Saturday 19 December 2015

YA RASULULLAH


Assalamualaikum wbt.......


Bila aku tak suka pada rasa makananku...
Aku teringat pada baginda Muhammad SAW yang pernah meletakkan batu pada keliling perutnya untuk menahan lapar... 

Bila ku merasa pakaian ku cuma sedikit....
Aku teringat pada baginda Muhammad SAW yang hanya punya dua helai baju seumur hidupnya...

Bila aku merasa tidak selesa akan tempat pembaringan ku...
Aku teringat pada baginda Muhammad SAW yang tidur hanya beralas pelepah kurma dan kain kasar dalam hidupnya... 

Apabila aku menjadi begitu kedekut untuk memberi dan berkongsi dengan orang lain...
Aku teringat pada baginda Muhammad SAW yang pernah memberi segala-galanya sehingga dia hampir tiada apa-apa untuk dirinya...

Bila aku terfikir betapa miskinnya hidupku...
Aku teringat pada baginda Muhammad SAW yang begitu cinta pada orang miskin dan ingin bersama si miskin di syurga....
 Ia menaikkan semangatku...

Bila aku terasa ada yang menyakiti aku...
Aku teringat pada baginda Muhammad SAW yang sentiasa memaafkan sesiapa sahaja yang berbuat jahat padanya... 

Bila aku terfikir mungkin ada yang membenci aku...
Aku teringat pada baginda Muhammad SAW yang sentiasa berdoa untuk orang-orang yang telah menghinanya...

Bila aku teringinkan ganjaran dalam perbuatan ku...
Aku teringat pada baginda Muhammad SAW yang mengingatkan aku bahawa ganjaran yang hebat hanya dari Allah SWT...

Bila tiada siapa yang menyayangi aku...
Aku teringat pada baginda Muhammad SAW yang mencintaiku semenjak beribu tahun dulu...

Apabila aku berfikir betapa sengsaranya hidup aku...
Aku teringat pada baginda Muhammad SAW yang menempuh segala kepayahan hidup demi nikmat Iman dan Islam pada ummatnya yang dicintai & dan itu bagai cas positif yang menguatkan aku!!!


Assalamualaikum Ya Rasulullah
Assalamualaikum Ya Habiballah
Selawat dan salam ke atas baginda junjungan besar, contoh terbaik sepanjang zaman..  
Sohibul Azman...
Terima kasih Ya Rasulullah untuk nikmat iman islam dan ihsan...
Syafaatkan daku di akhirat nanti... Aamiinnn

Kerinduan padamu takkan pernah padam selamanya pada mu Ya Habiballah....:(



Semarak Maulid ar-Rasul...

Al-Kinana Street,
Al-Sadd, Doha



No comments:

Post a Comment

EID MUBARAK AT DOHA, QATAR ~ JUN 2023 (PART 3)

 Assalamualaikum wbt... 27  Jun 2023... Hari ni lepak rumah je sebab kami semua puasa hari Arafah.. memandangkan walid berbuka kat office sb...