Assalamualaikum wbt semua…
Antara banyak2 tempat kat Qatar ne ummi suka sangat pergi
souq waqif.. souq ne maksudnya pasar… kalau weekend tu x tau nak pergi mana kami
akan ke souq waqif ne.. kadang-kadang bukan nak beli apapun.. saje jalan2.. lepas
makan pastu balik hehe kat situ macam-macam ada jual seperti souvenir, barang2
tradisional org arab, barang2 yang diperbuat dari perak, makanan sunnah, rempah
ratus, jubah, perfume, ada tulisan khat, dan macam2 lagi.. kalau pelancong datang ke Qatar
mesti dorg pergi souq waqif tu.. biasanya souq waqif akan dibuka pada pukul 4
petang ke atas.. malam2 lagi meriah kat situ.. nak-nak lagi time weekend ada
road show.. sambil makan boleh tgk dorg buat show… kalau kat Malaysia souq
waqif ne lebih kurang mcm pasar seni n jonker walk la…
Selain tu banyak deretan restoran makan seperti western,
kebab, steamboat, hidangan turki dan lain-lain.. kami selalu makan kat sri
kebaya.. restoran Malaysia.. hehe walau mcm manapun kami nakkkkk jugak makanan Malaysia..
selalu kami order sate, bakso, nasi goreng dan kuih muih… emmm, sedapnya dapat
makanan Malaysia walaupun tak sesedap macam kat Malaysia hehe rakyat indonesia pun suka makan kat sri kebaya ne...
Lagi satu ummi sangat berkenan dengan design bangunan yang
ada di souq waqif tu… sungguh unik.. tenang je tgk bangunan2 tu…terasa macam
kat kota Baghdad.. kota arab zaman dulu2.. dulu2 kan ada cerita arab… ntah apa
tajuk eh.. dah lupo.. hehe
Kat tengah-tengah souq
waqif ne ada masjid… biasanya kitorang akan sembahyang maghrib kat situ..
masjid pun unik… bila azan berkumandang peniaga/pekerja muslim terus bergegas pergi masjid.. teringat macam kat mekah/madinah.. rinduuu baitullah:(
ne majlis..kerusi arab
polis berkuda
salsabila naik donkey
salsabila n walid bergambar ng unta
road show
perfume
teko besi tu salah satu hiasan rumah org arab
kedai souvenir
kedai makan
salsabila cakap geram betul ng rabbit nih
bacaan selawat
salsabila bergambar dengan polis berkuda
haa ne la favourite restaurant kami
souq waqif waktu malam
Kalau sahabat2 datang qatar jangan lupa dtg kat souq waqif ye...:)