Sunday 10 December 2023

KEMBARA IMAN ~ MEKAH 2023 (PART 2)

 

                                                                Assalamualaikum wbt...

            

                                                                    21 Februari 2023..

Hari kedua di Mekah...

Seawal pukul 3 pagi kami pergi masjid untuk qiammulail dan seterusnya Solat Subuh di Masjidil Haram..

Tak kisah pukul berapa Masjidil Haram tetap meriah dengan tetamuNya yang berlumba-lumba untuk beribadat..

Seusai solat Subuh kami terus balik hotel untuk sarapan pagi.. dah kenyang kami balik bilik rehat sekejap dan lepas tu kami keluar beli souvenir dan makan aiskrim..


Best betullah aiskrim ni.. kedai aiskrim ni depan hotel yang kami duduk ni je...





menu aiskrim beserta harga




Kami beli sejadah yang siap tulis perkataan walid, ummi dan shafa', beli abaya dan beberapa souvenir yang lain...

Selepas tu kami naik teksi (150 rial - return) depan hotel untuk ziarah Jabal Rahmah dan ke kawasan melaksanakan ibadat Haji.. Arafah, Mina, Mudzalifah dan Jamratul..

Masa ni bukit Jabal Rahmah tengah renovate jadi kawasan situ ditutup dan tengok dari jauh je..







Ya Allah.. moga ada rezeki kami suami isteri melaksanakan ibadat haji tahun depan..






Lepas selesai ziarah kami terus balik ke hotel dan ke Masjidil Haram untuk solat asar..

Selesai solat asar kami singgah restoran D'Saji kat sebelah hotel.. kami tapau soto, nasi lemak, teh tarik, ayam goreng, pizza, kuih dan jus.. haha bnyk betul tapau makanan...


Ni je yg sempat amik gambar.. yg lain dah selamat masuk mulut.. kelaparan haha..


Nikmatnya makan sambil tengok Kaabah...




22 Februari 2023

Hari ketiga di Mekah...

Sama mcm semalam tu, seawal 3 pagi kami dah pergi masjidil haram....

Lepas breakfast, kami beli lagi souvenir dan repeat makan aiskrim yang sdp tu...


Lepas tu balik hotel dan packing barang.. nak checkout dah..

Lepas checkout kami tinggalkan barang kat kaunter hotel dan terus ke Masjidil Haram untuk tawaf wida'... 

Alhamdulillah hari last di Mekah, anakanda salsabila dapat pergi solat kat Masjidil Haram dan dapat buat tawaf wida'....




Masuk je dalam Masijidil Haram tu, anakanda terus solat sambil menangis teresak2 masa sujud tu.. sampaikan org sebelah anakanda pandang je anakanda menangis.. mesti dia cakap besar betul agaknya masalah budak ni huhu..

Lepas tu kami terus tawaf wida'.. Kemain semangat anakanda ni tawaf sampaikan ummi walid tertinggal kat belakang.. siap ada drama sikitlah masa dah habis tawaf tu.. ummi cakap ng anakanda kalo terpisah nnt tunggu kat sudut lampu hijau tu..

Bila dah habis tawaf, kami cari anakanda tak jumpa pulak.. alahai risau bukan kepalang mana pulak anakanda dah pergi ni.. mulut ummi tak henti2 berzikir/berdoa.. 

Last2 jumpa jugak berdekatan dengan tempat kami tunggu anakanda tu.. ummi tanya anakanda pergi mana.. dia cakap ada je tunggu kat situ dari tadi..padahal mmg dh ulang alik cari anakanda kat tmpt dia berdiri tu.. x nampak pulak.. huhu takutnya lah ummi.. selalu dengar org hilang kat mekah.. ni ummi pulak dah alami..

Dahlah kami kesuntukan masa nak kejar train nak ke Madinah.. ujian sungguh..

Kami terus amik beg kat hotel dan naik teksi ke stesen keretapi.. 15 minit perjalanan.. harga teksi 50 rial.. 

Kami naik Haramain Speed Train... business class ticket.. harga 310 rial/head.. one way.. 

Sementara tunggu train tu, kami makan kat business lounge dan solat Zohor kat situ..






















Dalam train ada disediakan appetizer dan light snack..






Train bertolak pukul 2.20 petang sampai di Madinah 4.40 petang.. on the way tu train akan stop sekejap kat Jeddah amik penumpang..

Sampai di Madinah kami ambil teksi ke hotel.. harga teksi 100 sar... perihal teksi ni pun ada drama jugak.. masa nak naik teksi tu walid tanya berapa harga teksi nak ke hotel.. driver tu ckp 100 sar.. masa dalam kereta dah borak2 tiba2 dia cakap kat walid harga teksi dalam 300 ke 400 sar mcm tu.. apalagi mengamuklah walid.. tadi ckp lain. ni tiba2 nak menipu pulak.. walid suruh driver tu turunkan kitorg kat tepi jalan je dan ambil teksi lain.. driver tu taknak pulak.. sampaikan walid terkeluar cakap ' i pray no Jannah for you'... driver tu mcm tersentap dan berubah muka bila dengar doa walid tu.. lps tu baru dia cakap ok2 100 sar only..... padan muka dia.. tau takut.. silap oranglah kalau dia nak menipu walid.. boleh pulak nak menipu tetamu Allah ni.. tempat berkat doa xde hijab.. makbul nanti baru tau.. kereta kalau mewah tu ok ler jugak.. ni mcm dh nak roboh kereta dia.. kategori usang jugaklah.. tapi x kisah jugaklah usang pun.. janji sampai hotel.. yang kami geram tu sebab menipu haishhh...

Selalunya dengar kat Mekah kalau ada yang tipu2 ni.. tak sangka kat Madinah pun ada.. 


Sampai hotel kami rehat2 sekejap dan terus ke masjid Nabawi untuk solat Maghrib dan Isyak.. selesai solat kami singgah beli shawarma, jajan dan air untuk makan kat bilik..

Di Madinah kami duduk kat hotel Mirage Al Salam... harga 1500 rial (2 malam) dan dekat betul dengan masjid.. 5 minit jalan kaki dah sampai.. di Madinah hotel2 semua dekat je dgn Masjid Nabawi..







Oklah nanti sambung lagi... wassalam...


4.25 ptg,
Nuri Residence.






No comments:

Post a Comment

EID MUBARAK AT DOHA, QATAR ~ JUN 2023 (PART 3)

 Assalamualaikum wbt... 27  Jun 2023... Hari ni lepak rumah je sebab kami semua puasa hari Arafah.. memandangkan walid berbuka kat office sb...