Assalamualaikum wbt...
16 Februari 2024...
Pukul 5.40 pagi lepas solat Subuh dan light breakfast, Mr Zauji azan sebelum bertolak ke Taif.. smg berkat azan, musafir kami hari ini dimudahkan..
Sebelum masuk highway kami isi minyak kereta (50 rial) bagi full tank siap2..
Pukul 8 pagi kami isi minyak kereta lagi (52 rial) kat RNR Riyadh-Mekah highway.. kat situ ada restoran so kami breakfast menu Bangladesh..
Kami order roti, chai, sulaymani tea, dal masala dan telur mcm scramble egg..total harga 35 rial.. murah dan tersangatlah sedap.. nampak mcm biasa tp superb rasanya.. alhamdulillah..
Chai panas sgt jadi tapau minum dalam kereta.. sedap chai bangladesh.. |
Kami meneruskan perjalanan dan pukul 10.45 pagi mcm tu kami singgah lagi isi minyak kereta (65 rial)..
Mr Zauji bersemangat drive sambil pasang lagu p.ramlee... |
Kat highway bertembung dengan kawan Mr Zauji dr Qatar.. dorg pun nak pergi umrah..konvoi 2 kereta.. so hon2 jelah kereta sambil lambai2.. haha
Pukul 12.45 tghri kami singgah rnr.. Mr Zauji nak singgah solat Jumaat.. masa sampai tu tgh khutbah..
Sementara Mr Zauji solat Jumaat, kami posing ler kat kereta..
menggayakan abaya yang beli kat Qatar... |
So for the next 400km, turn adik pulak drive.. Mr Zauji jadi co-pilot dan ummi jadi mem kat seat belakang haha
Anakanda masa ni kat seat belakang sekali di sebalik timbunan beg dan barang-barang ahahah..
kami bwk stok jajan+asam+air... nak kudap2 dalam kereta... meriahhh |
Sepanjang perjalanan kami guna 2 handphone utk google map (kiri) dan radar bot (kanan) mcm gmbr kat bawah ni..
pic ni amik ms view malam |
tiang kat depan tulah contoh kamera speedtrap.. ada mcm2 lagi jenis dan rupa kamera dorg pasang.. |
Radar bot tu asyikler dok 'menjerit' suruh slow sikit drive haha.. kereta Mr Zauji cc besar so tak perasan speed laju.. sedap je kami bertiga tekan minyak hahaha
Yang menariknya road trip kat bumi Saudi ni selain unta2 bersepah kiri kanan dengan mcm2 warna (coklat, hitam, putih dan oren), mata kami dijamu dengan view permukaan buminya kejap batu, kejap pasir fluffy kejap lembah hitam dan mcm2 lagi view..
pasir fluffy.. |
unta kat tepi2 jalan.. |
kalau sandstorm mcm tulah viewnya.. berdebu |
dah lapau ni je gambar yang ada..tu pun screenshot dari video.. |
master bedroom |
toilet master bedroom |
bilik 2 |
dapur |