Friday 29 May 2020

COVEID 2020


Assalamualaikum wbt...

Diam tak diam dah nak seminggu kita umat Islam menyambut Shawal.. sekejap je masa berlalu..

Sambutan raya tahun ne tak macam sambutan tahun2 sebelum ne.. rasanya semua pun mcm tu kan.. 

Sangat tak seronok.. suram je suasana.. apatah lagi Mr Zauji pun tak dpt nak blk beraya akibat Covid19 ne.. sob..sob..

Tapi menu raya Mr Zauji kat Doha lagi dahsyat.. siap buat lemang hehe


Ne lah lemang buatan Mr Zauji.. lemang kukus..



lauk raya Mr Zauji

Mr Zauji masak lemang dan rendang daging lebih sikit sbb nak agihkan kat jiran-jiran dan kawan2 yang sama2 tak dapat balik raya...

Gambar Mr Zauji di pagi raya

Buat kami di Malaysia, lauk raya sama je setiap tahun..

Cumanya tahun ne umi tak dapat nak beraya di rumah mentua.. akibat larangan merentas negeri...

Moga2 Covid19 ne cptlah berlalu pergi.. smg Hari Raya Aidiladha nnt dapatlah Mr Zauji blk beraya di Malaysia dan beraya puas2.. Aamiinn

Pagi2 raya pun dah video call ng Mr Zauji..


Ok jom layan gambar raya family di Malaysia pulak..

dapat duit raya banyak sebab puasa penuh thn ne



nenek dan cucu


Pagi raya kami berempat je ada di rumah.. fmly kakak dan adik lelaki umi, lps zohor baru dorg sampai.. tahun ne turn dorg raya rumah mentua..

Lepas bersalam2, kami pergi rumah nenek .. pergi sekejap je.. lps tu trs blk rumah.. dah tak pergi rumah sapa2 dah... risau musim2 virus covid ne..

Kami pun dah bgtau awal2 jgn dtg beraya ke rumah huhu



Isa's family..



wan teh dan anak buah


Yang ne pulak family mentua.. tak dapat nak raya sama tahun ne huhu


Iman pun bosan je xde geng.. tak dapat beraya sama2 dgn Salsabila.. tapi dorang video call pagi raya masa masing2 tengah makeup hehe



iman dan maklang

Family mentua pun masak tak banyak.. buat makan sesama dorg je..

Raya kedua pulak kami pergi beraya@lunch di rumah mentua kakak umi.. beria2 btl masak nak jamu kitorg..

Asalnya mmg kitorg x nak g mn2.. tapi sbb dorg dah masak.. pejam mata jelah hehe dahlah lauk best2..


OOTD kami di raya kedua...





mak bersama besan..

Oklah setakat ne dulu.. stay at home.. stay safe.. kita jaga kita...:)

Wassalam.


EID MUBARAK AT DOHA, QATAR ~ JUN 2023 (PART 3)

 Assalamualaikum wbt... 27  Jun 2023... Hari ni lepak rumah je sebab kami semua puasa hari Arafah.. memandangkan walid berbuka kat office sb...