Assalamualaikum wbt..
17 Februari 2024...
Selepas solat subuh, kami terus bersiap2 berpakaian ihram....
selfie dulu |
Kami singgah petrol pam bagi minyak full tank (84 rial)..masa tu pukul 5.47 pagi.. seterusnya kami pergi Qarnul Manazil untuk bermiqat...
tempat Miqat... |
Selesai miqat, kami meneruskan perjalanan ke bumi Mekah... Labbaikallah humma Labbaik.. |
Yang menariknya view sepanjang perjalanan ialah kami dapt lihat view bukit2 yang berwarna kemerahan.. semakin dekat dengan Mekah warna bukitnya warna coklat dan seterusnya berwarna hitam... MasyaAllah..
Sampai di bumi Mekah pukul 7.30 pagi, kami parking kereta di Kudai.. kat situ parking free je.. seterusnya kami naik teksi untuk ke hotel.. disebabkan kami berlima so kami naik 2 teksi (50 rial each)..
Sepanjang kat Mekah kami tak bawak kereta ke hotel.. tak sanggup nak redah jemmm.. so kami parking di Kudai sahaja..
Sampai di hotel masih belum boleh checkin so kami tinggalkan beg kat hotel dan terus buat umrah...
Pukul 11.45 pagi alhamdulillah dorg selesai buat umrah... syukur sgt anakanda dan adik dapat merasa buat umrah.. alhamdulillah..
anakanda guntingkan rambut utk walid (tahallul) |
semoga umrah dan doa anakanda dimakbulkan Allah swt Aaaminn |
So kami terus checkin hotel dan berehat sebentar sebelum turun semula beli aiskrim dan teman Mr Zauji botakkan rambut..
Kami menginap di hotel yang sama kami amik masa umrah tahun lepas.. tapi kali ni tak de rezeki nak dapat Kaabah view..
beli air tebu |
sempat beli perfume kasturi |
18 Februari 2024...
After solat subuh kami terus breakfast kat hotel... lepas tu startlah aktiviti 'melontar' aka shopping...
Macam biasalah beli sejadah, abaya, kekacang dan mcm2 lagi... mana lah org arab ni x suka org malaysia ae.. pemurah bab membeli ni..
kawan adik kirim beli dan wakafkan al quran.. |
tengah kira berapa org dia nak bagi sejadah huhu |
tak tau apa yang anakanda seronok sgt tu.. |