Monday 13 November 2023

DOHA - FEBRUARY 2023 (PART 1)


 Assalamualaikum wbt....


16 February 2023

Ummi dan Salsabila bertolak ke Doha... Masa kami sampai Doha tu Mr Zauji tengah keje so kami naik teksi balik ke rumah di Wakra..

Sampai je kami di rumah, Mr Zauji grabkan pizza dari ofis... sambil makan pizza ummi unboxing dan kemas brg2 dapur yang ummi bawak dari Malaysia.. 

Malam tu Mr Zauji bawak pergi dinner BBQ di Souq Wakra... nikmat betul makan ikan bakar panas2 time winter ni...

Masa ni Doha tengah winter.. xde salji.. cuaca je sejuk...






Walaupun suhu sejuk kami pilih untuk makan kat meja di luar kedai... sambil makan sambil cuci mata tgk gelagat org ramai... lagipun di setiap meja tuan kedai ada pasang heater so kuranglah sikit rasa sejuk tu...





Mr Zauji siap bawak cili kicap dari rumah nak cicah dgn ikan bakar.. kat Doha x disediakan cili kicap kalo mkn ikan bakar so kenalah bawak sendiri..

Lepas makan kami round2 di sekitar Souq Wakra... bila dah tak tahan sejuk kami pun balik rumah..

Sampai rumah Mr Zauji order Churros sebagai kudap-kudapan... sambil tengok tv...


17 February 2023

Hari ni Mr Zauji cuti so pagi2 kami dah keluar pergi sarapan.. sebelum sarapan kami singgah di Flagpole di Corniche.. Flagpole ni adalah tempat Qatar kibarkan bendera semua negara yang join World Cup 2022...





Seterusnya kami sarapan di Holiday Villa... tempat wajib sarapan kalau kami datang Doha hehe sarapan kat sini hanya open utk hari Jumaat dan Sabtu sahaja.. menunya ialah makanan Malaysia..


Selesai sarapan kami singgah di Al Meera supermarket beli barang dapur sikit dan jajan untuk Salsabila.. lepas tu kami terus balik rumah sbb Mr Zauji nak solat Jumaat..

Selesai solat Jumaat kami keluar semula menuju ke Mina District...




Kat sini bangunannya cantik2...  tepi laut pulak tu.. time winter ni mmg sesuai lepak2 minum kopi sambil tengok burung merpati ligat berterbangan rendah disebabkan para pengunjung bagi makan kat burung2 tu..










Di Mina District juga terdapat pasar ikan kategori kayangan haha.. ummi cakap kayangan sbb pasarnya tersangat lah cantik, mewah, bersih dan wangi haha


View dari luar...




Nampak mewah kan huhu harga ikan pun boleh tahan mahal.. selain ikan ada jugak jual sotong, udang dll.. kami tak beli pun.. masuk dalam tu sbb nak amik gambar dengan video je haha


 





Berhadapan Mina District ni ada tempat lepak yang lain iaitu di Containers Yard.. banyak jugak cafe dan food truck kat situ..






Sebelum balik kami lepak di situ dan order shawarma, fries dan air...






Malam tu pulak geng2 picnic Mr Zauji ajak picnic kat Wakra Beach.. sebenarnya dah keletihan sbb seharian berjalan tapi mengenangkan bila lagi dapat join picnic time winter ni kan.. so gagahkan diri jugak pergi..


Masing2 bawak potluck.. Mr Zauji bawak meehun goreng... ada yg bawak kfc, kopok lekor, chai dan jajan..


Masa ne masing2 menahan sejuk huhu mmg cari pasal betullah picnic time winter ni haha 








Salsabila tak tahan sejuk.. duduk kat bonet kereta kurang sikit sejuk..



Mr Zauji dgn Hamzah anak kawan Mr Zauji.. manja betul dia dgn Mr Zauji.. baik pulak tu.. dia tanya Salsabila nak ayam goreng tak hehe



18 February 2023

Pagi tu kami keluar breakfast restoran Indian Food.. kalau kat malaysia kita panggil kedai mamak...






Lepas tu kami terus balik rumah sbb Mr Zauji keje malam...  Kalau Mr Zauji keje malam, rehat kena cukup.. takut ngantuk masa tengah keje.. 


19 February 2023

Hari tu pun Mr Zauji keje malam so kami lepak kat rumah je.. masak dan packing barang untuk travel 'Kembara Iman' esok tu...:)

Oklah nanti sambung lagi..

Wassalam.


5.51 pm,
Nuri Residence.


No comments:

Post a Comment

EID MUBARAK AT DOHA, QATAR ~ JUN 2023 (PART 3)

 Assalamualaikum wbt... 27  Jun 2023... Hari ni lepak rumah je sebab kami semua puasa hari Arafah.. memandangkan walid berbuka kat office sb...