebab kami semua puasa hari Arafah.. memandangkan walid berbuka kat office sb...