Assalamualaikum wbt....
7 Januari 2025...
Pukul 9.29 pagi, sedang khusyuk buat kerja kat office tetiba handphone ummi berbunyi..
Ummi pickup call... pihak disana terus perkenalkan diri.. rupanya staf Tabung Haji yang call..
"Kami nak maklumkan yang rayuan haji puan dan suami telah berjaya.. tahniah untuk puan dan suami..."
Satu persatu ayat keramat keluar dari mulut staf tu..
Ummi masa tu macam berada di awang-awangan.. betul ke apa yang ummi dengar ni ke mimpi..
Tak tahu nak ckp mcm mana 'feel' time tu.. menggigil2, sebak nak menangis pun ada...
Alhamdulillah syukur sangat-sangat...
Lepas tu teruslah ummi bagitau walid yang jauh nun di bumi Qatar berita gembira tu...
So next step kena download surat tawaran haji di THijari, cukupkan duit dalam akaun tabung haji dan kena buat pemeriksaan kesihatan..
Dalam surat tawaran haji, kami kena cukupkan duit dalam akaun tabung haji berjumlah RM33,300.00 seorang.. dan perlu menerima tawaran haji sebelum atau pada 25 Januari 2025..
Boleh check kat My Sejahtera senarai klinik swasta yang buat medical check-up untuk bakal jemaah haji...
Alhamdulillah, terdapat klinik swasta yang 'available' berdekatan dengan rumah kami...
*****
10 Januari 2025
Alhamdulillah sehari sebelum tu, walid dapat balik cuti ke Malaysia untuk buat pemeriksaan kesihatan dan settlekan semua keperluan haji....
Selepas breakfast kami terus ke pejabat KWSP Alor Gajah.. Bakal jemaah haji boleh keluarkan duit KWSP berjumlah RM3,000.00 untuk dimasukkan ke dalam akaun Tabung Haji.. nanti kat kaunter KWSP tu kena bagi copy surat tawaran haji..
Seterusnya kami pergi pejabat Tabung Haji untuk update no handphone walid dan pergi Bank Islam untuk buka akaun dan buat kad Debit-I Bank Islam.. tujuan buat kad Debit-I Bank Islam ni untuk memudahkan pengeluaran duit (dalam mata wang SAR) di Tanah Suci nanti tanpa sebarang caj di sana..
Caj yang dikenakan untuk buka akaun Bank Islam ialah RM120.. lepas buka akaun boleh keluarkan semula duit tersebut tetapi RM70 sahaja dan RM50 kena ada dalam akaun bank tersebut tidak boleh dikeluarkan..
Pukul 3.00 petang, kami pergi medical checkup.. Anggaran harga medical checkup termasuk pengambilan vaksin lebih kurang RM300-RM400/seorang
Vaksin Meninggocol - RM135/seorang
Vaksin Influenza - RM55/seorang
X-Ray - RM45/seorang
ECG - RM50/seorang
Ambil darah & air kencing..
Keputusan medical checkup, doktor yang check kami tu perlu update result kat My Sejahtera..
*****
13 Januari 2025
Kami dapat mesej pemberitahuan pemeriksaan kesihatan lulus.. alhamdulillah syukur..
Seterusnya kami membuat penerimaan tawaran haji di THijari...Memandangkan kami pergi haji dengan Pengelola Jemaah Haji (PJH) maka pihak Tabung Haji hanya tolak RM19,786.00 sahaja dari akaun tabung haji kami.. balance dari RM33,300.00 tu kami perlu bayar dengan PJH pilihan kami iaitu CS Holidays...
*****
22 & 23 Februari 2025
Tabung Haji daerah Alor Gajah ada buat kursus Intensif Haji di Multimedia University, Melaka tapi kami tak dapat hadir sbb ada urusan..
*****
27 Februari 2025
Setelah menerima tawaran haji, sepatutnya kami perlu menyerahkan pasport kepada pihak Tabung Haji dan mereka akan memegang pasport bakal jemaah haji sehingga hari penerbangan nanti..
Kami tidak dapat menyerahkan pasport lebih awal memandangkan walid duduk kat Qatar..
Jadi kami decide pergi Tabung Haji HQ kat KL untuk tanya berkaitan serahan pasport international walid..
![]() |
pergi TH naik KLIA Express je sbb malas nak drive.. |
Alhamdulillah terima kasih kepada staf Tabung Haji diatas penerangan yang jelas berkaitan permasalahan kami...
Oklah nanti sambung lagi dan ummi akan share berkaitan proses penyerahan pasport international walid ye...
Wassalam.