Sunday 15 January 2023

DOHA ~ HERE WE COME (DAY 8)


                                                             Assalamualaikum wbt.....


Aktiviti kami pada hari tersebut ialah stadium hunting iaitu amik gambar salah satu stadium Worldcup... Stadium 974 di Al Janoub...


Dikenali juga dengan nama stadium kontena sbb dibina dengan menggunakan kontena... tapi stadium ne dibina hanya sementara sahaja.. lepas Worldcup habis haritu stadium ne telah dilenyapkan sbb tapak stadium tu plannya untuk bina projek lain pulak...

Lepas tu kami ke Katara Cultural Village untuk makan aiskrim di Cioccoitaliani...


Oleh kerana cuaca panas, aiskrim tu cepat betul cair huhu berbanding masa kami makan aiskrim tu di Milan, Italy time winter helok je rupanya hehe...


Walaupun cuaca boleh tahan panas tapi kami tetap enjoy bersantap sambil cuci mata tgk mat kun anta bak kata Wan Teh dan Salsabila hehe...










Kawasan situ ada longkang hitam mcm pic kat bwh ne tau.. longkang tu bukan sebarang longkang.. tu aircond sebenarnya haha jadinya bila jalan kami pijak longkang tu haha sejuk sikitttt...





Berdekatan tempat kami lepak ne, ada event burung Falcon... dah kenyang kami pun pergi ke event tu..

Penuh dengan qatari lelaki haha selain petugas, kami je tourist yang perempuan... masa tu segan giler.. rasa macam nak keluar balik.. haha mana taknya kami je lah perempuan di tengah2 pak arab tu adehhh dah semua pandang kitorg.. maybe ada hari lain yang lebih dikhaskan utk pengunjung wanita haha dah masuk belasah jelah.. so tebalkan muka dan follow jelah belakang Mr Zauji...


cantik lukisan ne dan mahal harganya...


wanteh selfie with falcon..


salsabila selfie with falcon and mat kun anta too hahah



Mata falcon ne ditutup sbb takut falcon ne rasa terancam.. bila terancam nnt dia tak reti dok diam...






Dah puas tengok falcon, kami ke area Lusail.. tgk bangunan cantik2 kat situ...


Lepas tu kami pergi ke Place Vendome Mall di Lusail... Tujuan utama ke situ untuk tengok dancing fountain tapi masa kami smpi tu kami diberitahu kena tunggu lagi 1 jam huhu tak sanggup nak tunggu sbb kami dah mula keletihan sbb 1 hari kat luar... jadinya kami amik gambar je area situ...


Cantikkan mall ne.. tersangat mewah binaannya..






Dah puas bergambar kami pun pulang ke rumah... untuk dinner, otw balik tu kami tapau shawarma, lasagna dan chai..


Ok till now... wassalam.


15/1/2023 ~ 6.55 petang.

No comments:

Post a Comment

EID MUBARAK AT DOHA, QATAR ~ JUN 2023 (PART 3)

 Assalamualaikum wbt... 27  Jun 2023... Hari ni lepak rumah je sebab kami semua puasa hari Arafah.. memandangkan walid berbuka kat office sb...