Tuesday 26 December 2023

KEMBARA IMAN ~ MADINAH 2023


                                                                     Assalamualaikum wbt...


23 Februari 2023

Sama macam kat Mekah.. seawal 3 pagi kami dah pergi ke masjid sampai selesai solat Subuh..

Lepas breakfast, kami jalan2 area Masjid Nabawi.. Kami singgah di kawasan Bani Saedah.. 

Ummi copy paste sejarah Bani Saedah di sini ye..

Di sinilah tempat pertemuan Abu Bakar, Umar dan Uthman selepas Rasulullah wafat. Mereka bertiga di sini berbincang tentang di mana nak kebumikan Rasulullah, dan bincang siapa yang akan menggantikan Rasulullah sebagai Khalifah. Campur tangan daripada Ansar, Muhajirin, Aus dan Khazraj memburukkan lagi keadaan.

Dan di sinilah Abu Bakar bagitau sahabat-sahabat dan pengikut yang lain hanya dia saja yang tau perkara ini, orang lain tak tau.

Yang mana Rasulullah saw bagitau dia, seorang Nabi akan dikebumikan di tempat dia wafat. Jadi sebab itulah Rasulullah saw dikebumikan di bilik Aisyah sebab Baginda meninggal di dalam ruangan bilik Aisyah.

Kerana itu setelah Rasulullah dimakamkan pun Aisyah tetap tinggal di situ, sebab itu memang rumah dia. Dan ayah dia (Abu Bakar) pesan kalau dia meninggal nanti, dia pun nak dikebumikan sebelah Rasulullah.

Setelah Abu Bakar meninggal, Aisyah tinggal dengan 2 makam dalam rumahnya. Lepas Umar meninggal dan Umar minta (sebelum dia meninggal) untuk dimakamkan sekali dengan Rasulullah, barulah Aisyah keluar tinggal rumah lain sebab dia taknak buka aurat dia. Padahal Umar tu dah meninggal dunia, dia tetap taknak bukak aurat dia 'depan' Umar.


Seterusnya, kami terus naik bas Hop On Hop Off (Hoho) untuk aktiviti ziarah... Harga tiket dewasa 80 sar each dan kanak2 40 sar each (Total 200 sar).. kaunter tiket ada dibuka dekat dgn tmpt tunggu bas..




time winter bolehler lepak belah atas... best kena angin sejukkk..

Hoho ne cover 12 tempat check point untuk ziarah.. so nanti kita turun je mana2 check point.. setiap setengah jam ke 45 minit, bas akan datang ambil penumpang dan boleh turun ke tempat check point yang lain pulak..

Antara tempat yang kami pergi ialah area Sultana Road..

Kat situ ada masjid Al Ghamamah, masjid Abu Bakar, masjid Umar dan masjid Ali.. 





Ni mmg favourite donut anakanda.. haruslah kena beli.. size donut ni comel2.. kemain berselera makan bertemankan angin sejuk..




Seterusnya kami pergi muzium Nabi saw... masa beli tiket, dorg akan tanya prefer bahasa apa masa sesi penerangan nanti.. Mr Zauji ckp bahasa melayu.. so masa penerangan tu ada student dari Uni. Madinah yang beri penerangan.. student dari Indonesia tapi faham je dia terangkan... jelas dan tak mengantuk..


Best betul muzium ni.. presentationnya sgt canggih.. ada info dalam bentuk digital dan juga replika.. khusyuk dengar... pengunjung dilarang amik gambar atau video so tak dapatlah ummi nak share gambar..

harga tiket masuk 37 sar each...

Sebelum keluar dari muzium kami cuci mata souvenir yang ada dan beli payung corak masjid nabawi sebagai kenangan.. 

tengah beratur tunjuk tiket

Seterusnya kami naik Hoho dan turun di check point Uhud Battlefield.. 

air mineral ni free je.. smg bertambah murah rezeki kpd pemberi..


makam syuhada uhud


bukit pemanah





Rasulullah saw bersabda: Gunung Uhud ialah salah satu dari bukit-bukit yang terdapat di syurga.. Jika kita hendak melihat gunung yang terdapat di syurga, maka ziarahlah ke Gunung Uhud... 




Semasa tunggu bas hoho sampai kami berborak dengan couple dari Malaysia.. org melaka juga hehe dorg pun buat umrah diy berdua je.. tak bawak anak2.. kira honeymoon sambil beribadatlah ni..

Seterusnya kami turun kat check point Al Nour Mall.. refreshing.. makan dan pergi toilet... 

Dari Al Nour Mall kami solat Zohor di Masjid Qiblatain.. driver bas hoho pesan dah selesai solat nanti tunggu je kat bas.. sbb dia pun nak solat zohor sama2 dengan jemaah lain..

Masjid Qiblatain ni sejarahnya ialah pertukaran arah kiblat dari Masjidil Aqsa ke Kaabah bermula pada peristiwa hijrah Baginda SAW dan beberapa orang sahabat ke Madinah.

masjid Qiblatain

Kami juga solat di Masjid Khandaq... sejarah Masjid Khandaq ni ialah terjadinya penggalian parit untuk membuat benteng pertahanan untuk menghalang serangan dari kaum kafir Quraisy yang akan menyerang Madinah..

masjid Khandaq

Seterusnya kami pergi ke destinasi yang terakhir iaitu solat di Masjid Quba.. Masjid Quba merupakan masjid pertama yang dibina oleh orang islam...


Sambil tunggu bas hoho, walid beli air tebu.. punyalah manis huhu


Ha nilah couple tu... kami bertembung lagi di Masjid Quba.. berborak2 lagi sambil tunggu hoho.. dalam hoho pun berborak2 lagi sampai lah kami sama2 turun di Masjid Nabawi dan berpisah di situ..

Kami tak terus balik hotel.. kami singgah di street food Madinah yang viral tu dan beli beberapa jenis makanan..



beli bakso..

Lepas tu kami balik hotel makan dan rehat sekejap.. lepas tu kami pergi masjid untuk solat Maghrib dan Isyak..

Turn ummi dan salsabila masuk Raudah pukul 9.30 mlm.. syukur dapat masuk Raudah.. nak masuk Raudah kena install apps Nusuk dan pilih tarikh kita nak masuk Raudah.. kami pilih tarikh masa kat Malaysia lagi.. kena pilih awal supaya tarikh yg kita nak tu still available bila kat sana nnt.. 

Dan pastikan ada internet sbb kita kena buka apps Nusuk dan tunjuk kat polis wanita yg jaga masa kita beratur nak masuk Raudah tu..

Ummi guna tethering walid.. masa tengah beratur tu lupa pulak nak tanya walid apa password tethering huhu adehhh jadi ummi tak dapat nak bukak Nusuk sbb line internet xde.. ummi pun berdoa je lah bnyk2 supaya lepas ler masuk Raudah.. alhamdulillah nasib baik lepas.. masa turn ummi smpi tu polis yg jaga tu tgh bising2 bercakap dengan jemaah lain.. agaknya dia suruh beratur betul2.. masa turn ummi tu dia soh jalan je terus masuk.. syukur sgt.. yg penting ummi mmg dh apply Nusuk cuma x dpt nak bukak.. jadi xdelah isu tipukan atau potong queue huhu

Assalamualaika Ya Rasullullah.. Ya Habiballah.. berada di Raudah hati terus sebak..

Antara tempat mustajab doa adalah di Raudah.. Ada doa2 kami telah dimakbulkan Allah.. alhamdulillah...


Kami sampai kat hotel pukul 12 tgh mlm.. walid dah siap2 belikan donut, nugget dan fries..

Sebelum subuh esok tu, turn walid pulak masuk Raudah.. masa walid pergi Raudah, ummi qiam dan solat subuh kat masjid.. anakanda salsabila solat subuh kat bilik je.. dia kepenatan malam tadi berperang nak masuk Raudah.. berperang tu maksudnya beratur lama huhu 

Selepas solat Subuh kami balik hotel packing barang.. umrah DIY kami dah nak sampai penghujung.. dah nak balik ke Doha semula.. 

Lepas tu kami ke Masjid semula untuk solat sunat Dhuha.. masa ni dh sedih sbb dah nak balik huhu

Kami tapau Mcd dan makan kat bilik dan lepas tu terus checkout..

Kami naik teksi ke airport Madinah.. harga teksi 100 sar.. driver teksi ni baik.. dia bawak kami round area uhud sebelum pergi airport tanpa caj tambahan.. dari air muka dia ummi tgk dia sangat suka madinah dan sejarah2 yg ada di madinah.. ummi tak berapa ingat samaada driver tu dari India atau Bangladesh..

Sampai di airport madinah, kami beli air zamzam 3 botol yg berharga 8.50 sar sebotol.. 

walid tengah beratur beli air zamzam




view yg sgt indah..

Maka berakhirlah trip umrah diy kami.. Ya Allah Kau jemputlah lagi kami menunaikan umrah dan ziarah RasulMu setiap tahun Aaaminnn...


Wassalam.


26 Disember 2023,

Nuri Rsidence.


No comments:

Post a Comment

EID MUBARAK AT DOHA, QATAR ~ JUN 2023 (PART 3)

 Assalamualaikum wbt... 27  Jun 2023... Hari ni lepak rumah je sebab kami semua puasa hari Arafah.. memandangkan walid berbuka kat office sb...