Assalamualaikum wbt…
Buat masa ne salsabila belum sekolah lagi… InsyaAllah bulan
September nanti ada rezeki salsabila akan bersekolah… doakan ye.. J
Tapi buat masa ne salsabila hanya ke kelas kafa di Ma’ahad
Al-Da’wa, Awqaf pada hari sabtu.. sebenarnya kalau ikutkan minimum umur 6 tahun
baru boleh join.. itupun join ‘bridging class”… lebih kurang macam pra lah..
salsabila tahun ne baru 5 tahun… tapi disebabkan walid salsabila adalah salah
seorang sukarelawan sebagai tenaga pengajar di kelas kafa tersebut jadi
dapatlah salsabila tumpang di kelas tersebut…hehe
Untuk pengetahuan, kelas kafa ini dikhaskan untuk anak-anak malaysia
sahaja…..kelas KAFA ini ditubuhkan untuk
mengajar/mendidik anak2 malaysia khususnya bab2
fikah, tauhid, solat, taharah dan lain2.. ini adalah disebabkan sylibus
qatar dengan Malaysia lain dan jauh berbeza.. almaklumlah Qatarkan negara timur
tengah takkan sama kt negara ASEAN…
Tenaga pengajar di kelas kafa ne ada lebih kurang 30 orang..
semuanya sukarelawan dan hanya claim pahala di akhirat nanti…InsyaAllahJ Cuma para pelajar
perlu bayar yuran QR150 untuk satu tahun… yuran tersebut adalah untuk menampung
kos operasi dan pentadbiran KAFA serta untuk aktiviti-aktiviti yang dirancang
untuk para pelajar…
Yang menariknya di kelas KAFA ne semuanya yang melibatkan
lelaki dan perempuan seperti bilik guru,surau, kelas dan mini library
diasingkan di antara perempuan dan lelaki… semua guru dan pelajar perempuan
diletakkan di tingkat 1 manakala semua guru dan pelajar lelaki di ground floor…
Di ground floor terdapat kantin untuk guru n pelajar beli
makanan semasa waktu rehat.. menunya perghhh sedap2 belaka… pisang goreng
cheese, char kueh teow, nasi lemak, teh tarik dan banyak lagi… ibubapa pun
semasa hantar anak ke kelas kafa ne sempat lagi singgah borong segala menu di
situ.. bukan senang nak dapat.. nak buat sendiri tersangatlah rajinkan hehe
Kelas kafa ne bermula dari pukul 1 petang (selepas zohor)
sehingga 4.30 petang… solat asar biasanya
secara berjemaah pada pukul 3.35 petang…
Kalau walid jadi sukarelawan tenaga pengajar, ummi pulak
jadi sukarelawan librarian… pentadbiran kafa ada wujudkan mini library jadi
ummi tolong2 je ada sorang sukarelawan tu untuk uruskan jika para pelajar nak
pinjam buku cerita, buku ilmiah dan sebagainya.. sementara tunggu walid n
salsabila habis kelas ada juga lah aktiviti ummi…J
Inilah dia bangunan kelas kafa, Ma'ahad Al-Da'wa, Awqaf
Sebahagian buku yg terdapat di mini perpustakaan di kelas kafa
Ok setakat ne dulu ye… wassalamJ